Posts

Showing posts from January, 2011

pesona dunia

bismiLlahirRahmanirRahim... "jika datang ajal kamu, maka tidak akan dilewatkan walau sesaat begitu juga tidak akan dicepatkan" Indah dunia yang mempesona Bagai dian terang menyala Sehingga terlupa kan padam akhirnya Dunia ini hanya pinjaman Untuk menguji keimanan Akhirat nanti yang menentukan Balasan syurga ataupun neraka Mengapakah dunia yang dikejari Sedangkan iakan ditinggal pergi Apalah gunanya harta di sisi Tika jasad terkubur terkaku mati Bayangkanlah jika di dunia ini Bekalan terhenti mudah dicari Bagaimana pula di sana nanti Tanpa bekal pahala kit ayang rugi Bersyukurlah sentiasa Dengan apa yang ada Adakala harta dunia Belum tentu membantu kita Menjadi bebanan dan menyusahkan HIDUP DI DUNIA UNTUK HIDUP BAHAGIA DI AKHIRAT...

majlis ilmu

Image
Assalamu'alaikum w.b.t .: MARHABAN BIWASIYYATI RASULILLAH S.A.W. :. insyaAllah talaqi bersama ust muhadir kembali lagi di UIAM Gombak... sahabat-sahabat dan semua dijemput hadir ke majlis ilmu yang penuh barakah ini. HARI : SELASA TARIKH : 25 Januari 2010 TEMPAT : Musolla Engineering (bangunan E0 lvl 2) MASA : 8 pm •Dari Anas r.a: Rasulullah s.a.w bersabda: "Tuntutlah ilmu walaupun ke negeri cina, kerana menuntut ilmu itu wajib atas setiap orang Islam. Dan sesungguhnya para malaikat itu menghamparkan sayapnya bagi penuntut ilmu kerana redha dengan apa yang mereka tuntut”. Hadis Riwayat Al Bara sebarkan...

MENUJU WAWASAN

Image
Wawasan diri penuhi dada dengan ilmu Wawasan agama bekalan masa depan dan akhirat Kuat usaha jujur dan amanah Sentiasa mengharapkan keredhoan Allah umat islam harus cemerlang hari ini mesti lebih baik dari semalam Jangan buang masa siapa kata kita tidak boleh kita ada Allah maha kuasa kita punya kuasa tenaga doa sebagai senjata umat islam sentiasa boleh umat islam zaman lampau taat perintah Rasulullah bersama berusaha bersatu tujuan wawasan wawasan dunia dan akhirat aqidah ibadah harus sempurna ibadah tanpa aqidah wawasan syaitan ulama' warisan ambiya' pegangan mereka harus diikuti ajaran sesat wajib hindari umat islam harus cemerlang hari ini umat islam sentiasa boleh akhirnya islam cemerlang seluruh dunia

ENGINEERING vs IRK

petikan kata-kata orang sekeliling.... 1) hamba Allah : awak ni kos apa? me : engineering.. hamba Allah : ingatkan kos IRK tadi...rupa macam kos IRK je... me : (smile...) 2) hamba Allah : awak ni orang Johor ke? me : tak lah...selangor... hamba Allah : mesti sekolah agama kan? kat mana? me : SEK MEN AGAM KL hamba Allah : o...SMAKL me : haah... 3) hamba Allah : awak kos apa? me : engineering hamba Allah : awak memang minat? me : hm... tak jugak...saya tersepit...sebab kena ambil bidang sains...saya tak minat BIOLOGI,jadi ambil engineering. hamba Allah : awak kena ambil bidang yang awak suka, nanti mudah je awak nak belajar...fikirlah elok-elok... me : insyaAllah...terima kasih atas nasihat 4) hamba Allah : nak tukar kos ke? me : tak tahu lagi... hamba Allah : tak payah la...engineering perlukan orang macam awak... me : speechless... 5) hamba Allah : apa-apa pun bidang yang kita belajar kita mesti bijak untuk kaitkannya dengan Isla