kalamuLlah...



assalamualaikum..ingin ku kongsikan beberapa kalamuLlah yang memberi 1001 erti buat diri ini..

  • dosa yang dilakukan saban hari bisa menggelapkan segumpal darah bernama 'hati'..maka, sentiasalah menjaga dan membersihkan hati kerna hati raja segala anggota...





"dan bersegeralah kamu mencari ampunan dari Tuhanmu
dan mendapatkan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi
yang disediakan bagi mereka yang bertaqwa"
(3:133)

  • siapakah mereka yang bakal menikmati keindahan syurga yang tiada bandingnya???? mereka ialah......

"dan orang-orang yang menginfakkan (membelanjakan harta di jalanNya)
baik di waktu lapang mahupun susah,dan orang-orang
yang menahan amarahnya serta memaafkan kesalahan orang lain.
dan Allah mencintai orang yang berbuat kebaikan"
(3:134)

  • kita sering melakukan dosa..namun sejauh mana keinsafan dalam diri kita hadir?? pernahkah terfikir mengenainya???sentiasalah muhasabah diri dari semasa ke semasa

"dan orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji
atau menzalimi dir,mereka segera mengingati Allah,
lalu memohon ampunan atas dosa-dosanya,dan siapa lagi
yang dapat mengampuni dosa-dosa mereka selain DIA?
serta mereka tidak lagi mengulangi perbuatan dosa itu,
sedang mereka mengetahui"
(3:135)


  • Ya Allah...Maha Pengasihnya DIA..Allah akan menyediakan syurga tempat paling bahagia istimewa buat hamba-hambaNya..adakah kita tidak mahu menikmatinya???tepuk dada tanya lah iman anda sejauh mana rasa kehambaan anda padaNya....

"balasan bagi mereka ialah keampunan dari Tuhan serta syurga
yang mengalir di bawahnya sungai-sungai,

mereka kekal di dalamnya..dan itulah

sebaik-baik pahala bagi mereka yang beramal"

(3:136)




  • Tapi bagaimana nak teruskan hidup??apa panduan kita???hmm...semua yang kita perlukan ada tercatat dalam alQuran..sama ada kita nak kaji atau tidak..terpulang pada diri masing-masing...so,let us recite and observe ayatulQuran yang mulia..



"inilah alQuran suatu keterangan yang jelas untuk
semua manusia dan menjadi petunjuk serta pelajaran
bagi orang-orang yang bertaqwa"
(3:138)



  • Maka dengan itu,bergembiralah wahai sekalian manusia..usahlah kalian bersedih dan berdukacita..tidak akan berasa rugi sesiapa yang berpegang dengan agama Islam dan mematuhi segala suruhan dan meninggalkan segala laranganNya..



"dan janganlah kamu merasa lemah dan bersedih hati,
kerana kamu paling tinggi jika kamu beriman"

(3:139)



akhirul kalam...
moga alQuran sentiasa dekat di hati dan kalamNya basah di bibir..


Kerana Allah tercinta,
alQuran tersemat di dada....



waLlahua'lam...

Comments

Popular posts from this blog

Istikharah Cinta

doa nabi khidir

tarbiyah ruhiyyah