Posts

Showing posts from May, 2009

ada apa dengan hati???

ada seorang sahabat bertanyakan : "camna nak jaga hati????" aku mula berfikir... "aku sendiri pun kadang-kadang tak berjaya menjaga hati....tapi x salah untuk berkongsi sedikit ilmu dan pengalaman yang ada....dalam masa yang sama, boleh manfaatkan untuk diri sendiri..." sahabatku mempunyai masalah hati...dia sering diuji dengan masalah hati...kerana padaku hati nya sangat hampir dengan Allah...melihat ketika dia bersolat...seolah-olah dia sedang berbicara terus dengan Penciptanya...di wajahnya terpancar cahaya iman yang tinggi...subhanaLlah... tapi itulah ujian nya..sering diuji hatinya....ujian yang bagaimana??????????? inilah ujian yang sangat sukar untuk dibendung...perasaan terhadap kaum/jantina yang berlainan....perasaan yang dianggap fitrah...fitrah setiap insan... ya!!!! but how to control it???? it just depends on ourselves.... bagaimana caranya...??? semua ada dalam alQuran...sebab tu la Allah perintahkan mukminin dan mukminat untuk tundukkan pandangan sepe

istimewa solat...

Image
bagaimanakah cara untuk mendapat khusyu'...???? antara metod nya ialah memahami maksud setiap bacaan dalam solat.... dari awal niat hinggalah memberi salam... 1.NIAT "sahaja aku menunaikan solat fardhu ( subuh-4 rakaat,zuhur-4 rakaat,asar-4 rakaat,maghrib-3 rakaat,isya'-4 rakaat) kerana Allah Taala" 2.TAKBIRATUL IHRAM "Allahu Akbar"..= Allah Maha Besar.. Bayangkanlah betapa agungnya kebesaran Allah mencipta seluruh makhluk di langit dan di bumi. 3.DO'A IFTITAH Allahu Akbar Kabira walhamduliLlahi kathira..= "Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya" wa subhanaLlahi bukratan wa asila..= ''Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang" wajjahtu wajhiya liLlazi fatharas samawati wal ardhu..= "Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi" hanifan musliman..= "dengan suasana lurus dan berserah diri" wa maa ana minal musyrikin..= "dan aku bukan dari golongan orang musyrik" inn

QIYAMAT SUDAH DEKAT...

Tanda-Tanda besar Kiamat. Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata: Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: “Apa yang kamu perbincangkan?”. Kami menjawab: “Kami sedang berbincang tentang hari qiamat”. Lalu Nabi saw. bersabda: “Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya”. Kemudian beliau menyebutkannya: “Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam alaihissalam, Ya’juj dan Ma’juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka“. H.R Muslim Sepuluh tanda-tanda qiamat yang disebutkan Rasulullah saw. dalam hadis ini adalah tanda-tanda qiamat yang besar, akan terjadi di saat hampir tibanya hari qiamat. Sepuluh tanda itu ialah: 1. Dukhan (asap) yang akan ke

10 WASIAT IMAM HASAN AL-BANNA

Image
MARILAH SAMA-SAMA MUHASABAH DIRI.. MOGA HARI INI LEBIH BAIK DARI SEMALAM.. DAN BEGITULAH SETERUSNYA.. 1. Bangunlah segera untuk melakukan solat apabila mendengar Adzan walau bagaimana pun keadaannya. [al baqarah : 45 ] " Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" 2. Baca, telaah, dan dengarkanlah Al-Qur'an atau zikirlah kepada Allah dan jangan engkau senang membuangkan waktumu dalam masalah yang tidak ada manfaatnya. [al isra' : 9 ] " Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang amat betul (ugama Islam), dan memberikan berita yang mengembirakan orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka beroleh pahala yang besar" 3. Bersungguh-sungguhlah untuk bisa dan berbicara dalam bahasa Arab dengan fasih. 4. Jangan memperbanyak perdebatan dalam berbagai bidang pembicaraan sebab hal ini semata-m

SMAKL...ku rindui

Image
Bertahun lama aku meninggalkan Laman sekolah yang penuh kenangan Memori indah mengusik di jiwa Suka dan duka dalam memburu cita Masih terbayang kenakalan teman Usik mengusik bersenda gurauan Kini setelah kita berjauhan Semuanya itu menjadi kerinduan Tetap segar dalam ingatan Kali pertama berkenalan Senyuman mesra menyimpulkan Tali persahabatan Hingga kini masih ku simpan Kata semangat buat bekalan Pesanan guru menyalakan Obor penyuluh kejayaan Dan di sinilah tempat ku berlari Jatuh tersungkur bangun kembali Biar diranjau onak yang berduri Semuanya tak ku peduli Terkadang cinta jadi permainan Namun di situ ku temu iktibar Makin ku sedar erti kehidupan Tak semudah yang difikirkan Hingga kini masih ku simpan Kata semangat buat bekalan Pesanan guru menyalakan Obor penyuluh kejayaan Dan di sinilah tempat ku berlari Jatuh tersungkur bangun kembali Biar diranjau onak yang berduri Semuanya tak ku peduli Terkadang cinta jadi permainan Namun di situ ku temu iktibar Makin ku sedar erti kehidupan

Sang Murabbi

post ni diambil dari blog us. nasaruddin tantawi.sebagai perkongsian buat semua http://episodeperjuangan.blogspot.com/ Sang Murabbi Hidup ini adalah satu kelana atau kembara mencari redha Allah swt. agar kehidupan di dunia dan akhirat selamat sejahtera dari ancaman azab seksa Allah swt. Namun pencarian ini pasti akan menemui kegagalan malah ramai yang telah gagal lantaran tidak memiliki petunjuk . Allah swt. , tuhan yang mencipta manusia tidak membiarkan mereka terkial - kial mencari arah dalam kembara yang jauh , sebaliknya mengirimkan Al Quran sebagai petunjuk jalan dan Rasul saw. sebagai pembimbing . Malangnya berapa ramaikah dikalangan manusia, mereka yang mengambil Al Quran dan sunnah sebagai petunjuk dan pembimbing dalam kehidupan mereka di dunia ini ? Ya ! Ramai dikalangan mereka yang menjadikan nafsu sebagai peta arah mereka melangkah . Tanpa memperduli akibat dan risiko , hanya kerana mahu memburu kepuasan sementara dan keseronokan seketika mereka redah segala batas hukum dan

ya hafizul Quran

Image
di sini bermula sebuah cerita, di tempat yang penuh barakah, yang tersergam indah sebuah masjid, dikelilingi tasik yang mengalir tenang, di mana penghuninya, sentiasa sibuk dengan alQuran... rindunya akan suasana itu, di mana saja kalamNya sentiasa didengari, dengan pelbagai suara, lagu dan irama.... inilah dia......... darul Quran KKB nama diberi, melahirkan huffazulQuran, pemegang amanah terbesar, mampukah kita sebenarnya??? tepuk dada tanyalah iman... kita sering dibesarkan, diagungkan, dimuliakan, dengan title "penghafaz alQuran" Namun, sejauh mana amalan dan akhlak kita??? adakah menggambarkan alQuran yang mulia??? atau selah-olah seperti insan yang tidak memahami kandungannya malah ada yang lebih teruk dari itu.. astaghfiruLlahalAzim.. sejauh mana kita beramal dengan setiap hafalan?? tidakkah kita gerun dengan azab ALLAH yang maha dahsyat..??? kita LUPA!!!!! LEKA!!!! LALAI!!!! dan TERTIPU dengan keseronokan dunia... AHHH!!!!! tidak layak untuk kita bergelar hamalatul Q

YA ALLAH!!!sayangilah dia..

Image
assalamualaikum..salam perjuangan buat sahabat semua.. ingin aku kongsikan nukilan ini buat teman-teman yang punya sahabat karib yang sentiasa bersama tika susah mahupun senang.. di bumi barakah Darul Quran,kami bertemu dengan taqdir yang tidak disengajakan tetapi DIA YANG MAHA KUASA menentukan pertemuan itu....walaupun berbeza program (aku-persijilan,dia-diploma)..namun dengan rahmat kasihNya kami menjadi teman yang sangat rapat..segala masalah dikongsi bersama,suka duka,tangis dan tawa tidak pernah bersendirian..aku bersyukur kerana dikurniakan teman sebaiknya..alhamduliLlah.. Tapi,hati ku benar-benar sayu dan sedih tatkala mengenangkan nasibnya yang sentiasa dirundung malang..ada saja dugaan yang menimpanya,selepas 1,datang pula yang lain..begitulah hidupnya..penuh dengan dugaan..Ya Allah..tidak tega aku melihat dia menanggung penderitaan itu sendirian.. Mana tidaknya,insan itu sungguh mulia di mataku,punyai peribadi dan akhlak yang terpuji..aku kagum dengannya..bagaikan insan terpi

RE:aku rindu padanya...

Image
semalam aku bermimpi....mimpi jumpa faaizah......dalam mimpi tu,aku peluk die erat sampai menitis air mata...rindu sangat..........kat faaizah....dan air mata tu bukan dalam mimpi je,tapi dalam realiti sebenar...x pernah mimpi nangis n betul-betul kuar air mata....ntah la...munngkin sebab masalah yang banyak dan rindu kt faaizah...kalau dulu selalu je ade tempat mengadu....tempat luahkan perasaan...tapi......................................sekarang xde dah yang nak pinjamkan telinga dan masa...masing-masing sibuk....hmm....faaizah...kite rindu kt faaaizah....kite banyak benda nak cite ngan awak...sedihnya....faaizah,doakan kite ye....sahabat awak ni lemah...lemah sangat....hmmm.....moga ukhuwah kita berkekalan sampai ke syurga...amiin... dia insan yang teristimewa.. 6 tahun bersamanya bagaikan.. satu pengalaman yang amat bermakna.. memberi 1001 erti buat diriku.. dia insan yang Allah tentukan untuk menema