hidup di persimpangan.........

assalamualaikum...sebelum kalam dinukilkan,mari sama-sama menghayati sedikit dari lirik lagu ini..

"kan melangkah kaki dengan pasti..
menerobos segala onak duri..
generasi baru yang telah dinanti..
tak takut dicaci tak gentar mati..

bagai gelombang terus menegang..
untuk tumbangkan segala kezaliman..
dengan tulus ikhlas untuk keadilan..
hidup pertiwi gapai sejahtera..

Takkan surut walau selangkah..
Takkan henti walau sejenak..
cita kami hidup mulia..
Atau syahid mendapat syurga.."
menitis air mata tika menyanyikan lagu ini..sungguh menusuk kalbu andai benar dihayati setiap bait lagu ini..
di sini suka untuk saya membicarakan perihal
'PERJUANGAN'...
tapi sebelum itu,tanya diri anda: "man ana?", "who am I?", "siapa aku"..
The answer is :
rujuk surah albaqarah ayat 30 yang bermaksud..:
"dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat,"AKU hendak menjadikan khalifah di bumi.."
Mereka berkata,"Apakah Engkau hendak menjadikan orang yang merosak dan menumpahkan darah di muka bumi,sedangkan kami sentiasa bertasbih memujiMu dan menyucikan namaMu..???"
MAKA ALLAH berfirman,"Sesungguhnya AKU Maha Mengetahui apa yang tidak kamu ketahui"..
maka dengan itu,jelaslah kepada kita,bahawa kita hidup di dunia ini punya agenda tersendiri yang direncanakan oleh TUHAN PENCIPTA sekalian alam..bukanlah hanya untuk hidup bersuka ria,makan,minum,tidur,bermain,belajar,bergelak ketawa..TETAPI kita harus menyedari bahawa kita ada satu tanggungjawab dan amanah yang sangat berat untuk dipikulkan..
ALLAH berfirman lagi dalam surah alahzab ayat 72..
"sesungguhnya KAMI telah menawarkan amanat kepada langit,bumi dan gunung-gunung,tetapi semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khuatir tidak akan melaksanakannya lalu dipikullah amanat itu oleh manusia.Sungguh,manusia itu sangat zalim dan sangat bodoh"
Oleh itu,aiyuhas syabab..BANGKITlah..
sedar dan insaflah dengan erti sebenar kehidupan..
hidup kita ada penghujung namun kita tak tahu bilakah masanya malaikat izrael akan datang menjemput kita...Maka dari sekarang kita kena menyedari bahawa tugas khalifah ini sangat berat...Memerlukan satu kekuatan luar biasa,yakni semangat jihad yang mendalam dari dalam diri..bukan hanya sekadar bersemangat dalam berhujah,malah dalam melakukan gerak kerja...Semuanya demi untuk mencapai satu matlamat iaitu 'ghayah' yakni mardhatiLLah... dan bagi manyempurnakan satu tujuan yang telah lama diperjuangkan yakni dengan tertegaknya "khilafah Islamiyah" ....
usah kita berlengah lagi..mari bergerak mara ke hadapan dengan penuh iltizam dan keazaman..
usah kita leka dengan dunia yang fana'..
mungkin esok atau lusa kehancuran bakal menjengah,dan tika itu,tiada guna lagi penyesalan dalam diri...sudah terlambat bagi kita..Moga kita tidak tergolong di dalam golongan tersebut..amin ya Rabb..
oleh itu,mulai saat dan tika ini..kita harus menyediakan diri kita dengan satu niat yang tulus dan ikhlas untuk melaksanakan perintah ALLAH ini..juga disertakan dengan azam dan semangat yang tidak pernah luntur..Pejuang agama ALLAH perlu berjiwa besar..memiliki kesungguhan,keberanian,dan kebijaksanaan dalam melakukan apa jua pekerjaan...
mehnah dan tribulasi di dalam perjuangan bagaikan ombak di lautan..sesekali ia mengganas..namun berjaya juga untuk kita tempuhi segalanya kerana apa..??
kerana kita ada ALLAH..kekuatan yang tiada pada orang lain..ALLAH sentiasa akan memberi bantuan kepada hamba-hambaNYA yang menolong agamaNya..
seperti yang tercatat dalam surah Muhammad ayat 7 yang bermaksud :
"Wahai orang-orang yang beriman,seandainya kamu menolong agama ALLAH..nescaya ALLAH pasti akan menolongmu dan meneguhkan pendirianmu"
Berjuang memang pahit kerana syurga itu manis..
Bukan sedikit mahar yang perlu dibayar..
Bukan sedikit pedih yang ditagih..
Jalan menuju syurga penuh dengan liku dan pelbagai kesulitan..Jadi kita perlu tempuhinya dengan penuh tabah dan sabar..jangan sesekali berasa lemah di dalam berjuang..usah mudah putus asa kerana kita adalah ummat yang terbaik yang dilahirkan sebagai junduLLah..
ALLAH memujuk kita dengan kalamNYA dari surah ali-imran ayat 139 yang bermaksud :
"dan janganlah sesekali kamu merasa lemah dan jangan pula bersedih hati,kerana kamu adalah yang paling tinggi darjatnya seandainya kamu berIMAN"
Maka dengan itu bergembiralah wahai ansaruLLah..wahai junduLLah..ALLAH pasti akan membalas setiap keringatmu dalam usaha menegakkan kalimah ALLAH di atas muka bumi ini..
Hidup di persimpangan...sama-samalah kita menghargai hidup ini dan berusaha menjadi 'khalifah' di muka bumi ini..moga hidup kita diberkati dan diredhai olehNYA..waLLahua'lam...

Comments

Popular posts from this blog

Istikharah Cinta

doa nabi khidir

tarbiyah ruhiyyah