Followers

Friday, April 24, 2009

seindah hiasan adalah wanita solehah...





assalamualaikum warahmatuLLahi wabarakatuh..

salam juang!!!

apa khabar semua pambaca..?? semoga kita semua sentiasa berada di bawah naungan rahmatNYA..insyaALLAH..kali ini,penulis ingin berkongsi sedikit perkongsian khas buat insan yang bergelar muslimah,wanita,perempuan,gadis dan yang sewaktu dengannya...

pernahkah kalian terfikir..apakah tujuan ALLAH mencipta kita di dunia ini?? kenapa Allah ciptakan wanita?? Cuba bayangkan andai dunia ini hanya dikelilingi oleh lelaki???


MASYAALLAH!!! Sungguh tak terbayang di dalam ruang minda bagaimana keadaannya ketika itu.. Sebelum meneruskan kalam bicara,ingin penulis mengajak sahabat sahabiah semua untuk sama-sama bersyukur ke hadrat Ilahi kerna dengan limpah inayahNYA kita semua dapat hidup di dunia ini dengan menghirup udara yang segar dan nyaman,di samping dikurniakan 2 nikmat yang terhebat iaitu nikmat IMAN dan ISLAM.. alhamduliLLah...



berbalik kepada tajuk asal perbincangan..

"seindah hiasan adalah wanita solehah"

Tidak Allah ciptakan sesuatu itu dengan sia-sia..Oleh itu,ALLAH tidak menciptakan wanita dengan sia-sia.. Sudah tentu,ciptaan Allah ini sangat bernilai dan berharga dan mempunyai sebab dan akibat yang perlu sama-sama difikirkan.. menyedari hakikat penciptaan wanita di atas muka bumi ini,akan lebih menginsafkan kita untuk berlumba-lumbe menjadi wanita solehah dengan mencontohi wanita-wanita yang hebat sejak dari zaman RasuluLLah seperti saiyidatina khadijah,aisyah,fatimah,asma'....dan ramai lagi yang boleh dijadikan tauladan...

Wanita atau dalam bahasa arab digelar muslimah menjadi idaman setiap insan bernama lelaki..hal ini tidak dapat dinafikan..kerana sejarah membuktikan,Adam juga sunyi bilamana keseorangan di syurga,lalu terciptalah Hawa sebagai peneman hidup...namun,harus dijelaskan di sini..bukan itu sebenarnya tujuan utama kita diciptakan...Sebenarnya kita juga mampu berdiri bersama-sama di dalam barisan muslimin dalam berjuang..

buktinya lihat sahaja khaulah yang hebat dan tangkas di dalam peperangan sehingga dikagumi oleh Khalid alWalid sendiri..TETAPI persoalan di sini..ke mana perginya wanita sekarang????? Di manakah akhlak dan adab serta kelembutan wanita yang dahulunya dibanggakan...ke mana hilangnya maruah insan yang bergelar wanita??? Maruah tergadai dek cinta yang palsu...akhlak dijual kerana leka dengan dunia yang fana'...

AstaghfiruLLahalAzim...insaflah wanita...Kembalilah wanita ke pangkuan asal kejadianmu..engkau diciptakan dengan kemuliaan..Usah sekali pun engkau menggadaikannya...

untuk menjadi muslimah solehah,bukan sesuatu yang mudah..namun ianya bukan sesuatu yang mustahil..kita perlu mempersiapkan diri kita dengan ilmu yang cukup..bukan sahaja ilmu duniawi..tetapi juga ilmu kerohanian,ilmu agama,ilmu kemasyarakatan,soft skill dan pelbagai kemahiran,isu-isu semasa dan persoalan hukum serta macam-macam lagi..tanamkan dalam diri untuk menjadi orang yang berguna kepada agama,bangsa dan negara...

persiapkan diri dengan kekuatan fizikal dan mental agar kita tabah,kuat dan sabar dalam menempuh dugaan dan ranjau dalam kehidupan..."kita adalah apa yang kita fikirkan"...jadi kita perlu sentiasa positif dan dan optimis dalam apa jua keadaan...berfikir sebelum bertindak..

Dan perkara yang paling penting dan wajib ditekankan ialah pergantungan dan hubungan dengan ALLAH kerana ini adalah kunci kejayaan..andai baik hubungn kita denganNYA,maka baik jugalah hubungan kita dengan manusia dan seluruhnya...bagaimana hendak menjaga hubungan dengan ALLAH???

sudah semestinya kita wajib kenal siapa ALLAH....apabila kita telah mengenaliNYA,maka kita akan tahu hak-hak NYA yang wajib kita tunaikan..jagalah ibadah kita terutamanya solat kerana dengan solat lah kita dapat hampir kepadaNYA..tika itu sahaja kita boleh berinteraksi terus dengan pencipta kita...luruskan hati hanya untukNYA...selain itu,basahkanlah lidah dengan sentiasa menyebut namaNYA moga hati kita sentiasa tenang..



banyak lagi amalan-amalan tambahan yang boleh dilakukan..namun tak kira amalan apa yang kita lakukan kerana yang paling penting,kita perlulah istiqamah melakukannya dan pandulah niat kita moga tetap untukNYA...

seterusnya jagalah hubungan sesama manusia..jadikan rasuluLLah s.a.w sebagai contoh panduan hidup..

sudah tercatat dalam alQuran yang bermaksud...


"sesungguhnya telah ada pada diri RasuluLLah itu contoh tauladan......"
so,marilah kita mencontohi baginda dan berakhlak lah dengan akhlak yang terpuji dan bersifatlah dengan sifat mahmudah..jangan hanya kita menjaga kecantikan luaran,namun cantikkanlah hati kita agar sentiasa bersih dan tidak dikotori dengan titik-titik hitam yang mencacatkan...


Akhirul kalam..

marilah sama-sama muhasabah diri moga hari ini sentiasa akan menjadi lebih baik dari semalam...
dan berusahalah untuk menjadi pejuang agama ALLAH..

serta buktikanlah bahawa kita bukan lemah..

kita juga mampu menjadi orang yang hebat dan ke hadapan...

sentiasa perbaharui niat,

tingkatkan IMAN dan taqwa,

perbaiki akhlak,
memperkasakan ibadah dan amalan...

moga hidup kita sentiasa diredhai olehNYA selalu...

amiin...

waLLahua'lam...

2 comments:

brother Hafiz said...

salam...trima ksih yer atas perkongsian,
,nak minta pendapat saudari,
macammana yer,kalau muslimah pergi hadapan untuk memberi tazkirah dihadapan muslimin dan muslimatt,
sy sangat ingin melihat muslimat pula yang menyampaikan di hadapan,
mudah-mudahan nampak,tugas menyampaikan di hadapan ni bukan untuk muslimin jer,
bleh ker macam nie?

maaf yer andai soalan nie tak jelas,
trima kasih,
mohon teguran andai ader yang tersilap,
jazakillah

insanrindukasihilahi said...

wassalam..pendapat ana boleh je..seandainya niat itu terjurus untuk menyampaikan dakwah dan melakukan amar ma'ruf nahi munkar..dan dalam pada itu,muslimah itu mesti menjaga adab-adab semasa berbicara seperti tidak melunakkan suara kerana sudah tercatat dalam alQuran dalam surah alahzab ayat 32:
"Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti mana-mana perempuan yang lain kalau kamu tetap bertaqwa. Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan)"
andai ada kekurangan maaf dipinta..wallahua'lam..