YA ALLAH!!!sayangilah dia..
ingin aku kongsikan nukilan ini buat teman-teman yang punya sahabat karib yang sentiasa bersama tika susah mahupun senang..
di bumi barakah Darul Quran,kami bertemu dengan taqdir yang tidak disengajakan tetapi DIA YANG MAHA KUASA menentukan pertemuan itu....walaupun berbeza program (aku-persijilan,dia-diploma)..namun dengan rahmat kasihNya kami menjadi teman yang sangat rapat..segala masalah dikongsi bersama,suka duka,tangis dan tawa tidak pernah bersendirian..aku bersyukur kerana dikurniakan teman sebaiknya..alhamduliLlah..
Tapi,hati ku benar-benar sayu dan sedih tatkala mengenangkan nasibnya yang sentiasa dirundung malang..ada saja dugaan yang menimpanya,selepas 1,datang pula yang lain..begitulah hidupnya..penuh dengan dugaan..Ya Allah..tidak tega aku melihat dia menanggung penderitaan itu sendirian..
Mana tidaknya,insan itu sungguh mulia di mataku,punyai peribadi dan akhlak yang terpuji..aku kagum dengannya..bagaikan insan terpilih yang dilahirkan Allah di muka dunia..ahh!!!mengapa dia haru s melalui semua itu..hmm...aku pasti Allah ada rencanaNya..seperti yang telah termaktub dalam kitabNya yang bermaksud...
Ya Allah..aku benar-benar yakin yang KAU amat menyayangi nya...dia sering difitnah dengan sesuatu yang tidak dilakukannya..menjadi tumpuan umum kerana kelebihan yang ada padanya..itu semua sifad pendengki yang ada dalam hati orang sekelilingnya..mereka cemburu akan nikmat dan kelebihan yang Allah berikan padanya...kenapa masih ada insan yang berhati busuk...???sanggup merosakkan hidup orang lain hanya kerana termakan pujuk rayu syaitan...
inilah manusia...ya Allah..jauhkan aku dari sifat hasad ini..amin..
Bukan itu saja,aku mendapat berita bahawa dia menghidap penyakit yang agak kronik..(bengkak ulu hati) yang aku kira amat berbahaya...tapi apa dayaku untuk membantunya..aku hanya mampu memberi dorongan dan semangat serta nasihat agar dia dapat meneruskan hidup secara normal seperti insan lain...yaAllah...nilah ujian yang hebat untuknya..terpaksa berperang dengan penyakit itu..sukar untuk diluahkan namun itulah hakikatnya...
antara simptom nya ialah :
badan kuning,kaki bengkak,sakit belakang,sangat lemah,bahagian atas perut keras. selera makan jatuh teruk...ni saja yang sempat dicari....
bayangkan untuk makan,sangat susah sebab dia tak boleh mengambil makanan sesuka hati hati..banyak betul pantang larangnya..huh!!!!aku yakin dugaan yang hebat itu hanya untuk mereka yang hebat..aku sentiasa berdoa agar ALLAH mengurangkan bebannya..aku tidak sanggup melihat penderitaannya kerna aku amat menyayanginya..di sini besarlah harapan ku untuk memohon sahabat yang membaca mendoakan kesihatan sahabat ana tersebut..moga dia sentiasa di bawah lindungan rahmatNya dan tabah menghadapi hidup ini serta disembuhkan penyakitnya..kerna Allah berfirman....
"wa iza maridhtu fa huwa yasyfin"
Ingatlah setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah nya..andai kita reda..maka itulah penawar dan jalan yang terbaik buat kita..carilah hikmah nya yang tersembunyi..moga kita sentiasa tabah dan sabar menempuhi dugaan yang datang silih berganti...amiin..
Comments