Allahu ghayatuna...

"bismiLlahirRahmanirRahim...
alhamduliLlahi Rabbil'alamin...
Allahumma solli 'ala saiyidina Muhammad alfatihi lima ughliqo
wal khatimi lima sabaqa nasiril haqqa bil haq
wal hadi ila siratikal mustaqim
wa 'ala alihi wa sohbihi haqqa qadrihi wa miqdarihil 'azim..."

ASSALAMU'ALAIKUM WARAHMATULLAHI WA BARAKATUH...

firman Allah yang bermaksud:
Kehidupan dunia (dan kemewahannya) diperhiaskan (dan dijadikan amat indah)
pada (pandangan) orang-orang kafir, sehingga mereka
(berlagak sombong dan) memandang rendah kepada orang-orang yang beriman.
Padahal orang-orang yang bertaqwa (dengan imannya) lebih tinggi (martabatnya)
daripada mereka (yang kafir itu) pada hari kiamat kelak.
Dan (ingatlah), Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya
dengan tidak terkira (menurut undang-undang peraturanNya). (al baqarah:212)

alhamduliLlah...akhirnya dapat juga membeli alQuran
alQuran ni mempunyai indeks, maka mudahlah untuk kita mencari ayat alQuran...
boleh lah dapatkannya segera...sangat-sangat membantu...

FIRMAN ALLAH yang bermaksud:
Sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad) mengetahui bahawasanya
engkau bangun (sembahyang Tahajjud) selama kurang dari dua pertiga malam, dan selama satu perduanya, dan selama satu pertiganya;
dan (demikian juga dilakukan oleh) segolongan dari orang-orang yang
bersama-samamu
(kerana hendak menepati perintah yang terdahulu);
padahal Allah jualah yang menentukan dengan tepat kadar masa malam dan siang.
Ia mengetahui bahawa kamu tidak sekali-kali akan dapat mengira dengan tepat kadar masa itu, lalu Ia menarik balik perintahNya yang terdahulu (dengan memberi kemudahan) kepada kamu; oleh itu bacalah mana-mana yang mudah kamu dapat membacanya dari Al-Quran (dalam sembahyang).Ia juga mengetahui bahawa akan ada di antara kamu
orang-orang yang sakit; dan yang lainnya orang-orang yang musafir di muka bumi
untuk mencari rezeki dari limpah kurnia Allah;
dan yang lainnya lagi orang-orang yang
berjuang pada jalan Allah (membela ugamaNya).

Maka bacalah mana-mana yang sudah kamu dapat membacanya dari Al-Quran;
dan dirikanlah sembahyang serta berikanlah zakat;
dan berilah pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (ikhlas).
Dan (ingatlah), apa jua kebaikan yang kamu kerjakan
sebagai bekalan untuk diri kamu,

tentulah kamu akan mendapat balasannya pada sisi Allah,
sebagai balasan yang sebaik-baiknya dan yang amat besar pahalanya.
Dan mintalah ampun kepada Allah;
sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (al muzammil:20)




firman Allah yang bermaksud:
Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama
Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk) (al 'alaq:1)

buku yang sangat menarik...mengupas perkara-perkara asas dalam kehidupan seharian mengikut pandangan daripada 4 mazhab (solat,taharah dan lain-lain)


tanamkan rasa cinta yang mendalam terhadap rasuluLlah s.a.w dengan mengenali baginda secara mendalam serta mencontohi sifat dan perbuatan baginda...
mudah-mudahan ada keberkatannya...
(ustaz zul baitul Qura' pun menyarankan agar memiliki buku ini..)


Allah berfirman:
Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah
itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan(balasan baik) hari akhirat,
serta ia pula menyebut dan
mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)
(al ahzab:21)



waLlahuA'lam....
banyakkan membaca alQuran....

Comments

Popular posts from this blog

Istikharah Cinta

doa nabi khidir

tarbiyah ruhiyyah