HARAPAN jadi KENYATAAN

"kelmarin hanya tinggal kenangan bersama peristiwa semalam..."
sedikit daripada bait-bait lagu kumpulan firdaus..

ASSALAMUALAIKUM...

Suka aku untuk berkongsi mengenai sebuah harapan dan impian yang telah lama aku simpan di dalam lubuk hati yang paling dalam...

suatu ketika dulu, ketika aku berusia lebih 17 tahun... aku selalu mengkhabarkan kepada teman-teman yang satu hari nanti aku ingin dan amat-amat teringin untuk menjejakkan kaki ke Universiti al-Azhar bukan sebagai pelawat, tetapi sebagai pelajar jurusan Usuluddin...
SubhanaLlah...
"Besar sungguh cita-cita itu... macam mana aku ingin menggapainya sedangkan aku bukan pelajar aliran agama (science stream) dan sekolah tidak menyediakan ruang untuk mengambil STAM, mungkin aku kena masuk form 6 untuk ambil STAM kat sekolah lain... hmmm..." -monologku sendirian...

Dalam tempoh itu aku begitu bersemangat ingin berjaya dalam SPM...
Nak dipendekkan cerita...
Aku menerima tawaran pengajian di sebuah institusi tahfiz yang sangat terkenal dewasa ini...
Aku sungguh teruja lantas mengambil keputusan untuk menerima tawaran tersebut dengan harapan apabila tamat belajar di sana yakni dalam tempoh setahun setengah, aku bisa melanjutkan pelajaran ke universiti yang menjadi idaman dan igauan ku saban hari...

Namun, sangkaan ku meleset apabila aku mendapati setiap pelajar yang mendaftar di situ akan terus dan wajib menyambung pengajian di sebuah IPTA yang sangat-sangat 'famous' di kalangan rakyat Malaysia...

Sedih menyelubungi diri...
Namun kuteruskan jua langkah ini biarpun dalam keadaan payah dan perit... Yang akhirnya menyeret aku jauh dari impianku... aku kini pelajar jurusan 'kejuruteraan' yang sememangnya pilihan ku yang kedua kerna aku sangat ingin mendalami ilmu agama dengan lebih mendalam memandangkan diri ini yang serba kekurangan... namun aku pasrah
Aku redha menerima segala ketentuanNYA kerna aku yakin pasti ada hikmah di sebaliknya yang tersembunyi meskipun aku tidak dapat melihat mahupun merasainya...Aku yakin kepadaNYA...
kerna aku masih ingat kalam-NYA yang suci:

و عسى أن تكرهوا شيئا وهو خير لكم وعسى أن تحبوا شيئا
وهو شرلكم والله يعلم وأنتم لا تعلمون

"...dan boleh jadi kamu tidak menyukai sesuatu padahal ia baik untuk kamu, dan boleh jadi juga kamu menyukai sesuatu padahal ia tidak baik buatmu, dan ALLAH MAHA MENGETAHUI sedangkan kamu tidak mengetahui..."

Semestinya, aku akan berusaha yang terbaik untuk menjadi hamba yang taat kepadaNya dan yang bersemangat waja dalam memperjuangkan agama ALLAH yang suci ini... biarpun di mana jua aku berada... Dan, harapanku tetap akan ku gapai suatu hari nanti.... aku yakin Dia pasti memperkenankan permintaanku walaupun aku terpaksa menunggu untuk lebih lama, aku akan tetap menunggu dan terus menanti kenyataanya...

"benarlah apa yang telah dikata penantian itu satu penyeksaan, kepastian membunuh kerisauan, ketabahan mendamai keresahan..."

Comments

simzasama said…
salam

betul la

setiap yg b'laku pasti ade hikmahnye

ganbatte!!
Rerama Ungu said…
cara eja Gan-ba-te

Popular posts from this blog

Istikharah Cinta

doa nabi khidir

tarbiyah ruhiyyah