ZikruLlah

ألا بذكر الله تطمئن القلوب
-dengan mengingati ALLAH hati-hati akan menjadi tenang..
ALLAH berfirman yang bermaksud :
"Iaitu orang-orang yang mengingati ALLAH dalam keadaan berdiri, duduk, atau berbaring, dan memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi seraya berkata, wahai Tuhan,tiadalah ENGKAU menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci ENGKAU Ya ALLAH, jauhkanlah kami dari seksa api neraka..."

'zikruLlah' a.k.a mengingati ALLAH.
.

Sebagai hamba ALLAH di muka bumi ini, kita mempunyai pelbagai tanggungjawab... mungkin sebagai anak, pelajar, guru, ibu, ayah, sahabat dan lain-lain...

Pernahkah kita menyedari hakikat penciptaan kita di atas muka bumi ini adalah untuk mendambakan diri pada TUHAN sekalian alam??? Sahabat-sahabat... Marilah kita sama-sama menginsafi diri yang telah alpa, lalai dan leka dengan kehidupan dunia yang pada suatu hari nanti akan hancur juga akhirnya... Selalulah berzikir mengingati-NYA dalam apa jua keadaan sekalipun... Sama ada senang ataupun susah, sedih atau gembira, menangis atau ketawa... Ingatlah DIA dalam apa jua keadaan sekalipun kerana tanpa-NYA kita tak mungkin memiliki perasaan itu... dan sedarlah bahawa ALLAH sentiasa bersama kita memerhatikan gerak geri dan tindak tanduk kita....

Di sini,saya ingin berkongsi 2 buah cerita... ringkas tetapi bermakna untuk dihayati..

cerita 1

pada suatu malam yang hening,aku menontaon televisyen bersendirian... rancangan realiti tv terbitan astro prima yang sangat dan amat terkenal... -"Raja Lawak Astro:Final"- habis semua peserta membuat persembahan, maka tibalah masa yang ditunggu-tunggu... pengumuman pemenang yakni juara pada musim ini... pengacara dengan senang hati memanggil 'kumpulan sepah' untuk menerima gelaran Raja Lawak... kini tiba masa untuk mereka menyampaikan ucapan... aku amat tertarik dengan salah seorang ahlinya tapi tak ingat nama apa... aku begitu kagum kerana berkali-kali dia melafazkan kalimah ALHAMDULILLAH... dan di penghujung ucapannya juga dia membuat satu kelainan iaitu melaungkan takbir "ALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR!... menitis air mata tika melihatnya... aku teringat kisah perang Salahuddin al-Ayyubi apabila mereka memperoleh kemenangan, dengan penuh semangat melaungkan kalimah 'ALLAHU AKBAR!'... hmm... riuh juga penonton waktu tu... mana tidaknya rancangan 'raja lawak' tapi ada orang takbir... tak pernah lagi terjadi di mana-mana rancangan realiti even akademi al-Quran...

Mungkin ada yang berpendapat mereka mempermainkan kalimah ALLAH... tapi dari sudut positif... kita boleh lihat bahawa dia masih tidak melupakan TUHANnya kerana DIA yang memberikan kemenangan itu... betapa bersyukurnya dia pada ALLAH YANG MAHA AGUNG...

cerita 2

Di kala rakyat Malaysia sibuk dengan perubahan dalam tampuk kepimpinan umno @ kerajaan yang baru... aku melihat satu peristiwa yang amat pelik dan aneh... tapi kisah ini hanya diceritakan oleh seorang teman seperjuangan yang menonton peristiwa bersejarah tersebut... katanya PM kita yang baru ni tidak melafazkan langsung kalimah suci 'ALHAMDULILLAH'... malah dia dengan bangganya mengucapkan terima kasih kpd bekas PM kerana menyerahkan amanah yang akan dipersoalkan oleh ALLAH di akhirat kelak... isk3!!! Kalau betul seperti yang dikhabarkan, macammana seorang pemimpin beragama Islam tidak tahu erti bersyukur kepada TUHAN Penciptanya... Ni lah realiti dunia sekarang... manusia lebih suka mengagungkan manusia berbanding TUHAN mereka...

"na'uzu biLLahi min dzalik"...

saya harap 2 kisah ini dapat menjadi pedoman dan teladan buat kita semua... seperti dalam lagu P.Ramlee dalam cerita 3 Abdul...
'buang yang keruh ambil yang jernih,baru teguh peribadi'... yang baik dijadikan teladan, manakala yang buruk dijadikan sempadan...

so... sama-sama kita mencari yang terbaik dalam hidup ini...

"sesungguhnya solatku, amalanku, hidap dan matiku
tidak lain hanyalah kerana ALLAH...
waLlahu a'lam...

Comments

Popular posts from this blog

Istikharah Cinta

doa nabi khidir

tarbiyah ruhiyyah