Followers

Sunday, August 29, 2010

mereka bakal mujahid/ah...

bismillahirRahmanirRahim...
alhamduliLlahi Rabbil 'alamin...
Allahumma solli 'ala saiyidina Muhammad alfatihi lima ughliqo wal khatimi
lima sabaq nasiril haqqa bil haq
wal hadii ila siratikal mustaqim wa 'ala alihi wa sohbihi
haqqa qadrihi wa miqdarihil 'azim...

Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah),
sama ada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab);
dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam).
Yang demikian amatlah baik bagi kamu,
jika kamu mengetahui.
(ATTAUBAH : 41)

Firman Allah yang bermaksud :
Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya:
” Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu
zuriat keturunan yang baik;
sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa dan permohonan”.
(surah ali 'imran:38)


naufal dan sofia

amirsham daniel (anak mdm asmeza)

naufal (anak us nik azizan)
hafiz, mawaddah dan mahfuzah (anak pak cik dan pak su)

anak orang (tak dikenali)

"kita bukan yang memulakan perjuangan, bukan pula yang menamatkannya tapi
kita adalah mata-mata rantai perjuangan"


“Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama Allah;
tetaplah atas fitrah Allah yang menciptakan manusia menurut fitrah itu.
Itulah agama yang lurus,
tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui”.( Ar-Rum ayat 30)


Hadith Rasululllah SAW juga ada menyebutkan,:
“Setiap anak itu dilahirkan secara fitrah,
maka ibu bapanyalah yang menjadikannya
sama ada Yahudi atau Nasrani atau Majusi”.


semoga 1 hari nanti anak-anak kecil ini mampu berjuang menegakkan agama Allah di atas muka bumi ini...



daniel rifa'ie (anak ustzh solehah)


'umar rayyan (anak buah kak nadia)

maryam dan siti aminah (anak us zul baitul qura')

suffian (anak k.nor baalawi)

MARILAH KITA BERSATU UNTUK MENEGAKKAN SYARI'AT ISLAM
DI ATAS MUKA BUMI ALLAH INI...
KALAU BUKAN KITA SIAPA LAGI???
KALAU BUKAN DI SINI DI MANA LAGI???
KALAU BUKAN SEKARANG BILA LAGI???
KEMBALILAH PADANYA WAHAI SAHABATKU.....

Saturday, August 28, 2010

Allahu ghayatuna...

"bismiLlahirRahmanirRahim...
alhamduliLlahi Rabbil'alamin...
Allahumma solli 'ala saiyidina Muhammad alfatihi lima ughliqo
wal khatimi lima sabaqa nasiril haqqa bil haq
wal hadi ila siratikal mustaqim
wa 'ala alihi wa sohbihi haqqa qadrihi wa miqdarihil 'azim..."

ASSALAMU'ALAIKUM WARAHMATULLAHI WA BARAKATUH...

firman Allah yang bermaksud:
Kehidupan dunia (dan kemewahannya) diperhiaskan (dan dijadikan amat indah)
pada (pandangan) orang-orang kafir, sehingga mereka
(berlagak sombong dan) memandang rendah kepada orang-orang yang beriman.
Padahal orang-orang yang bertaqwa (dengan imannya) lebih tinggi (martabatnya)
daripada mereka (yang kafir itu) pada hari kiamat kelak.
Dan (ingatlah), Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya
dengan tidak terkira (menurut undang-undang peraturanNya). (al baqarah:212)

alhamduliLlah...akhirnya dapat juga membeli alQuran
alQuran ni mempunyai indeks, maka mudahlah untuk kita mencari ayat alQuran...
boleh lah dapatkannya segera...sangat-sangat membantu...

FIRMAN ALLAH yang bermaksud:
Sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad) mengetahui bahawasanya
engkau bangun (sembahyang Tahajjud) selama kurang dari dua pertiga malam, dan selama satu perduanya, dan selama satu pertiganya;
dan (demikian juga dilakukan oleh) segolongan dari orang-orang yang
bersama-samamu
(kerana hendak menepati perintah yang terdahulu);
padahal Allah jualah yang menentukan dengan tepat kadar masa malam dan siang.
Ia mengetahui bahawa kamu tidak sekali-kali akan dapat mengira dengan tepat kadar masa itu, lalu Ia menarik balik perintahNya yang terdahulu (dengan memberi kemudahan) kepada kamu; oleh itu bacalah mana-mana yang mudah kamu dapat membacanya dari Al-Quran (dalam sembahyang).Ia juga mengetahui bahawa akan ada di antara kamu
orang-orang yang sakit; dan yang lainnya orang-orang yang musafir di muka bumi
untuk mencari rezeki dari limpah kurnia Allah;
dan yang lainnya lagi orang-orang yang
berjuang pada jalan Allah (membela ugamaNya).

Maka bacalah mana-mana yang sudah kamu dapat membacanya dari Al-Quran;
dan dirikanlah sembahyang serta berikanlah zakat;
dan berilah pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (ikhlas).
Dan (ingatlah), apa jua kebaikan yang kamu kerjakan
sebagai bekalan untuk diri kamu,

tentulah kamu akan mendapat balasannya pada sisi Allah,
sebagai balasan yang sebaik-baiknya dan yang amat besar pahalanya.
Dan mintalah ampun kepada Allah;
sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (al muzammil:20)




firman Allah yang bermaksud:
Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama
Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk) (al 'alaq:1)

buku yang sangat menarik...mengupas perkara-perkara asas dalam kehidupan seharian mengikut pandangan daripada 4 mazhab (solat,taharah dan lain-lain)


tanamkan rasa cinta yang mendalam terhadap rasuluLlah s.a.w dengan mengenali baginda secara mendalam serta mencontohi sifat dan perbuatan baginda...
mudah-mudahan ada keberkatannya...
(ustaz zul baitul Qura' pun menyarankan agar memiliki buku ini..)


Allah berfirman:
Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah
itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan(balasan baik) hari akhirat,
serta ia pula menyebut dan
mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)
(al ahzab:21)



waLlahuA'lam....
banyakkan membaca alQuran....

Monday, August 23, 2010

Allahumma yassir 'umuruna....


video

Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can`t see which way to go
Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insya Allah3x

Insya Allah you`ll find your way

Everytime you can make one more mistake

You feel you can`t repent
And that its way too late
Your`re so confused,wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame

Don`t despair and never loose hope

Cause Allah is always by your side

Insya Allah3x

Insya Allah you`ll find your way

Insya Allah3x

Insya Allah you`ll find your way

Turn to Allah

He`s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don`t let me go astray
You`re the only one that showed me the way,
Showed me the way 2x



Insya Allah3x
Insya Allah we`ll find the way

Saturday, August 21, 2010

nikmat ramadhan


bismiLlahirRahmanirRahim...
Allahumma solli 'ala saiyidina Muhammad alfatihi
lima ughliqo
wal khatimi lima sabaqa nasiril haqqa bilhaq
wal hadi ila siratikal mustaqim

wa 'ala alihi wa sohbihi haqqa qadrih wa miqdarihil 'azim

alhamduliLlah hari ini aku berpeluang bertemu dan menuntut ilmu dengan seorang ustazah yang sangat faqih dan hebat iaitulah ustazah nik faridah...bertempat di surau di Taman Sri Rampai, yakni kediaman ku semasa kecil...

terima kasih mak dan abah kerana menjemput ku di gombak...alhamduliLlah...
dalam masa sejam lebih, sangat banyak ilmu yang dicurahkan dan sungguh aku terkesan denga penyampaian ustazah...sangat menyentuh hati dan naluri...

antaranya ialah :
lailatul qadar merupakan malam yang mulia...lebih baik daripada seribu bulan...subhanaLlah...tak mahukah kita untuk mendapatkannya...mengapa kita terlalu sombong sedangkan Allah sangat-sangat pemurah memberikan kita hadiah yang paling berharga...

pada malam itu, malaikat-malaikat turun ke bumi mencari hamba-hamba yang sedang asyik dan leka dengan beribadah...

barang siapa yang berzikir, maka ingatlah bahawa malaikat sama-sama berzikir dengannya, barangsiapa solat, mereka bersolat bersama para malaikat...dan barang siapa membaca alQuran, maka dia membaca bersama-sama malaikat...AllahuAkbar...subhanaLlah...

Allah hadiahkan kepada kita malam yang penuh rahmat dan kesejahteraan sehingga terbit fajar...


selain itu, kita digalakkan membaca alquran...kata ustazah, baca tak semestinya mengejar untuk khatam tapi bacalah dengan penuh tartil dan bertajwid kerana di situ ada rahsianya...

kalau kita tengok sekarang manusia berlumba-lumba untuk khatam tapi bacaan masyaAllah tunggang terbalik...sangat tidak bagus...dan beruntunglah bagi mereka yang baru merangkak-rangkak membaca alquran kerana anda sangat berhati-hati ketika mambacanya...teruskan membaca dan mambaca...jangan jemu untuk membaca kalamuLlah...ganjaran yang diperoleh hanya DIA yang tahu...tugas kita hanyalah beramal....



ayuh sahabat sahabiah....

JOM KITA BERAMAL!!!!

antara yang ustazah sarankan ialah tahajud sebanyak 8 raka'at serta witir 3 rakaat dan ini dikukuhkan lagi dengan hadith-hadith sahih yakni bukti bahawa perkara ini merupakan amalan rasuluLlah saw...tetapi matan hadith ini ustazah tak beritahu, cuma kata ustazah, beliau telah merujuk banyak pakar dalam bidang hadith...insyaAllah sahih...



dan ustazah banyak selitkan penyampaiannya dengan berdoa...subhanaLlah...doa yang sungguh menyentuh hati....

antara isinya ialah semoga kita dapat beramal di malam alqadar dan diberi kesempatan untuk sampai kepadanya dalam keadaan sihat yang tidak sakit...dalam keadaan ikhlas dan khusyu'...kerana andai kita gagal mendapatkannya pada tahun ini, kita perlu tunggu untuk sampai kepadanya pada tahun namun, namun apakah kita masih bernyawa nanti...Allah...semoga kita mendapat rahmat dan keampunan Allah...menjadi anak yang soleh, isteri yang solehah...dan banyak lagi...
dan satu lagi kata ustazah...

adakah kita benar-benar bersyukur????
adakah antum antunna bersyukur???? kalau ya...bagaimanakah amalan saudara saudari???adakah menepati syarat dan piawaian yang Allah tetapkan...sama-sama kita muhasabah diri sejenak...moga ramadhan kali ini memberi impak maksima dalam diri setiap dari kita...ingatlah bahawa Allah sangat-sangat mencintai kita...Dia sangat rindu untuk mendengar doa kita...AllahuAkbar...

sama-sama kembali kepadaNya...agar akhir hayat kita nanti bertepatan dengan ayat Allah dalam surah al fajr ayat 28 :
"yaa aiyatuhan nafsul muthmainnah irji'ii ila Rabbiki radhiyatan mardhiyyah...
fadkhuli fi 'ibadi wadkhuli jannati"
yang bermaksud :
"wahai jiwa-jiwa yang tenang,
pulanglah kepada Tuhanmu dengan redha dan diredhaiNYA..
maka masuklah dalam kalangan hamba-hambaKU dan
masuklah ke dalam syurrgaKU"

Tuesday, August 17, 2010

mari berjihad kerana DIA


Jika kamu tidak pergi beramai-ramai
(untuk berperang pada jalan Allah – membela ugamaNya),
Allah akan menyeksa kamu dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya
dan Dia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain,
dan kamu tidak akan dapat mendatangkan bahaya sedikitpun kepadaNya. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
(attaubah:39)

Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah),
sama ada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun
dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab);
dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui.
(attaubah:41)

(Mereka itu ialah):
orang-orang yang bertaubat,yang beribadat,yang memuji Allah,
yang mengembara (untuk menuntut ilmu dan mengembangkan Islam),
yang rukuk,yang sujud,yang menyuruh berbuat kebaikan dan
yang melarang daripada kejahatan,serta yang menjaga batas-batas hukum Allah.
Dan gembirakanlah orang-orang yang beriman (yang bersifat demikian).
(attaubah:112)

di manakah dia???

assalamu'alaikum..

sekadar perkongsian..haritu berkelapangan pergi pengajian di masjid al mukarramah,berikut merupakan maksud daripada hadith ke 15 kitab 40 hadith penawar hati :



Daripada Abu Hurairah Radhiallahu anhu berkata : Rasulullah SAW bersabda :
"Sesiapa yang tidak meninggalkan perkataan dusta dan tidak meninggalkan berkelakuan dengan dasar dusta (ertinya berdusta dengan anggota), maka Allah SWT tidak akan memberikan apa-apa ganjaran ke atas keletihannya meninggalkan makan dan minum (maksudnya berpuasa)". (Hadith Riwayat Bukhari)

Dan dalam riwayat Imam An-Nasai juga daripada Abu Hurairah Radhiallahu anhu Rasulullah SAW bersabda :
"Ada banyak orang yang berpuasa tetapi ia tidak memperolehi daripada puasanya itu selain daripada lapar dan dahaga".

tambahan, syekh fahmi ada ajar cara nak kira malam alqadar...



cth :
mula puasa rabu...
rabu pertama hungga rabu minggu berikutnya = 8 hari + khamis + jumaat = 10 hari..
kemudian, sabtu ke sabtu minggu seterusnya = 8 hari + ahad + isnin = 10 hari..
jadi, 10 + 10 = 20
21 - hari selasa
22 - hari rabu
23 - " khamis
24 - " jumaat
25 - " sabtu
26 - " ahad
27 - " isnin

lailatul qadar selalunya pada malam yang ganjil dan pada malam isnin mahupun jumaat...

kata ustaz, ni berdasarkan pengalaman-pengalaman yang dilalui oleh ahli sufi...
dan di antara tanda-tandanya ialah :

1) tak terlalu panas
2) tak terlalu sejuk
3) tak hujan sangat
4) tiada bunyi anjing menyalak
5) hati rasa lain
6) air mata berlinangan

Surah Al-Qadr (Arabic: سورة القدر‎) (Power, Fate)

is the 97th surah of the Qur'an with 5 ayat. It is a Meccan surah.


إِنَّآ أَنزَلۡنَـٰهُ فِى لَيۡلَةِ ٱلۡقَدۡرِ

We have indeed revealed this (Message) in the night of Power: (1)

وَمَآ أَدۡرَٮٰكَ مَا لَيۡلَةُ ٱلۡقَدۡرِ

And what will explain to you what the Night of Power is? (2)

لَيۡلَةُ ٱلۡقَدۡرِ خَيۡرٌ۬ مِّنۡ أَلۡفِ شَہۡرٍ۬

The Night of Power is better than a thousand Months. (3)

تَنَزَّلُ ٱلۡمَلَـٰٓٮِٕكَةُ وَٱلرُّوحُ فِيہَا بِإِذۡنِ رَبِّہِم مِّن كُلِّ أَمۡرٍ۬

Therein come down the angels and the Spirit (Jibreel) by Allah's permission, on every errand: (4)

سَلَـٰمٌ هِىَ حَتَّىٰ مَطۡلَعِ ٱلۡفَجۡرِ

Peace!... This until the rise of Morn! (5)

insyaAllah..pesanan ustaz, beramallah bermula dengan malam pertama, dan istiqamah..mudah-mudahan berkat istiqamah dan rahmatNya, kita akan bertemu dengan lailatul qadar...bi izniLlah...

p/s: ini yang ana dapat, if i am not mistaken, kalau salah tolong betulkan...waLlahuA'lam..

Friday, August 13, 2010

we all can achieve the GOAL!!!

bismiLlahirRahmanirRahim... Allahumma solli 'ala saiyidina Muhammad alfatihi lim aughliqo wal khatimi lima sabaq nasiril haqqa bilhaq wal hadi ila siratikal mustaqim wa 'ala alihi wa sohbihi haqqa qadrih wa miqdarihil'azim...

assalamu'alaikum warahmatuLlahi wa barakatuh...
lagu yang penuh dengan semangat serta lirik yang memberi 1001 inspirasi...
(teringat kat azzatul dan kenangan bersama di dQ...)
buat para pejuang, baik di medan kerja mahupun akademik yang berasa lemah...ingatlah anda semua mampu melakukannya...apa yang penting kenali potensi diri...dan pasang tekad dan matlamat...then just move forward dengan niat yang satu kerana Allah...insyaAllah all of you will achieve the goal that you aimed before...please do believe in yourself...and don't forget that Allah will always by your side whereever and whenever you are...


Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan)
sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci;
dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu,
dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu.
Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu),
sedang kamu tidak mengetahuinya. (albaqarah:216)


Pahit getir hidup... dan pengorbanan
Terpaksa dihadapi, demi kejayaan
Terdidik sejak mula, tabah berusaha
Tanpa cuba melangkah, tak kemana
Di mana kau berada
Pencapaian tak tiba dengan mudah

Kini "Standing In The Eyes Of The World"
Hanyalah selangkah dari nyata
Keazaman membara dijiwa
Menanti saat bebas merdeka
Tiba masa kau melangkah gagah
Bersemangat ke arah matlamat sedaya upaya
Engkau terunggul
Wajar "Standing In The Eyes Of The World"

Harapan yang pernah terkulai layu
Kembali segar mekar bawah bayanganmu
Setiap manusia ingin berjaya
Namun tak semua miliki tuah
Engkau menghampirinya
Kesempatan telah pun tiba...


Thursday, August 12, 2010

salam ramadhan...



assalamu'alaikum...
post kali ini sekadar perkongsian buat sahabat-sahabat...

Ramadan bulan tarbiyah dan madrasah
Ustaz Misbahul Munir


Ramadhan adalah bulan tarbiyyah dan madrasah ilmu dan amal bagi melahirkan golongan Muttaqin.

Sebagai bulan tarbiyyah dan madrasah, ambillah kesempatan terbaik ini untuk menyucikan fitrah, meningkatkan amal, memuhasabah diri seterusnya menghasilkan pekerti mukmin yang berubah akhlak, aqidah dan pemikiran 100 peratus.

Mengihya'kan Ramadhan bukan sekadar tarawikh dan tadarus al Quran semata, ia juga termasuk menghidupkan Ramadhan dengan ilmu yang boleh menjana pemikiran tulen berteraskan al Quran dan Sunnah yang kesannya boleh melahirkan pejuang-pejuang yang komited dengan Islam.

Badar al Kubra berlaku di bulan Ramadhan, peristiwa ini sangat wajar diperingati oleh umat Islam. Badar al Kubra mengingatkan sejarah perjuangan yang cukup hebat, di mana jumlah tentera Islam yang kecil mampu mengalahkan tentera kuffar Quraisyh yang 3 kali ganda besarnya.

Badr al Kubra mampu merangsang semangat perjuangan umat masa kini bagi berhadapan dengan musuh-musuh Allah swt.

Semua Ramadhan yang menjadi tetamu umat Islam dimanfaatkan kehadirannya. Jangan lepaskan peluang ini sementara Ramadhan masih dalam genggaman kita.

Terlepas Ramadhan dengan tanpa dimanfaatkan hanyalah satu yang sia-sia sahaja, tahun depan belum tentu kita boleh bertemu Ramadhan lagi.

Selamat menjalani ibadah Ramadhan.

semoga ramadhan kali ini memberikan natijah yang berbeza berbanding ramadhan yang sebelum ini...gunakan sebaiknya tiap detik waktu dalam ramadhan ini dengan perkara yang bermanfaat...

Tuesday, August 10, 2010

aku kah insan itu???


bismiLlahirRahmanirRahim...

assalamu'alaikum warahmatuLlahi wabarakatuh...

Allahumma solli 'ala saiyidina Muhammad
alfatihi lima ughliqo
wal khatimi lima sabaqa
nasiril haqqa bilhaq
wal hadi ila siratikal mustaqim
wa 'ala alihi wa sohbihi haqqa qadrihi wa miqdarihil 'Azim...

alhamduliLlah...segala puji hanya layak untukNya...



alhamduliLlah...dengan rahmat dan 'inayahNya, dapat juga diri ini menjejakkan kaki ke masjid almukarramah, bandar seri damansara pada sabtu 7 Ogos yang lalu...

besarlah penghargaanku kepada :

1) pemberi nombor kereta sewa
2) penyewa kereta (semoga Allah berikan hidayah kepada pemilik kereta tersebut)
3) penunjuk jalan



4) istimewa buat sahabat dan adik-adik yang ikut dan menjadi peneman sepanjang perjalanan (ruzaini,farhah,shidah dan ummi) thanks alot to all of you... =)



sukalah untuk ana berkongsi beberapa hadith yang sempat kami talaqi hari itu...

kami belajar kitab 40 hadith penawar hati yang diajar oleh syekh ahmad fahmi zamzam al banjari...

antaranya ialah :



HADITH 14

daripada Abu Hurairah r.a berkata:
"berapa banyak orang yang bersolat tetapi
yang didapatinya daripada solat itu hanyalah letih berjaga malam"
(H.R nasai)

solat merupakan tiang agama dan syi'ar bagi ummat Islam.

KENAPA ALLAH MEMERINTAHKAN KITA SOLAT???

seperti dalam firmanNya yang bermaksud :

"tidak Aku ciptakan manusia dan jin kecuali hanya untuk beribadah kepadaku"

untuk pengetahuan sahabat-sahabat semua, "li" pada kalimah "li ya'budun" merupakan 'lam soirurah' (if i am not mistaken) yang membawa maksud Allah menciptakan manusia dan jin hanyalah kerana untuk memberi kesempatan kepada kita begi memperoleh pahala serta nikmat di dunia dan akhirat...(betapa kasihNya Allah kepada kita...alhamduliLlah)...

solat adalah wasilah dan cara untuk kita sebagai hamba hampir kepadaNYA, maka wajiblah kita menjaga solat agar sentiasa lurus dengan niat keranaNya... peliharalah hati agar sentiasa khusyu' kerana ia merupakan ruh solat, dan Allah hanya melihat hati orang yang bersolat...

imam hassan albashri pernah berkata:

"setiap sembahyang yang tidak khusyu' hatinya adalah hampir kepada seksaan"

antara cara uuntuk mendapat khusyu' ialah :

1) memahami setiap kalimah yang dibaca bermula daripada takbir sehinggalah salam, boleh buka link di sini untuk mengetahui bacaan maksud dalam solat.



2) sempurnakan setiap gerak solat yang zahir, iaitu dari segi toma'ninah dll.

3) merasa takut kepada Allah...takut akan azab dan seksa serta akibat daripada melanggar perintah Allah.



4) meletakkan harapan yang tinggi kepadaNya agar diselamatkan daripada azab yang pedih, serta diberi kekuatan untuk melaksanakan perintah Nya.



5) merasakan kehebatan dan kebesaran Allah sebagai Tuhan yang menciptakan, menguasai dan memiliki seluruh alam ini.





6) menginsafi dan menyedari kekerdilan diri sebagai hamba yang hina.



7) menganggap solat itu solat yang terakhir kerana kita tak tahu bilakah datangnya ajal kita...mungkin esok, lusa dan sekejap lagi.(waLlahuA'lam)...yang penting, kita kena bersedia untuk bertemu denganNya...

Saturday, August 7, 2010

duhai sahabat...

Antara kita tiada rahsia
Susah dan senang tetap bersama
Terpatri namamu
Kau takkan kulupa

Sudah bertahun lama
Kita tidak lagi bersua
Hanya tinggal kenangan
Yang tak mungkin kita lupa

Kirimkan khabar selalu
Seiringan hembusan bayu
Sekadar pengubat rasa rindu dikalbu

Pantas masa berlalu
Meninggalkan kita semua
Tanpa disedari bertambahlah usia kita

Potret lama masih kusimpan
Kubingkaikan kenangan
Hingga terkadangku
Tersenyum sendirian

Oh perjalanan kita masih jauh
Jalanan berliku akan kita tempuh
Imbaslah kenangan semalam jadi azimat
Penguat semangat menempuh masa hadapan
Harapanku kau kan bahagia selalu

Padaku engkau penghibur duka
Pengubat hati resah kecewa
Dikala malamku kau bawa cahaya

Antara kita tiada rahsia
Susah dan senang tetap bersama
Terpatri namamu
Kau takkan kulupa

Perjalanan kita masih jauh
Jalanan berliku akan kita tempuh
Imbaslah kenangan semalam jadi azimat
Penguat semangat menempuh masa hadapan
Harapan ku kau kan bahagia selalu

Sematkanlah bingkisan rindu dikalbu

Wednesday, August 4, 2010

aku mencari alQuran...





bismiLlahirRahmanirrahim...

Allahumma solli 'ala saiyidina Muhammad
alfatihi lima ughliqo
wal khatimi lima sabaqa
nasiril haqqa bilhaq
wal hadi ila siratikal mustaqim
wa 'alaalihi wa sohbihi haqqa qadrihi
wa miqdarihil 'azim....

assalamu'alaikum warahmatuLlahi wa barakatuh...

2 Ogos 2010 isnin 1:30 pm E3-3-1

kedengaran 1 suara sayup-sayup mengalunkan bait-bait suci kalam Allah (surah ali Imran)...
sedang enak melayan perasaan membaca alQuran, tiba-tiba........(bunyi pintu terbuka)

lalu, aku menoleh ke belakang untuk melihat siapakah gerangannya insan yang datang...
maka berlakulah sedikit perbualan antara kami...



the woman : is this alQuran
me : yes!
the woman : subhanaLlah...alhamduliLlah...i pray to Allah for finding this alQuran...can i borrow yours? i would like to find some ayah from surah al anbiya'..?
me : yes, sure you can...=)

lalu aku pun menyerahkan alQuran yang dipinjam daripada roomate ku, memandangkan ke 2 2 alQuran kepunyaanku tercicir di masjid al falah dan masjid negara (tak tahu bila nak beli yang baru...sangat sedih...=( )

maka wanita tadi menyelak-nyelak helaian demi helaian mencari surah al anbiya'...

hati kecil ku berkata...

"subhanaLlah...maha suci Allah yang menciptakan manusia daripada pelbagai jenis namun mengimani dan beraqidah dengan 1 aqidah yang sama iaitu mentauhidkan Allah... aku rasa sungguh terharu kerana dapat membantu wanita tersebut yang juga lecturer (foreigner) bagi student postgraduate..."

ayat yang wanita itu cari ialah (surah al anbiya':79) yang bermaksud

"Maka Kami beri Nabi Sulaiman memahami hukum yang lebih tepat bagi masalah itu;
dan masing-masing (dari mereka berdua) Kami berikan hikmat kebijaksanaan
dan ilmu (yang banyak);
dan Kami mudahkan gunung-ganang dan unggas memuji Kami
bersama-sama dengan Nabi Daud;
dan adalah Kami berkuasa melakukan semuanya itu."

subhanaLlah...begitu Agung nya kebesaran Allah...tiba-tiba aku teringat ketika di SMAKL, aku sering membaca doa penerang hati yang agak panjang dan terkandung di dalamnya, ayat di atas...

setelah ayat tadi dihafaz, dia bertanya padaku arah kiblat...malangnya aku tidak tahu kerana blok engineering berpusing-pusing, tak dapat nak agak arah kiblat melainkan kalau solat di surau... =)

then, that woman said... "wa liLlahil masyriqu wal maghrib...
fa aina ma tuwallu fa samma wajhuLlah...innaLlaha wasi'un 'alim..."
yang bermaksud : "Dan Allah jualah yang memiliki timur dan barat,
maka ke mana sahaja kamu arahkan diri (ke kiblat untuk mengadap Allah)
maka di situlah arah yang diredhai Allah;
sesungguhnya Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya),
lagi sentiasa Mengetahui." (albaqarah : 115)

lalu, wanita tersebut pun menunaikan solat zuhur di dalam kelas yang beraircond dan di atas batu marmar yang sejuk...maka aku pun beredar ke CAD Lab for my drawing class...
alhamduliLlah...

PENGAJARAN :

1 ) Bacalah alQuran dalam sehari walaupun 1 muka...(especially buat 'hafiz' dan 'hafizah', jangan malas untuk i'adah)


"bacalah!!!" (al 'alaq : 1)

2 ) Dirikanlah solat walau di mana kamu berada, sebelum kamu disolatkan di tempat yang kamu sendiri tidak mengetahuinya...


"Dirikanlah olehmu sembahyang ketika gelincir matahari
hingga waktu gelap malam,
dan (dirikanlah) sembahyang subuh sesungguhnya
sembahyang subuh itu adalah disaksikan (keistimewaannya)."

"Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta
kerjakanlah “sembahyang tahajjud” padanya,
sebagai sembahyang tambahan bagimu;
semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu
pada hari akhirat di tempat yang terpuji."
(al isra' : 78-79)

3 ) Orang yang beriman itu bersaudara walaupun berbeza negara dan bahasa serta warna kulit...



"Wahai umat manusia!
Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan,
dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak,
supaya kamu berkenal-kenalan
(dan beramah mesra antara satu dengan yang lain).
Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah
orang yang lebih taqwanya di antara kamu,
(bukan yang lebih keturunan atau bangsanya).
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui,
lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)."
(al hujurat :13)

4) berdolah kepadaNya dalam apa jua keadaan dan tujuan sekalipun, kerana sesungguhnya Dia Maha Memperkenankan permintaan...

dan banyak lagi sebenarnya, awak semua boleh fikir sendiri ye...

sekian dahulu....terima kasih...

assalamu'alaikum... =)