di manakah dia???

assalamu'alaikum..

sekadar perkongsian..haritu berkelapangan pergi pengajian di masjid al mukarramah,berikut merupakan maksud daripada hadith ke 15 kitab 40 hadith penawar hati :



Daripada Abu Hurairah Radhiallahu anhu berkata : Rasulullah SAW bersabda :
"Sesiapa yang tidak meninggalkan perkataan dusta dan tidak meninggalkan berkelakuan dengan dasar dusta (ertinya berdusta dengan anggota), maka Allah SWT tidak akan memberikan apa-apa ganjaran ke atas keletihannya meninggalkan makan dan minum (maksudnya berpuasa)". (Hadith Riwayat Bukhari)

Dan dalam riwayat Imam An-Nasai juga daripada Abu Hurairah Radhiallahu anhu Rasulullah SAW bersabda :
"Ada banyak orang yang berpuasa tetapi ia tidak memperolehi daripada puasanya itu selain daripada lapar dan dahaga".

tambahan, syekh fahmi ada ajar cara nak kira malam alqadar...



cth :
mula puasa rabu...
rabu pertama hungga rabu minggu berikutnya = 8 hari + khamis + jumaat = 10 hari..
kemudian, sabtu ke sabtu minggu seterusnya = 8 hari + ahad + isnin = 10 hari..
jadi, 10 + 10 = 20
21 - hari selasa
22 - hari rabu
23 - " khamis
24 - " jumaat
25 - " sabtu
26 - " ahad
27 - " isnin

lailatul qadar selalunya pada malam yang ganjil dan pada malam isnin mahupun jumaat...

kata ustaz, ni berdasarkan pengalaman-pengalaman yang dilalui oleh ahli sufi...
dan di antara tanda-tandanya ialah :

1) tak terlalu panas
2) tak terlalu sejuk
3) tak hujan sangat
4) tiada bunyi anjing menyalak
5) hati rasa lain
6) air mata berlinangan

Surah Al-Qadr (Arabic: سورة القدر‎) (Power, Fate)

is the 97th surah of the Qur'an with 5 ayat. It is a Meccan surah.


إِنَّآ أَنزَلۡنَـٰهُ فِى لَيۡلَةِ ٱلۡقَدۡرِ

We have indeed revealed this (Message) in the night of Power: (1)

وَمَآ أَدۡرَٮٰكَ مَا لَيۡلَةُ ٱلۡقَدۡرِ

And what will explain to you what the Night of Power is? (2)

لَيۡلَةُ ٱلۡقَدۡرِ خَيۡرٌ۬ مِّنۡ أَلۡفِ شَہۡرٍ۬

The Night of Power is better than a thousand Months. (3)

تَنَزَّلُ ٱلۡمَلَـٰٓٮِٕكَةُ وَٱلرُّوحُ فِيہَا بِإِذۡنِ رَبِّہِم مِّن كُلِّ أَمۡرٍ۬

Therein come down the angels and the Spirit (Jibreel) by Allah's permission, on every errand: (4)

سَلَـٰمٌ هِىَ حَتَّىٰ مَطۡلَعِ ٱلۡفَجۡرِ

Peace!... This until the rise of Morn! (5)

insyaAllah..pesanan ustaz, beramallah bermula dengan malam pertama, dan istiqamah..mudah-mudahan berkat istiqamah dan rahmatNya, kita akan bertemu dengan lailatul qadar...bi izniLlah...

p/s: ini yang ana dapat, if i am not mistaken, kalau salah tolong betulkan...waLlahuA'lam..

Comments

Anonymous said…
hmm.. ana rasa betapa suci atau bersihnya hati seseorang itu tak dapat menandingi hati Rasulullah sollallahu`alaihiwasallam..betul tak??

tak kiralah sufi atau tidak.ana sayangkan nabi. Nabi ajar carila dalam 10 malam terakhir..
minta maaf ye ana berterus terang..
zunnurain said…
to anonymous:
Allahumma solli 'ala saiyidina Muhammad wa 'ala alihi wa sohbihi wa sallim...subhanaLlah memang btol ap yg saudara ckp 2...tiada siapa yg dpt menandingi rasuluLlah saw...dalam apa jua aspek sekalipun...sama2 la kita mengejar cinta Allah dan rasulNya...

Popular posts from this blog

Istikharah Cinta

doa nabi khidir

tarbiyah ruhiyyah