Posts

Showing posts from April, 2009

aku,DIA dan.....

aku di sini, bersama KEKASIH yang ku cintai, tika insan lain sedang asyik dibuai mimpi, oh indahnya saat itu, bersama berdua memadu kasih, aku dan DIA, DIA yang sangat ku cintai, DIA yang amat aku sayangi, DIA yang terlalu aku rindui, DIA adalah segala-galanya buatku... aku dan DIA, bahagia yang tiada bandingnya, DIA.... Maha Memahami, isi hati yang terpendam, kepahitan yang dirasai, kesukaran yang ku alami. DIA.... Maha Mengetahui, kebenaran yang hakiki, perihal diri yang hina, yang lemah dan tidak berdaya. aku di sini, tidak sanggup menanggung keperitan dan kepayahan hidup, sungguh lemah diri ini, hanya pada DIA aku mengadu segalanya, aku luahkan segala yang terbuku dalam benak fikiranku, sering aku menangis sayu di hadapanNYA, merintih hiba tak terkata, kerna ku tahu, DIA sentiasa di sisiku, setiap saat diperlukan. syukur kerana aku menemui cintaNYA. aku tanpa cintaNYA, bagai bangkai tak bernyawa, tiada erti hidup ini, sunyi sepi ku rasakan, kosong... hidup ini tidak berarah, ke kan

makanan rohani...

Image
kita seringkali asyik memikirkan tentang makanan-makanan yang enak untuk menjadi hidangan kepada perut yang sedang asyik memukul kan gendang nya... namun pernah kah kita terfikir bagaiman pula dengan makanan rohani kita...????? roh kita perlukan makanan untuk hidup.. sekiranya dibiarkan begitu sahaja... ia akan mati....dan kita akan menjadi orang-orang yang rugi...nauzubiLlah... di sini ingin saya berkongsi dengan semua perihal zikir... ALLAH berfirman: Al-Baqarah [2:239] Dan jika kamu takuti (sesuatu bahaya) maka sembahyanglah sambil berjalan atau berkenderaan, kemudian apabila kamu telah aman sentosa, maka hendaklah kamu mengingati ALLAH (dengan mengerjakan sembahyang secara yang lebih sempurna), sebagaimana ALLAH telah mengajar kamu apa yang kamu tidak mengetahuinya. di sini disenaraikan beberapa amalan zikir untuk diamalkan..moga-moga kita sentiasa istiqamah melakukannya... ISNIN SELASA RABU KHAMIS JUMAAT SABTU AHAD Allah amat sayang kepada hamba yang sentiasa mengingatiNY

Diri yang lemah...

Image
assalamualaikum... pertama-tama dan selama-lamanya marilah kita merafa'kan rasa syukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia serta inayahNYA,kita masih lagi berpeluang untuk menghirup udara yang segar dan nyaman di samping menikmati 2 nikmat yang terbesar yakni nikmat iman dan islam...alhamduliLlah..alhamduliLlah..alhamduliLlah... Tujuan utama adalah ingin berkongsi sedikit pengalaman diri yang menjadikan diri ini seorang hamba yang kuat dan tabah... suka untuk ana mencatitkan di sini lirik lagu yang sedang kedengaran di gegendang telinga anda semua... "ya ALLAH ya Tuhanku, hambaMu merindukan rahmat kasih sayangMu, dan juga keredhaanMu dalam hidupku... meskipun ku ulangi dosa noda yang menjanjikan azab sengsara, namun ku sedari keampunanMu tidak bertepi... ku akui diri ini hamba yang mungkir pada janji-janji jadikanlah taubat ini yang sejati padaMu Ilahi... ya ALLAH.. ampunkanlah dosa-dosaku.. ya ALLAH... redhakanlah kehidupanku.. moga terhapus penghijab kalbu.. ant

seindah hiasan adalah wanita solehah...

Image
assalamualaikum warahmatuLLahi wabarakatuh.. salam juang!!! apa khabar semua pambaca..?? semoga kita semua sentiasa berada di bawah naungan rahmatNYA..insyaALLAH..kali ini,penulis ingin berkongsi sedikit perkongsian khas buat insan yang bergelar muslimah,wanita,perempuan,gadis dan yang sewaktu dengannya... pernahkah kalian terfikir..apakah tujuan ALLAH mencipta kita di dunia ini?? kenapa Allah ciptakan wanita?? Cuba bayangkan andai dunia ini hanya dikelilingi oleh lelaki??? MASYAALLAH!!! Sungguh tak terbayang di dalam ruang minda bagaimana keadaannya ketika itu.. Sebelum meneruskan kalam bicara,ingin penulis mengajak sahabat sahabiah semua untuk sama-sama bersyukur ke hadrat Ilahi kerna dengan limpah inayahNYA kita semua dapat hidup di dunia ini dengan menghirup udara yang segar dan nyaman,di samping dikurniakan 2 nikmat yang terhebat iaitu nikmat IMAN dan ISLAM.. alhamduliLLah... berbalik kepada tajuk asal perbincangan.. "seindah hiasan adalah wanita solehah" Tidak Allah

BLOG LIRIK LAGU?????

assalamualaikum.. adakah ini blog lirik lagu??? mungkin juga..sebenarnya penulis sangat dan amat-amat meminati bidang seni especially nasyid..pernah satu ketika bercita-cita untuk menjadi penulis lirik lagu,dan mungkun juga penggubah lagu..InsyaALLAH satu hari nanti..impian bakal menjadi kenyataan.. tapi kenapa nasyid??? hmm...setiap orang memiliki kelebihan dan kekurangan dalam diri masing-masing..penulis juga begitu..satu kelemahan yang dimiliki oleh penulis yang penulis sendiri tidak mengetahui sampai bila kelemahan itu akan berjaya diatasi..mungkin 20 tahun lagi kot..just wait and see..(",)v Kelemahan penulis adalah tidak pandai dan mungkin tidak suka bercakap di hadapan orang ramai..Namun jauh di sudut hati yang paling dalam,teringin sangat nak petah berkata-kata dengan penuh isi dan keyakinan..TAPI........ masa nya tak tahu bila.. Penulis tertarik dengan kata-kata seorang sahabat iaitu, "selalunya orang yang pandai menulis,tak pandai bercakap..dan orang yang pandai berc

carilah cinta

Image
Carilah cinta yang sejati yang ada hanyalah padanya Carilah cinta yang hakiki Yang hanya padanya yang Esa Carilah cinta yang abadi yang ada hanya padanya Carilah kasih yang kekal selamanya Yang ada hanyalah pada Tuhanmu .... Di dalam mencari cinta yang sejati Banyaknya ranjau kan ditempuhi Di dalam mendapat cinta yang hakiki Banyaknya onak yang di redahi Carilah cinta yang sejati yang ada hanya padanya Carilah cinta yang hakiki Yang hanya padanya yang Esa Namun janjinya Kepada Hamba-Nya Tidak pernah dimungkiri dan tidak pernah melupakanmu Di dalam mencari cinta yang sejati Banyaknya ranjau kan ditempuhi Di dalam mendapat cinta yang hakiki Banyaknya onak yang di redahi Namun janjinya Kepada Hamba-Nya Tidak pernah dimungkiri dan tidak pernah melupakanmu Yakinlah kepada Tuhan-Mu Kerna dialah cinta hakiki Kerna dialah cinta hakiki Kerna dialah cinta yang hakiki

antara 2 cinta

Image
apa yang ada jarang disyukur i apa yang tiada sering dirisaukan nikmat yang dikecap baru kan terasa bila hilang apa yang diburu timbul rasa jemu bila sudah di dalam genggaman dunia ibarat air laut diminum hanya menambah haus nafsu bagaikan fatamorganadi padang pasir panas yang membahang disangka air dunia dan nafsu bagai bayang-bayang dilihat ada ditangkap hilang Tuhan.. leraikanlah dunia yang mendiam di dalam hatiku kerana di situ tidak ku mampu mengumpul dua cinta hanya cintaMu ku harap tumbuh dibajai bangkai dunia yang kubunuh

subuh yang terakhir

Image
Bilakah kali yang terakhir kau ucapkan sayang pada insan yang setia berkongsi susah dan senang Luahkan isi hati, andainya sudah ditakdir Tadi subuh yang terakhir Bila berdekatan kadangnya makin kita leka Bila bejauhan barulah merindu didada Selagi berkesempatan ucapkan terima kasih Andai esok takkan hadir Tika terkasar bahasa mungkin ada yang terasa Tapi tak kedengaran rintihan kerna sayangkan dirimu Namun di hati mampukah dilupakan Rayulah kemaafan Jangan sebelum nyawa dipulangkan Bilakah kali yang terakhir kau kucupi pipi Ayah bonda yang tak mungkin kau terbalas budi Tunjukkanlah syukurmu bertuahnya kau dilahir Tika terkasar bahasa mungkin ada yang terasa Tapi tak kedengaran rintihan kerna sayangkan dirimu Namun di hati mampukah dilupakan Rayulah kemaafan Jangan sebelum nyawa dipulangkan Lihatlah saja isterimu berkorban separuh nyawa Demi menjamin kebahagian anak dan suami tercinta Buktikan padanya pilihan jodohmu tepat Sebelum semua terlewat Lafazkan rasa cinta...andainya sudah dita

gelombang keadilan

Image
kan melangkah kaki dengan pasti.. menerobos segala onak duri.. generasi baru yang telah dinanti.. tak takut dicaci tak gentar mati.. bagai gelombang terus menegang.. untuk tumbangkan segala kezaliman.. dengan tulus ikhlas untuk keadilan.. hidup pertiwi gapai sejahtera.. Takkan surut walau selangkah.. Takkan henti walau sejenak.. cita kami hidup mulia.. Atau syahid mendapat syurga

APA YANG KAU TAHU

Image
Bacalah...sebutlah dengan nama Tuhan yang menciptakan Segala kejadian di dunia Bacalah...tulislah dengan pena Wahyu yang diutuskan Risalah kebenaran untuk insan Seluruh kasihnya telah dia curahkan Tulus suci mengisi ruang hati Bagai dalam dingin Rindu berdakapan Dengan kata syahdu Kasih mesra bersatu Apa yang kau tahu Bacalah...lihatlah dengan mata Selami sanubari Putaran panorama hidup ini Bacalah...tipuan mata hati Bisikan penuh mimpi Melamar kelalaian tidak henti Suruhan larangan telah dia sampaikan Jangan pilih haluan dimurka Kelak rebah diriDuka menangisi Tanpa belas kasih Disiksa saban waktu Apa yang kau tahu Gua hira menggamit kisah silam Satu peristiwa nabi bersendiri Iqra diturunkan muhammad ditabalkan Tersuratlah sudah kalam dari Tuhan Sekian kalinya detik waktu berlalu Apa terus berbakti untuk dia Membalas kasih Syukur dengan nikmat Amal yang bertambah Hikmahnya kan ketemu Apa yang kau tahu!!!

'asyura

Lembut tuturmu tegas membela agama Gagah berani tiada tandingnya Mulia akhlakmu didikan rumah kenabian Penyinar segala kegelapan Ibundamu penghulu wanita di syurga Jelmaan bidadari di dunia Menyintainya adalah suatu ibadah Puteri kesayangan Rasulullah Al-Husaini Kepahitanmu kurasai Terkorban kau menentang kemungkaran Rebah tersungkur masih di dalam senyuman Tabah hati menempuh cabaran Ya Allah sampaikan salamku kepadanya Pemergian tiada pengganti Pemuda syurga gelaranmu di dunia Kau pepohon penyinta ketaqwaan Zuhud sifatmu redha setiap ketetapan Pedoman engkaulah tauladan Hancur tubuhmu bercerai di Karbala Darah suci merah mengalir Tenang nafasmu menyahut panggilan syuhada Iringan wangian pengasih

salahuddin al ayubi

Image
Malammu disinar solat munajat Siangmu dihias lonjakan jihad Pembela insan yang miskin dan lara Kemelut yang menyelubungi Dalam sirah ummah Kau ungkai dengan fatwa nubuwwah Pernah kembara bagai pelarian Akhri bertakhta penuh kemuliaan Berkurung dendam demi keamanan Bergemalah bumi Anbia Takbir kemenangan Menjulang iman hapus kemungkaran Walaupun seisi dunia Melutut di tapak kakimu Tetapi kau pergi tanpa sisanya untuk Diwarisi Quran Hadith terpasak di kalbumu Syair puisi pelembut rasamu Tinta senjata lakaran mindamu Darah juga airmatamu Dakwat yang mewarna Lembaran agung insan terulung Jasamu Salahuddin Bagai kasturi mewangi Harumannya melewati Baitul Maqdis yang suci Walaupun jasadmu tiada Semangatmu tetap menyala Kekal menjadi aspirasi Mujahid kini dan selamanya Malammu disinar solat munajat Siangmu dihias lonjakan jihad Pembela insan yang miskin dan lara Kemelut yang menyelubungi Dalam sirah ummah Kau ungkai dengan fatwa nubuwwah Kaulah satria, kaulah perwira Fisabilillah

hidup di persimpangan.........

assalamualaikum...sebelum kalam dinukilkan,mari sama-sama menghayati sedikit dari lirik lagu ini.. "kan melangkah kaki dengan pasti.. menerobos segala onak duri.. generasi baru yang telah dinanti.. tak takut dicaci tak gentar mati .. bagai gelombang terus menegang.. untuk tumbangkan segala kezaliman.. dengan tulus ikhlas untuk keadilan.. hidup pertiwi gapai sejahtera.. Takkan surut walau selangkah.. Takkan henti walau sejenak.. cita kami hidup mulia .. Atau syahid mendapat syurga .." menitis air mata tika menyanyikan lagu ini..sungguh menusuk kalbu andai benar dihayati setiap bait lagu ini.. di sini suka untuk saya membicarakan perihal 'PERJUANGAN' ... tapi sebelum itu,tanya diri anda: "man ana?", "who am I?", "siapa aku".. The answer is : rujuk surah albaqarah ayat 30 yang bermaksud..: "dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat,"AKU hendak menjadikan khalifah di bumi.." Mereka berkata,"Apakah Engkau

Ahlan Bina

Ahlan Bina Ahlan Bina bitatil biladil wa marhaban Jadad tumul ah dal ladzi kod akhlaqo La tai asu an tastarid du majdakum Fala rubba maghlubin hawa sum martaqo Madad lahul ammal lu fi af lakiha Khaiturraja ilal u lafa ta sallaqo Fatajassamu lil majdikul li azimattin Inni ra aitul majdu so'bal murtaqo Ahlan Bina bitatil biladil wa marhaban Jadad tumul ah dal ladzi kod akhlaqo La tai asu an tastarid du majdakum Fala rubba maghlubin hawa sum martaqo Ya Rasullallah Ya Habiballah x4 Shama iluhu maan nasimissiba Bialthofimin ha wa zahri riba kasahul maha mida mundus siba Wa a' rohu min a'ri kulli mazam Ya Rasullallah Ya Habiballah x4

Kembali

Kembali menyusuri hari Indah warna warni ceria dan berseri Mencari makna seribu erti Nikmat disyukuri hikmahnya tersembunyi Semalam jadikan pengalaman buat kita menyuluh jalan Mencari pedoman hidup penuh kebahagiaan Hari esok hanya anganan belum tentukan kesampaian Hari ini mulai langkah penuh keazaman Berusaha tabur budi dan jasa Bagai hidup di dunia kekal selamanya Beramal bekal untuk ke sana Umpama hayat kita esok sudah tiada Takkan mungkin kekal di sini Mana bisa menongkah langit Umpama pepohonan rendang Teduhan seorang pedagang Hanya saja kekal di sana bertemu yang Baqa' Pencipta Augerah yang teristimewa pada hati yang sejahtera Tanpa sinar-Mu kegelapan deritaku rasa Di mana cahaya Sinar mentari menyuluh hidupku bagai cahaya kebenaran *Bersama kita mengejar mimpi menuju satu cita sejati Menggapai seribu impian yang kita bina bersama-sama