ada apa dengan hati???


ada seorang sahabat bertanyakan :

"camna nak jaga hati????"

aku mula berfikir...


"aku sendiri pun kadang-kadang tak berjaya menjaga hati....tapi x salah untuk berkongsi sedikit ilmu dan pengalaman yang ada....dalam masa yang sama,
boleh manfaatkan untuk diri sendiri..."


sahabatku mempunyai masalah hati...dia sering diuji dengan masalah hati...kerana padaku hati nya sangat hampir dengan Allah...melihat ketika dia bersolat...seolah-olah dia sedang berbicara terus dengan Penciptanya...di wajahnya terpancar cahaya iman yang tinggi...subhanaLlah...

tapi itulah ujian nya..sering diuji hatinya....ujian yang bagaimana???????????


inilah ujian yang sangat sukar untuk dibendung...perasaan terhadap kaum/jantina yang berlainan....perasaan yang dianggap fitrah...fitrah setiap insan...

ya!!!!


but how to control it????


it just depends on ourselves....


bagaimana caranya...???


semua ada dalam alQuran...sebab tu la Allah perintahkan mukminin dan mukminat untuk tundukkan pandangan seperti dalam ayat ni :


[surah annuur : 30
]

"Katakanlah (wahai Muhammad)
kepada orang-orang lelaki yang beriman
supaya mereka menyekat pandangan mereka
(daripada memandang yang haram),
dan memelihara kehormatan mereka.
Yang demikian itu lebih suci bagi mereka;
sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya
tentang apa yang mereka kerjakan"


[surah annuur : 31
]

"
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman
supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram),
dan memelihara kehormatan mereka;
dan
janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka
kecuali yang zahir daripadanya;
dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka;
dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka
melainkan kepada suami mereka,
atau bapa mereka
atau bapa mertua mereka
atau anak-anak mereka
atau anak-anak tiri mereka,
atau saudara-saudara mereka,
atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki,
atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan,
atau perempuan-perempuan Islam,
atau hamba-hamba mereka,
atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua
dan tidak berkeinginan kepada perempuan,
atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan;
dan
janganlah mereka menghentakkan kaki
untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka;
dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah,
wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya"
sebab apa kena tundukkan pandangan???


sat gi terlanggar tiang elektrik...


ha!!!! pecah kepala....

sebab............

dari pandangan lah bermula segala-galanya...

if kita tundukkan pandangan..tak de la kite tau wajah seseorang tu cmna...


if x...tu la yg mula terbayang,terkenang dan teringat...


pandangan-senyum-salam-dating-then zina....

na'uzubiLlah..moga Allah jauhkan kita....


kan elok if kite leh buat apa yang Allah suruh...


then...kita mesti jaga solat kita sebab....



[surah al 'ankabut : 45
]

"Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu
dari Al-Quran,
dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun);
sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya);
dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan"

solat itu tiang agama..solat yang penuh khusyu' dan rasa kehambaan akan mengelakkan diri kita dari melakukan perbuatan keji dan mungkar...

that is the answer...

hmm..what is then????

from this famous and popular verse....

[surah al Isra' : 32
]

"
Dan janganlah kamu menghampiri zina,
sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan
satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)"

so...let us together avoid from that!!!!!

and the most important thing,we should ask and believe in GOD...just ask HIM for any help...
HE will help us...

Because HE said....

[surah albaqarah : 153]

"Wahai sekalian orang-orang yang beriman!Mintalah pertolongan

(untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan)

dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang.

kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar"

so,

the answer depends on ourselves...

Allah has mentioned totally in AlQuran...

hanya kita yang nak atau tidak untuk mengikutnya...

hati adalah raja segala jasad..

Daripada Abu Abdullah al-Nu'man ibn Basyer r.a. رضي الله عنهما beliau berkata:

Aku telah mendengarRasulullah SAW bersabda:

Sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terangjelas, dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yangkebanyakan orang tidak mengetahuinya.

Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat makasesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya.

Dan barangsiapa yang terjatuhdalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yangmengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya.

Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkaraperkarayang diharamkanNya.

Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yangapabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad.

Ketahuilah ia adalah hati.

Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.

baik hati,baik lah seluruhnya..

buruk hati..maka buruklah segalanya...

fikir-fikirkan dan renungkan...

waLlahua'lam...

Comments

Popular posts from this blog

Istikharah Cinta

doa nabi khidir

tarbiyah ruhiyyah