nikmat ramadhan


bismiLlahirRahmanirRahim...
Allahumma solli 'ala saiyidina Muhammad alfatihi
lima ughliqo
wal khatimi lima sabaqa nasiril haqqa bilhaq
wal hadi ila siratikal mustaqim

wa 'ala alihi wa sohbihi haqqa qadrih wa miqdarihil 'azim

alhamduliLlah hari ini aku berpeluang bertemu dan menuntut ilmu dengan seorang ustazah yang sangat faqih dan hebat iaitulah ustazah nik faridah...bertempat di surau di Taman Sri Rampai, yakni kediaman ku semasa kecil...

terima kasih mak dan abah kerana menjemput ku di gombak...alhamduliLlah...
dalam masa sejam lebih, sangat banyak ilmu yang dicurahkan dan sungguh aku terkesan denga penyampaian ustazah...sangat menyentuh hati dan naluri...

antaranya ialah :
lailatul qadar merupakan malam yang mulia...lebih baik daripada seribu bulan...subhanaLlah...tak mahukah kita untuk mendapatkannya...mengapa kita terlalu sombong sedangkan Allah sangat-sangat pemurah memberikan kita hadiah yang paling berharga...

pada malam itu, malaikat-malaikat turun ke bumi mencari hamba-hamba yang sedang asyik dan leka dengan beribadah...

barang siapa yang berzikir, maka ingatlah bahawa malaikat sama-sama berzikir dengannya, barangsiapa solat, mereka bersolat bersama para malaikat...dan barang siapa membaca alQuran, maka dia membaca bersama-sama malaikat...AllahuAkbar...subhanaLlah...

Allah hadiahkan kepada kita malam yang penuh rahmat dan kesejahteraan sehingga terbit fajar...


selain itu, kita digalakkan membaca alquran...kata ustazah, baca tak semestinya mengejar untuk khatam tapi bacalah dengan penuh tartil dan bertajwid kerana di situ ada rahsianya...

kalau kita tengok sekarang manusia berlumba-lumba untuk khatam tapi bacaan masyaAllah tunggang terbalik...sangat tidak bagus...dan beruntunglah bagi mereka yang baru merangkak-rangkak membaca alquran kerana anda sangat berhati-hati ketika mambacanya...teruskan membaca dan mambaca...jangan jemu untuk membaca kalamuLlah...ganjaran yang diperoleh hanya DIA yang tahu...tugas kita hanyalah beramal....



ayuh sahabat sahabiah....

JOM KITA BERAMAL!!!!

antara yang ustazah sarankan ialah tahajud sebanyak 8 raka'at serta witir 3 rakaat dan ini dikukuhkan lagi dengan hadith-hadith sahih yakni bukti bahawa perkara ini merupakan amalan rasuluLlah saw...tetapi matan hadith ini ustazah tak beritahu, cuma kata ustazah, beliau telah merujuk banyak pakar dalam bidang hadith...insyaAllah sahih...



dan ustazah banyak selitkan penyampaiannya dengan berdoa...subhanaLlah...doa yang sungguh menyentuh hati....

antara isinya ialah semoga kita dapat beramal di malam alqadar dan diberi kesempatan untuk sampai kepadanya dalam keadaan sihat yang tidak sakit...dalam keadaan ikhlas dan khusyu'...kerana andai kita gagal mendapatkannya pada tahun ini, kita perlu tunggu untuk sampai kepadanya pada tahun namun, namun apakah kita masih bernyawa nanti...Allah...semoga kita mendapat rahmat dan keampunan Allah...menjadi anak yang soleh, isteri yang solehah...dan banyak lagi...
dan satu lagi kata ustazah...

adakah kita benar-benar bersyukur????
adakah antum antunna bersyukur???? kalau ya...bagaimanakah amalan saudara saudari???adakah menepati syarat dan piawaian yang Allah tetapkan...sama-sama kita muhasabah diri sejenak...moga ramadhan kali ini memberi impak maksima dalam diri setiap dari kita...ingatlah bahawa Allah sangat-sangat mencintai kita...Dia sangat rindu untuk mendengar doa kita...AllahuAkbar...

sama-sama kembali kepadaNya...agar akhir hayat kita nanti bertepatan dengan ayat Allah dalam surah al fajr ayat 28 :
"yaa aiyatuhan nafsul muthmainnah irji'ii ila Rabbiki radhiyatan mardhiyyah...
fadkhuli fi 'ibadi wadkhuli jannati"
yang bermaksud :
"wahai jiwa-jiwa yang tenang,
pulanglah kepada Tuhanmu dengan redha dan diredhaiNYA..
maka masuklah dalam kalangan hamba-hambaKU dan
masuklah ke dalam syurrgaKU"

Comments

Popular posts from this blog

Istikharah Cinta

doa nabi khidir

tarbiyah ruhiyyah