salam ramadhan...



assalamu'alaikum...
post kali ini sekadar perkongsian buat sahabat-sahabat...

Ramadan bulan tarbiyah dan madrasah
Ustaz Misbahul Munir


Ramadhan adalah bulan tarbiyyah dan madrasah ilmu dan amal bagi melahirkan golongan Muttaqin.

Sebagai bulan tarbiyyah dan madrasah, ambillah kesempatan terbaik ini untuk menyucikan fitrah, meningkatkan amal, memuhasabah diri seterusnya menghasilkan pekerti mukmin yang berubah akhlak, aqidah dan pemikiran 100 peratus.

Mengihya'kan Ramadhan bukan sekadar tarawikh dan tadarus al Quran semata, ia juga termasuk menghidupkan Ramadhan dengan ilmu yang boleh menjana pemikiran tulen berteraskan al Quran dan Sunnah yang kesannya boleh melahirkan pejuang-pejuang yang komited dengan Islam.

Badar al Kubra berlaku di bulan Ramadhan, peristiwa ini sangat wajar diperingati oleh umat Islam. Badar al Kubra mengingatkan sejarah perjuangan yang cukup hebat, di mana jumlah tentera Islam yang kecil mampu mengalahkan tentera kuffar Quraisyh yang 3 kali ganda besarnya.

Badr al Kubra mampu merangsang semangat perjuangan umat masa kini bagi berhadapan dengan musuh-musuh Allah swt.

Semua Ramadhan yang menjadi tetamu umat Islam dimanfaatkan kehadirannya. Jangan lepaskan peluang ini sementara Ramadhan masih dalam genggaman kita.

Terlepas Ramadhan dengan tanpa dimanfaatkan hanyalah satu yang sia-sia sahaja, tahun depan belum tentu kita boleh bertemu Ramadhan lagi.

Selamat menjalani ibadah Ramadhan.

semoga ramadhan kali ini memberikan natijah yang berbeza berbanding ramadhan yang sebelum ini...gunakan sebaiknya tiap detik waktu dalam ramadhan ini dengan perkara yang bermanfaat...

Comments

Popular posts from this blog

Istikharah Cinta

doa nabi khidir

tarbiyah ruhiyyah