istimewa solat...



bagaimanakah cara untuk mendapat khusyu'...????

antara metod nya ialah
memahami maksud setiap bacaan dalam solat....

dari awal niat hinggalah memberi salam...

1.NIAT
"sahaja aku menunaikan solat fardhu
( subuh-4 rakaat,zuhur-4 rakaat,asar-4 rakaat,maghrib-3 rakaat,isya'-4 rakaat)
kerana Allah Taala"

2.TAKBIRATUL IHRAM

"Allahu Akbar"..=
Allah Maha Besar..

Bayangkanlah betapa agungnya kebesaran Allah mencipta seluruh makhluk di langit dan di bumi.
3.DO'A IFTITAH


Allahu Akbar Kabira walhamduliLlahi kathira..=
"Allah Maha Besar
dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya"

wa subhanaLlahi bukratan wa asila..=
''Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang"

wajjahtu wajhiya liLlazi fatharas samawati wal ardhu..=
"Aku hadapkan wajahku bagi
Tuhan yang mencipta langit dan bumi"

hanifan musliman..=
"dengan suasana lurus dan berserah diri"

wa maa ana minal musyrikin..=
"dan aku bukan dari golongan orang musyrik"

inna solati wa nusuki wa mahyaya wa mamati..=
"Sesungguhnya solatku, Ibadatku, hidupku, matiku"

liLlahi rabbil 'alamin..=
"adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam"

-inilah ikrar kita setiap hari..namun sejauh mana kita melaksanakannya???
la syarikalaHu..=
"Tidak ada sekutu bagiNya"

wa bizalika umirtu..=
"dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya"

wa ana minal muslimin..=
"dan aku dari golongan orang Islam"

4.ALFATIHAH

Apakah maksud setiap ayat dalam ummul Furqan ini????

al fatihah merupakan satu surah yang lengkap dengan segala-galanya..
bertepatan dengan ta'rif solat yakni doa..al fatihah merupakan bicara kita
bersama Rabb..

hayatilah maksud di sebaliknya...

1.BismiLlahirRahmanirRahim..=
"dengan nama Allah yang Maha Pemurah
lagi Maha Penyayang"

2.AlhamduliLlahi Rabbil 'alamin..=
"segala puji-pujian hanya bagi Allah Tuhan
sekalian alam"

3.ArRahmanirRahim..=
"Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"

4.Maliki yaumiddin..=
"yang Menguasai hari pembalasan"

5.iyyaKa na'budu wa iyyaKa nasta'iin..=
"hanya Engkaulah yang kami sembah dan
hanya Engkaulah kami mohon pertolongan"

6.ihdinas siratal mustaqim..=
"tunjukkanlah kami jalan yang lurus"

7.siratallazina an'amta 'alaihim ghairil maghdhubi 'alaihim
wa ladh dhaallin..=
"jalan-jalan orang-orang yang Engkau
kurniakan nikmat ke atas mereka
dan bukan jalan orang-orang yang Engkau
murkai dan sesat"

5.RUKU'-
subhana Rabbiyal 'Azimi wa bihamdiH..=
"Maha Suci Tuhanku Yang Maha Agung dan
dengan segala puji-pujiannya"



sesungguhnya kami tunduk dan patuh padaMu ya Allah..

Bacaan ketika bangun dari ruku'-
sami'aLlahu liman hamidaH..=
"Allah mendengar pujian orang yang memujinya"




sesungguhnya Allah mendengar hambaNya yang memujiNya ketika solat...

Bacaan i'tidal-
Rabbana wa laKal hamdu..=
"Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian"

6.SUJUD-
subhana Rabbiyal a'laa wa bihamdiH..=
"Maha suci Tuhanku Yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya"


hinanya kita..
mengapa masih ada hambaNya yang angkuh di muka bumi ini???

Bacaan duduk antara 2 sujud-


Rabbi ghfirli..=
"Ya Allah..ampunilah daku"

warhamni..=
"Rahmatilah daku"
wajburni..=
"kayakan daku"

warfa'ni..=
"angkatlah darjatku"

warzuqni..=
"rezekikan daku"

wahdini..=
"berilah aku hidayah"

wa'aafini..=
"sihatkanlah daku"

wa'fu'anni..=
"dan maafkanlah akan daku"

inilah doa yang kita lafazkan setiap kali solat..sedarkah kita????

hanya padaNya kitta memohon..

7.TAHIYAT

Bacaan ketika Tahiyat Awal & Akhir

attahiyyatul mubarakatus solawatut thoiyibatu liLlah..=
"Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah"

assalamu'alaika aiyuhan nabiyyu wa rahmatuLlahi wa barakatuh..=
"Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya"

assalamu'alaina wa 'ala 'ibadiLlahis solihin..=
"Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh"

asyhadu anla Ilaha illaLlah wa asyhadu anna
Muhammadar RasuluLlah..=
"Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan
aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah"

aLlahumma solli 'ala saiyidina Muhammad wa 'ala aali Muhammad..=
"Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas
Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya"

kama sollaita 'ala Ibrahim wa 'ala aali Ibrahim..=
"Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim
dan atas keluarga Ibrahim"

wa barik 'ala saiyidina Muhammad wa 'ala aali Muhammad..=
"Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya"

kama barakta 'ala Ibrahim wa 'ala aali Ibrahim..=
"sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan
atas keluarga Ibrahim"

fil 'alamiin..=
"di dalam alam ini''

innaKa Hamidun Majid..=
"Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi
Maha Agung"

8.SALAM-
assalamu'alaikum warahmatuLlah..=
"salam sejahtera ke atas kamu dan rahmat Allah"

maka,tamatlah sudah dialog kita dengan Pencipta kita...
setiap lafaz yang dituturkan dalam solat tidak lain hanyalah doa dan
pujian yang tidak terhingga buat Pencipta kita Yang Agung..
juga selawat dan salam buat junjungan RasuluLlah s.a.w...
sama-samalah memperbaiki solat dan agar solat kita diterima olehNya..

insyaAllah..

waLlahua'lam..








Comments

aqmy said…
artikel macamni mmg bes. bukan semua org tw detail camni. tahniah2. tq2. nak copy =)

selaen tu,klw ada org yg non-muslim baca, boleh lah mereka faham sikit2 ttg solat ummat Islam.
zunnurain said…
thnx 4 ur comment...
panda putih said…
emm...br phm...
tq sebab berkongsi...
semoga ALLAH merahmati kamu..
:) amiir.ah said…
salam.

trime ksh byk2 sbb bwat post ni. dh lama tercari2 mksud ayat yg bce mse rukuk, sujud semua. sy pn nk copy jugak, hrp dihalalkn. :)
Fariz said…
Alhamdulillah, artikelnya membantu saya belajar untuk menyempurnakan solat. Salam dari Indonesia..

Popular posts from this blog

Istikharah Cinta

doa nabi khidir

tarbiyah ruhiyyah