Usrah dan Penghayatan...

USRAH?????

apa makna di sebalik usrah yang anda faham...??
mungkin kah ianya sejenis makanan??
sejenis permainan??
atau mungkin sejenis lagu??
macam-macam tafsiran akan timbul seandainya kita tidak menyelami dan mendalami sedalam-dalamnya definisi usrah ini...tapi seandainya kita menggunakan semaksimum mungkin peluang yang ada,'usrah' akan menjadi satu metod dakwah yang sangat berkesan biarpun telah sekian lama diamalkan yakni sejak zaman baginda RasuluLlah s.a.w lagi dan semakin hebat apabila dibawa oleh asy-Syahid Imam Hassan al-Banna..

rukun usrah ada 3:
1.ta'aruf-berkenalan
2.tafahhum-saling memahami
3.takaful-saling bantu membantu

usrah bermaksud keluarga..

dalam konteks harakah Islamiyyah: “ Usrah bererti satu unit keluarga yang diikat oleh kesatuan a’kidah(kesatuan keimanan), kesatuan pemikiran(fikrah), kesatuan kesedaran tentang persamaan sejarah dan nasib dan kesatuan cita-cita perjuangan untuk bekerjasama dan bantu-membantu memperkukuhkan Jama’ah Islam dari berbagai sudut.

Bagi membolehkan kerja-kerja amal jama’i dan amal Islami dilaksanakan dengan teratur sehingga tertegaknya Daulah dan Khalifah Islamiyyah.”



dengan usrah,kita berupaya meningkatkan thaqafah,ilmu,soft skill serta keyakinan diri..banyak sebenarnya kepentingan usrah buat kita semua andai kita menghayati dan mempraktikkan segala ilmu yang diperoleh semaksima mungkin.Usrah tak semestinya hanya dengan membentuk halaqah atau bulatan,di mana naqib atau naqibah akan 'menyuap' anak usrah mereka dengan suapan-suapan berbentuk ilmiah..TETAPI..usrah ini melibatkan interaksi antara 2 pihak yakni naqib/ah dengan anak usrah...Barulah timbul dalam diri masing-masing semangat ingin tahu dan ingin berkongsi ilmu dan pengalaman sesama ahli...

Namun tidak dinafikan peranan naqib amat penting dalam menggerakkan usrah..SO,para naqib/ah perlu menyediakan diri mereka dengan segala bentuk persediaan sebelum mereka ingin mengendalikan usrah..

Ingin saya berkongsi di sini mengenai

CIRI-CIRI NAQIB/AH BERKALIBER

1.naqib/ah mesti memahami konsep dan pelaksanaan USRAH

2.MESTI memahami tasawwur Islam dan gerakan

3.IKHLAS

4.IMAN yang mendalam

5.mengERATkan jalinan UKHUWAH

6.peBANYAKkan AMALAN fardi

7.meNUNJUKkan contoh teladan yang baik

8.BENAR

9.SABAR

10.TAWADHU'

11.PEMURAH

12.SELESAIkan segala permasalahan tanpa berTANGGUH

Boleh disimpulkan di sini,kemantapan usrah akan melahirkan individu-individu yang unggul yang bisa memahami dan mengamalkan Islam secara total seterusnya menanamkan semangat jihad yang tinggi di dalam diri mereka untuk terus memperjuangkan kalimah 'La ilaha illALLAH' di atas muka dunia ini hingga ke titisan darah merah yang terakhir..

Justeru,sama-sama kita menghayati konsep dan pelaksanaan usrah tidak kira sama ada kita naqib/ah mahupun sebagai anak usrah...

"BANGUNLAH INSAN DEMI ISLAM TERCINTA KERANA ALLAH"

WALLAHUA'LAM....




Comments

Popular posts from this blog

Istikharah Cinta

doa nabi khidir

tarbiyah ruhiyyah