Posts

Showing posts from February, 2012

indah hidup bersama Al quran

Berkata Abdullah bin Mubarak Rahimahullahu Ta'ala : Saya berangkat menunaikan Haji ke Baitullah Al-Haram, lalu berziarah ke makam Rasulullah sallAllahu 'alayhi wasallam. Ketika saya berada disuatu sudut jalan, tiba-tiba saya melihat sesosok tubuh berpakaian hitam yang dibuat dari bulu. Ia adalah seorang ibu yang sudah tua. Saya berhenti sejenak seraya mengucapkan salam untuknya. Terjadilah dialog dengannya beberapa minit. Dalam dialog tersebut wanita tua itu , setiap kali menjawab pertanyaan Abdulah bin Mubarak, dijawab dengan menggunakan ayat-ayat Al-Qur'an. Walaupun jawapannya tidak tepat sekali, akan tetapi cukup memuaskan, kerana tidak terlepas dari konteks pertanyaan yang diajukan kepadanya. Abdullah : "Assalamu'alaikum warahmatu Allahiwabarakaatuh" Wanita tua : سَلَـٰمٌ۬ قَوۡلاً۬ مِّن رَّبٍّ۬ رَّحِيمٍ۬ Maksudnya : Ucapan salam sejahtera dari Tuhan Yang Maha Mengasihani (Yasin : 58) Abdullah : Semoga Allah merahmati anda, mengapa anda

kidal @ left-handed..

Image
assalamualaikum pembuka bicara... siapa yang rasa dia kidal, senyum.... (^_^) teringin sangat nak tahu personaliti orang kidal, ataupun orang yang lebih cenderung untuk menggunakan tangan kiri terutamanya semasa menulis berbanding tangan kanan... kenapa ye boleh ada manusia kidal??? padahal ini bukan genetik... dan, kalau perasan...selalunya dalam setiap keluarga, mesti akan ada seorang yang kidal...(and i'm the chosen one)... itulah kuasa Allah... firman Allah: ".....waLlahu ya'lamu wa antum la ta'lamun"...(Maha Hebatnya Allah..SubhanaLlah!!!) di sini, nak berkongsi sikit dengan pembaca-pembaca semua...(selamat membaca) Secara amnya manusia kidal lebih menguasai otak di sebelah kanan. Ini adalah kerana otak kita berfungsi secara menyongsang iaitu otak sebelah kiri menguasai bahagian tubuh badan yang di sebelah kanan dan otak sebelah kanan pula menguasai bahagian tubuh badan yang di sebelah kiri. Otak kanan berfungsi dalam hal persamaan, khayalan, kreativiti, bent