Followers

Friday, May 29, 2009

ada apa dengan hati???


ada seorang sahabat bertanyakan :

"camna nak jaga hati????"

aku mula berfikir...


"aku sendiri pun kadang-kadang tak berjaya menjaga hati....tapi x salah untuk berkongsi sedikit ilmu dan pengalaman yang ada....dalam masa yang sama,
boleh manfaatkan untuk diri sendiri..."


sahabatku mempunyai masalah hati...dia sering diuji dengan masalah hati...kerana padaku hati nya sangat hampir dengan Allah...melihat ketika dia bersolat...seolah-olah dia sedang berbicara terus dengan Penciptanya...di wajahnya terpancar cahaya iman yang tinggi...subhanaLlah...

tapi itulah ujian nya..sering diuji hatinya....ujian yang bagaimana???????????


inilah ujian yang sangat sukar untuk dibendung...perasaan terhadap kaum/jantina yang berlainan....perasaan yang dianggap fitrah...fitrah setiap insan...

ya!!!!


but how to control it????


it just depends on ourselves....


bagaimana caranya...???


semua ada dalam alQuran...sebab tu la Allah perintahkan mukminin dan mukminat untuk tundukkan pandangan seperti dalam ayat ni :


[surah annuur : 30
]

"Katakanlah (wahai Muhammad)
kepada orang-orang lelaki yang beriman
supaya mereka menyekat pandangan mereka
(daripada memandang yang haram),
dan memelihara kehormatan mereka.
Yang demikian itu lebih suci bagi mereka;
sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya
tentang apa yang mereka kerjakan"


[surah annuur : 31
]

"
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman
supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram),
dan memelihara kehormatan mereka;
dan
janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka
kecuali yang zahir daripadanya;
dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka;
dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka
melainkan kepada suami mereka,
atau bapa mereka
atau bapa mertua mereka
atau anak-anak mereka
atau anak-anak tiri mereka,
atau saudara-saudara mereka,
atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki,
atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan,
atau perempuan-perempuan Islam,
atau hamba-hamba mereka,
atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua
dan tidak berkeinginan kepada perempuan,
atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan;
dan
janganlah mereka menghentakkan kaki
untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka;
dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah,
wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya"
sebab apa kena tundukkan pandangan???


sat gi terlanggar tiang elektrik...


ha!!!! pecah kepala....

sebab............

dari pandangan lah bermula segala-galanya...

if kita tundukkan pandangan..tak de la kite tau wajah seseorang tu cmna...


if x...tu la yg mula terbayang,terkenang dan teringat...


pandangan-senyum-salam-dating-then zina....

na'uzubiLlah..moga Allah jauhkan kita....


kan elok if kite leh buat apa yang Allah suruh...


then...kita mesti jaga solat kita sebab....



[surah al 'ankabut : 45
]

"Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu
dari Al-Quran,
dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun);
sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya);
dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan"

solat itu tiang agama..solat yang penuh khusyu' dan rasa kehambaan akan mengelakkan diri kita dari melakukan perbuatan keji dan mungkar...

that is the answer...

hmm..what is then????

from this famous and popular verse....

[surah al Isra' : 32
]

"
Dan janganlah kamu menghampiri zina,
sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan
satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)"

so...let us together avoid from that!!!!!

and the most important thing,we should ask and believe in GOD...just ask HIM for any help...
HE will help us...

Because HE said....

[surah albaqarah : 153]

"Wahai sekalian orang-orang yang beriman!Mintalah pertolongan

(untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan)

dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang.

kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar"

so,

the answer depends on ourselves...

Allah has mentioned totally in AlQuran...

hanya kita yang nak atau tidak untuk mengikutnya...

hati adalah raja segala jasad..

Daripada Abu Abdullah al-Nu'man ibn Basyer r.a. رضي الله عنهما beliau berkata:

Aku telah mendengarRasulullah SAW bersabda:

Sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terangjelas, dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yangkebanyakan orang tidak mengetahuinya.

Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat makasesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya.

Dan barangsiapa yang terjatuhdalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yangmengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya.

Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkaraperkarayang diharamkanNya.

Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yangapabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad.

Ketahuilah ia adalah hati.

Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.

baik hati,baik lah seluruhnya..

buruk hati..maka buruklah segalanya...

fikir-fikirkan dan renungkan...

waLlahua'lam...

istimewa solat...



bagaimanakah cara untuk mendapat khusyu'...????

antara metod nya ialah
memahami maksud setiap bacaan dalam solat....

dari awal niat hinggalah memberi salam...

1.NIAT
"sahaja aku menunaikan solat fardhu
( subuh-4 rakaat,zuhur-4 rakaat,asar-4 rakaat,maghrib-3 rakaat,isya'-4 rakaat)
kerana Allah Taala"

2.TAKBIRATUL IHRAM

"Allahu Akbar"..=
Allah Maha Besar..

Bayangkanlah betapa agungnya kebesaran Allah mencipta seluruh makhluk di langit dan di bumi.
3.DO'A IFTITAH


Allahu Akbar Kabira walhamduliLlahi kathira..=
"Allah Maha Besar
dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya"

wa subhanaLlahi bukratan wa asila..=
''Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang"

wajjahtu wajhiya liLlazi fatharas samawati wal ardhu..=
"Aku hadapkan wajahku bagi
Tuhan yang mencipta langit dan bumi"

hanifan musliman..=
"dengan suasana lurus dan berserah diri"

wa maa ana minal musyrikin..=
"dan aku bukan dari golongan orang musyrik"

inna solati wa nusuki wa mahyaya wa mamati..=
"Sesungguhnya solatku, Ibadatku, hidupku, matiku"

liLlahi rabbil 'alamin..=
"adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam"

-inilah ikrar kita setiap hari..namun sejauh mana kita melaksanakannya???
la syarikalaHu..=
"Tidak ada sekutu bagiNya"

wa bizalika umirtu..=
"dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya"

wa ana minal muslimin..=
"dan aku dari golongan orang Islam"

4.ALFATIHAH

Apakah maksud setiap ayat dalam ummul Furqan ini????

al fatihah merupakan satu surah yang lengkap dengan segala-galanya..
bertepatan dengan ta'rif solat yakni doa..al fatihah merupakan bicara kita
bersama Rabb..

hayatilah maksud di sebaliknya...

1.BismiLlahirRahmanirRahim..=
"dengan nama Allah yang Maha Pemurah
lagi Maha Penyayang"

2.AlhamduliLlahi Rabbil 'alamin..=
"segala puji-pujian hanya bagi Allah Tuhan
sekalian alam"

3.ArRahmanirRahim..=
"Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"

4.Maliki yaumiddin..=
"yang Menguasai hari pembalasan"

5.iyyaKa na'budu wa iyyaKa nasta'iin..=
"hanya Engkaulah yang kami sembah dan
hanya Engkaulah kami mohon pertolongan"

6.ihdinas siratal mustaqim..=
"tunjukkanlah kami jalan yang lurus"

7.siratallazina an'amta 'alaihim ghairil maghdhubi 'alaihim
wa ladh dhaallin..=
"jalan-jalan orang-orang yang Engkau
kurniakan nikmat ke atas mereka
dan bukan jalan orang-orang yang Engkau
murkai dan sesat"

5.RUKU'-
subhana Rabbiyal 'Azimi wa bihamdiH..=
"Maha Suci Tuhanku Yang Maha Agung dan
dengan segala puji-pujiannya"



sesungguhnya kami tunduk dan patuh padaMu ya Allah..

Bacaan ketika bangun dari ruku'-
sami'aLlahu liman hamidaH..=
"Allah mendengar pujian orang yang memujinya"




sesungguhnya Allah mendengar hambaNya yang memujiNya ketika solat...

Bacaan i'tidal-
Rabbana wa laKal hamdu..=
"Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian"

6.SUJUD-
subhana Rabbiyal a'laa wa bihamdiH..=
"Maha suci Tuhanku Yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya"


hinanya kita..
mengapa masih ada hambaNya yang angkuh di muka bumi ini???

Bacaan duduk antara 2 sujud-


Rabbi ghfirli..=
"Ya Allah..ampunilah daku"

warhamni..=
"Rahmatilah daku"
wajburni..=
"kayakan daku"

warfa'ni..=
"angkatlah darjatku"

warzuqni..=
"rezekikan daku"

wahdini..=
"berilah aku hidayah"

wa'aafini..=
"sihatkanlah daku"

wa'fu'anni..=
"dan maafkanlah akan daku"

inilah doa yang kita lafazkan setiap kali solat..sedarkah kita????

hanya padaNya kitta memohon..

7.TAHIYAT

Bacaan ketika Tahiyat Awal & Akhir

attahiyyatul mubarakatus solawatut thoiyibatu liLlah..=
"Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah"

assalamu'alaika aiyuhan nabiyyu wa rahmatuLlahi wa barakatuh..=
"Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya"

assalamu'alaina wa 'ala 'ibadiLlahis solihin..=
"Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh"

asyhadu anla Ilaha illaLlah wa asyhadu anna
Muhammadar RasuluLlah..=
"Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan
aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah"

aLlahumma solli 'ala saiyidina Muhammad wa 'ala aali Muhammad..=
"Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas
Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya"

kama sollaita 'ala Ibrahim wa 'ala aali Ibrahim..=
"Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim
dan atas keluarga Ibrahim"

wa barik 'ala saiyidina Muhammad wa 'ala aali Muhammad..=
"Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya"

kama barakta 'ala Ibrahim wa 'ala aali Ibrahim..=
"sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan
atas keluarga Ibrahim"

fil 'alamiin..=
"di dalam alam ini''

innaKa Hamidun Majid..=
"Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi
Maha Agung"

8.SALAM-
assalamu'alaikum warahmatuLlah..=
"salam sejahtera ke atas kamu dan rahmat Allah"

maka,tamatlah sudah dialog kita dengan Pencipta kita...
setiap lafaz yang dituturkan dalam solat tidak lain hanyalah doa dan
pujian yang tidak terhingga buat Pencipta kita Yang Agung..
juga selawat dan salam buat junjungan RasuluLlah s.a.w...
sama-samalah memperbaiki solat dan agar solat kita diterima olehNya..

insyaAllah..

waLlahua'lam..








Tuesday, May 26, 2009

QIYAMAT SUDAH DEKAT...






Tanda-Tanda besar Kiamat.
Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata:
Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang
berbincang-bincang.


Lalu beliau bersabda: “Apa yang kamu perbincangkan?”.

Kami menjawab: “Kami sedang berbincang tentang hari qiamat”.

Lalu Nabi saw. bersabda: “Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya”.

Kemudian beliau menyebutkannya: “Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam alaihissalam, Ya’juj dan Ma’juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka“. H.R Muslim

Sepuluh tanda-tanda qiamat yang disebutkan Rasulullah saw. dalam hadis ini adalah tanda-tanda qiamat yang besar, akan terjadi di saat hampir tibanya hari qiamat.


Sepuluh tanda itu ialah:

1.Dukhan (asap) yang akan keluar dan mengakibatkan penyakit seperti selsema di kalangan orang-orang yang beriman dan akan mematikan semua orang kafir. Dajjal yang akan membawa fitnah besar yang akan meragut keimanan, hinggakan ramai orang yang akan terpedaya dengan seruannya.

2.Binatang besar yang keluar berhampiran Bukit Shafa di Mekah yang akan bercakap bahawa manusia tidak beriman lagi kepada Allah swt.

3.Matahari akan terbit dari tempat tenggelamnya. Maka pada saat itu Allah swt. tidak lagi menerima iman orang kafir dan tidak menerima taubat daripada orang yang berdosa.

4.Turunnya Nabi Isa alaihissalam ke permukaan bumi ini. Beliau akan mendukung pemerintahan Imam Mahadi yang berdaulat pada masa itu dan beliau akan mematahkan segala salib yang dibuat oleb orang-orang Kristian dan beliau juga yang akan membunuh Dajjal.

5.Keluarnya bangsa Ya’juj dan Ma’juj yang akan membuat kerosakan di permukaan bumi ini, iaitu apabila mereka berjaya menghancurkan dinding yang dibuat dari besi bercampur tembaga yang telah didirikan oleh Zul Qarnain bersama dengan pembantu-pembantunya pada zaman dahulu.

6.Gempa bumi di Timur. Gempa bumi di Barat. Gempa bumi di Semenanjung Arab.

7.Api besar yang akan menghalau manusia menuju ke Padang Mahsyar. Api itu akan bermula dari arah negeri Yaman.

Mengikut pendapat Imam Ibnu Hajar al-Asqalani di dalam kitab Fathul Bari beliau mengatakan:

“Apa yang dapat dirajihkan (pendapat yang terpilih) dari himpunan hadis-hadis Rasulullah saw. bahawa keluarnya Dajal adalah yang mendahului segala
petanda-petanda besar yang mengakibatkan perubahan besar yang berlaku dipermukaan bumi ini.
Keadaan itu akan disudahi dengan kematian Nabi Isa alaihissalam (setelah belian turun dari langit).
Kemudian terbitnya matahari dari tempat tenggelamnya adalah permulaan

tanda-tanda qiamat yang besar yang akan merosakkan sistem alam cakerawala yang mana kejadian ini akan disudahi dengan terjadinya peristiwa qiamat yang dahsyat itu. Barangkali keluarnya binatang yang disebutkan itu adalah terjadi pada hari di mana matahari pada waktu itu terbit dari tempat tenggelamnya”.



Entri ini dikirim pada hari Khamis, 12 April 2007, 10:31 am dan diletakkan dalam kategori Tazkirah. Anda boleh mengikuti sebarang respons bagi entri ini melalui suapan RSS 2.0. Anda boleh meninggalkan respons atau menjejak balik daripada tapak web anda.

Monday, May 25, 2009

10 WASIAT IMAM HASAN AL-BANNA


MARILAH SAMA-SAMA MUHASABAH DIRI..
MOGA HARI INI LEBIH BAIK DARI SEMALAM..
DAN BEGITULAH SETERUSNYA..



1. Bangunlah segera untuk melakukan solat apabila mendengar Adzan walau bagaimana pun keadaannya.
[al baqarah : 45]
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan
jalan sabar dan mengerjakan sembahyang;
dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat
kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"

2. Baca, telaah, dan dengarkanlah Al-Qur'an atau zikirlah kepada Allah dan jangan engkau senang membuangkan waktumu dalam masalah yang tidak ada manfaatnya.




[al isra' : 9
]
"Sesungguhnya Al-Quran ini memberi
petunjuk ke jalan
yang amat betul (ugama Islam),
dan memberikan berita yang mengembirakan
orang-orang yang beriman
yang mengerjakan amal-amal soleh,
bahawa mereka beroleh pahala yang besar"

3. Bersungguh-sungguhlah untuk bisa dan berbicara dalam bahasa Arab dengan fasih.

4. Jangan memperbanyak perdebatan dalam berbagai bidang pembicaraan sebab hal ini semata-mata tidak akan mendatangkan kebaikan.
[an nisa' : 59]
"Wahai orang-orang yang beriman,
taatlah kamu kepada Allah dan
taatlah kamu kepada Rasulullah
dan kepada "Ulil-Amri"
(orang-orang yang berkuasa)
dari kalangan kamu.
Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan)
dalam sesuatu perkara,
maka hendaklah kamu mengembalikannya
kepada (Kitab) Allah (Al-Quran)
dan (Sunnah) RasulNya
- jika kamu benar beriman kepada Allah
dan hari akhirat.
Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu),
dan lebih elok pula kesudahannya"

5. Jangan banyak ketawa sebab hati yang selalu berkomunikasi dengan Allah (zikir) adalah tenang dan tentram.
[at taubah : 82]
"Oleh itu bolehlah mereka ketawa sedikit (di dunia ini)
dan mereka akan menangis banyak (di akhirat kelak),
sebagai balasan bagi apa yang mereka telah usahakan"

6. Jangan bergurau, karena ummat yang berjihad tidak berbuat kecuali dengan bersungguh-sungguh terus menerus.

7. Jangan mengeraskan suara diatas suara yang diperlukan pendengar, karena hal ini akan mengganggu dan menyakiti.

[al hujuraat : 3]
"Sesungguhnya orang-orang yang
merendahkan suaranya
semasa mereka berada di sisi Rasulullah (s.a.w),
- merekalah orang-orang yang telah dibersihkan
Allah hati mereka untuk bertaqwa;
mereka beroleh keampunan dan pahala yang besar"

8. Jauhilah dari membicarakan keburukan orang lain atau melukainya dalam bentuk apapun dan janganlah berbicara kecuali yang baik.

[al hujuraat : 11]
"Wahai orang-orang yang beriman!
Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki)
mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain,
(kerana) harus puak yang dicemuhkan
itu lebih baik daripada mereka;
dan janganlah pula sesuatu puak
dari kaum perempuan
mencemuh dan merendah-rendahkan
puak perempuan yang lain,
(kerana) harus puak yang dicemuhkan
itu lebih baik daripada mereka;
dan janganlah setengah kamu
menyatakan keaiban setengahnya yang lain;
dan janganlah pula kamu panggil-memanggil
antara satu dengan yang lain
dengan gelaran yang buruk.
(Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan
orang yang melakukannya menjadi fasik)
maka amatlah buruknya sebutan nama fasik
(kepada seseorang) sesudah ia beriman.
Dan (ingatlah),
sesiapa yang tidak bertaubat
(daripada perbuatan fasiknya)
maka merekalah orang-orang yang zalim"
9. Berta'aruflah dengan saudaramu yang kalian temui walaupun dia tidak meminta, sebab prinsip dakwah kita adalah cinta dan ta'awun (kerja sama)
[al hujuraat : 13]
"Wahai umat manusia!
Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu
dari lelaki dan perempuan,
dan Kami telah menjadikan kamu
berbagai bangsa dan bersuku puak,
supaya kamu berkenal-kenalan
(dan beramah mesra antara satu dengan yang lain).
Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah
ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu,
(bukan yang lebih keturunan atau bangsanya).
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui,
lagi Maha Mendalam PengetahuanNya
(akan keadaan dan amalan kamu)"

10. Pekerjaan kita sebenarnya lebih banyak daripada waktu yang tersedia, maka tolonglah selainmu untuk memanfaatkan waktunya dan apabila kalian mempunyai sesuatu keperluan maka sederhanakanlah dan segerakanlah untuk diselesaikan.
WALLAHUA'LAM..

Saturday, May 16, 2009

SMAKL...ku rindui














Bertahun lama aku
meninggalkan

Laman
sekolah yang penuh kenangan


Memori
indah mengusik di jiwa


Suka
dan duka dalam memburu cita


Masih
terbayang kenakalan teman


Usik
mengusik bersenda gurauan


Kini
setelah kita berjauhan


Semuanya itu menjadi
kerinduan


Tetap
segar dalam ingatan


Kali
pertama berkenalan


Senyuman mesra menyimpulkan

Tali
persahabatan


Hingga
kini masih ku simpan


Kata
semangat buat bekalan


Pesanan
guru menyalakan


Obor
penyuluh kejayaan


Dan di
sinilah tempat ku berlari


Jatuh
tersungkur bangun kembali


Biar
diranjau onak yang berduri


Semuanya tak ku peduli

Terkadang cinta jadi
permainan


Namun
di situ ku temu iktibar


Makin
ku sedar erti kehidupan


Tak
semudah yang difikirkan


Hingga
kini masih ku simpan


Kata
semangat buat bekalan


Pesanan
guru menyalakan


Obor
penyuluh kejayaan


Dan di
sinilah tempat ku berlari


Jatuh
tersungkur bangun kembali


Biar
diranjau onak yang berduri


Semuanya tak ku peduli

Terkadang cinta jadi
permainan


Namun
di situ ku temu iktibar


Makin
ku sedar erti kehidupan

Tak
semudah yang difikirkan


Oh
sekolaku, kau amat ku rindu

Tempat

bermula ku menimba ilmu

Jasamu
guru mendidik daku,

Namamu
harum di dalam ingatanku

"You're
my lovely school, I love you, I miss you"









Sang Murabbi







post ni diambil dari blog us. nasaruddin tantawi.sebagai perkongsian buat semua

http://episodeperjuangan.blogspot.com/
Sang Murabbi

Hidup ini adalah satu kelana atau kembara mencari redha Allah swt. agar kehidupan di dunia dan akhirat selamat sejahtera dari ancaman azab seksa Allah swt.

Namun pencarian ini pasti akan menemui kegagalan malah ramai yang telah gagal lantaran tidak memiliki petunjuk .

Allah swt. , tuhan yang mencipta manusia tidak membiarkan mereka terkial - kial mencari arah dalam kembara yang jauh , sebaliknya mengirimkan Al Quran sebagai petunjuk jalan dan Rasul saw. sebagai pembimbing .

Malangnya berapa ramaikah dikalangan manusia, mereka yang mengambil Al Quran dan sunnah sebagai petunjuk dan pembimbing dalam kehidupan mereka di dunia ini ?

Ya ! Ramai dikalangan mereka yang menjadikan nafsu sebagai peta arah mereka melangkah . Tanpa memperduli akibat dan risiko , hanya kerana mahu memburu kepuasan sementara dan keseronokan seketika mereka redah segala batas hukum dan sempadan syariat .

Inilah realiti yang dapat saya saksikan sejauh perkelanaan di muka bumi Allah ini . Semoga Allah menyelamatkan diri kita semua dari terjebak dalam kancah penguasaan nafsu dan pengaruh syahwah yang merosakkan nilai syakhsiyah diri sebagai seorang muslim .

Kelmarin , dalam kesempatan saya bermusafir merentas benua bersama Al Fadhil ustaz Zulqarnain Hassan [ Setiausaha Dewan Ulama' PAS Negeri Perak ] , Al Fadhil ustaz Zul memberikan saya sekeping vcd yang berjudul Sang Murabbi untuk ditonton . Kebetulan Al Fadhil ustaz Zul juga adalah murabbi yang pernah mendidik dan membimbing saya sewaktu menuntut di Universiti Al Azhar tempoh lalu .

Sungguh menarik dan menginsafkan ! itulah yang mampu saya ungkapkan ketika menonton filem Sang Murabbi yang mengisahkan kembali perjalanan hidup dan juang al Marhum ustaz Rahmat yang juga dikenali sebagai Ustaz at Tarbiyyah di kalangan rakan - rakan PKS di Indonesia .

Detik sukar perjalanan hidupnya sebagai seorang pejuang yang mengembara dan berkelana ke segenap pelusuk bumi guna mencari redha Allah swt. , disamping mendengar bait - bait nasihat seperti emas mutiara yang sangat tinggi nilai etikanya cukup untuk menghidupkan hati yang lara dan alpa .

Benarlah beliau dinobatkan sebagai murabbi dan syeikh at tarbiyah yang cukup hebat menampilkan karisma dirinya dan izzah perjuangan yang didokong .

Masih terngiang - ngiang ditelinga saya setiap bilah perkataan yang bertatah hikmah dari sang murabbi ini seolah - olah saya mendengar langsung dari tutur lidah al marhum . Sementelah pula kelana saya kali ini bertemankan murabbi [ Ustaz Zul ] yang tidak jemu - jemu berbicara soal perjuangan , ilmu , pengalaman juang dan sesekali riang dengan tawa yang memecah keseriusan berbicara dek gurauan yang penuh sopan dan makna .

Biarpun musafir ini hanya mencecah 4 hari , namun ia sangat bernilai dan meninggalkan kesan spiritual yang amat mendalam . Manakan tidak , ekoran hambatan tugas dan jadual kerja yang padat kami sukar bertemu sebelum ini . Justeru pertemuan ini biar pun singkat dimanafaatkan sebaik mungkin malah sangat nostalgis apabila sering kami mengisahkan kembali pengalaman silam sewaktu kami sama - sama mengharungi dunia pengkaderan .

Jelasnya , hidup kita memerlukan murabbi demi memastikan pencarian kita [ redha Allah swt. ] berhasil . Murabbi yang ikhlas dan tekun membimbing kita merentasi sukar payah perjuangan suci ini berdepan segala cabaran dan menyerap pelbagai tekanan .

Murabbi yang tidak jemu mendidik dan memberi tunjuk ajar dalam setiap langkah yang diatur demi mengaktifkan amal islami sungguhpun penat lelah dan jerih letih , jelas terlakar diwajah .

Namun tidak mudah pula untuk menemui sang murabbi yang sedemikian rupa watak dan peribadinya .

Posted by Nasrudin Hassan at Tantawi at 06:58

Sunday, May 10, 2009

ya hafizul Quran


di sini bermula sebuah cerita,
di tempat yang penuh barakah,
yang tersergam indah sebuah masjid,
dikelilingi tasik yang mengalir tenang,
di mana penghuninya,
sentiasa sibuk dengan alQuran...
rindunya akan suasana itu,
di mana saja kalamNya
sentiasa didengari,
dengan pelbagai suara,
lagu dan
irama....

inilah dia.........
darul Quran KKB nama diberi,
melahirkan huffazulQuran,
pemegang amanah terbesar,
mampukah kita sebenarnya???
tepuk dada tanyalah iman...

kita sering dibesarkan,
diagungkan,
dimuliakan,
dengan title "penghafaz alQuran"


Namun,
sejauh mana amalan dan akhlak kita???
adakah menggambarkan alQuran
yang mulia???
atau selah-olah seperti
insan yang tidak memahami kandungannya
malah ada yang lebih teruk dari itu..
astaghfiruLlahalAzim..

sejauh mana kita beramal dengan setiap hafalan??
tidakkah kita gerun dengan azab ALLAH yang maha dahsyat..???
kita LUPA!!!!!
LEKA!!!!
LALAI!!!!
dan
TERTIPU
dengan keseronokan dunia...
AHHH!!!!!
tidak layak untuk kita bergelar
hamalatul Quran..
namun bukan itu kesudahannya...


tapi kita harus bangkit...
aiyuhas syabab....
taujah ilal amam...
sedarlah wahai pemegang kalamuLlah..
tugas kita belum selesai
masih banyak hak yang perlu dilaksanakan,
tanggungjawab yang harus dipenuhi...
beratnya tanggungjawab itu tak mampu
dipikul sendiri..
kita punya teman sefikrah..
sama-sama
naikkan semangat untuk mengulang
dan terus mengulang..
hingga titisan darah yang terakhir..
di samping beramal dengannya..
bukan itu saja..
sampaikanlah kepada mereka yang
amat dahagakan bimbingan kita..
sedarlah insan!!!!!
ya hafizul Quran!!!
ya hamalatul Quran!!!
ya hafiz!!!
ya hafizah!!!
bangkitlah...
sedarlah...
insaflah...
muhasabah lah..
kembalilah kalian
ke jalan yang lurus...
usah leka dengan dunia..
jadilah di antara golongan yang sedikit...
peganglah dengan kata-kata :

'hasanatul abrar saiyiatul muqarrabin'

moga kita sentiasa
di bawah rahmatNya
dan terhindar dari kemurkaanNya...


"Allahummaj'alna min hamalatil Quran..
wa la taj'alna min la'natil Quran.."

amiin ya Rabb...










YA ALLAH!!!sayangilah dia..

assalamualaikum..salam perjuangan buat sahabat semua..

ingin aku kongsikan nukilan ini buat teman-teman yang punya sahabat karib yang sentiasa bersama tika susah mahupun senang..


di bumi barakah Darul Quran,kami bertemu dengan taqdir yang tidak disengajakan tetapi DIA YANG MAHA KUASA menentukan pertemuan itu....walaupun berbeza program (aku-persijilan,dia-diploma)..namun dengan rahmat kasihNya kami menjadi teman yang sangat rapat..segala masalah dikongsi bersama,suka duka,tangis dan tawa tidak pernah bersendirian..aku bersyukur kerana dikurniakan teman sebaiknya..alhamduliLlah..


Tapi,hati ku benar-benar sayu dan sedih tatkala mengenangkan nasibnya yang sentiasa dirundung malang..ada saja dugaan yang menimpanya,selepas 1,datang pula yang lain..begitulah hidupnya..penuh dengan dugaan..Ya Allah..tidak tega aku melihat dia menanggung penderitaan itu sendirian..

Mana tidaknya,insan itu sungguh mulia di mataku,punyai peribadi dan akhlak yang terpuji..aku kagum dengannya..bagaikan insan terpilih yang dilahirkan Allah di muka dunia..ahh!!!mengapa dia haru s melalui semua itu..hmm...aku pasti Allah ada rencanaNya..seperti yang telah termaktub dalam kitabNya yang bermaksud...

"adakah manusia mengira mereka akan dibiarkan berkata
"kami telah beriman"
sedang mereka belum diuji"
(al'ankabut,2)

Ya Allah..aku benar-benar yakin yang KAU amat menyayangi nya...dia sering difitnah dengan sesuatu yang tidak dilakukannya..menjadi tumpuan umum kerana kelebihan yang ada padanya..itu semua sifad pendengki yang ada dalam hati orang sekelilingnya..mereka cemburu akan nikmat dan kelebihan yang Allah berikan padanya...kenapa masih ada insan yang berhati busuk...???sanggup merosakkan hidup orang lain hanya kerana termakan pujuk rayu syaitan...

inilah manusia...ya Allah..jauhkan aku dari sifat hasad ini..amin..

Bukan itu saja,aku mendapat berita bahawa dia menghidap penyakit yang agak kronik..(bengkak ulu hati) yang aku kira amat berbahaya...tapi apa dayaku untuk membantunya..aku hanya mampu memberi dorongan dan semangat serta nasihat agar dia dapat meneruskan hidup secara normal seperti insan lain...yaAllah...nilah ujian yang hebat untuknya..terpaksa berperang dengan penyakit itu..sukar untuk diluahkan namun itulah hakikatnya...

antara simptom nya ialah :

badan kuning,kaki bengkak,sakit belakang,sangat lemah,bahagian atas perut keras. selera makan jatuh teruk...ni saja yang sempat dicari....



bayangkan untuk makan,sangat susah sebab dia tak boleh mengambil makanan sesuka hati hati..banyak betul pantang larangnya..huh!!!!aku yakin dugaan yang hebat itu hanya untuk mereka yang hebat..aku sentiasa berdoa agar ALLAH mengurangkan bebannya..aku tidak sanggup melihat penderitaannya kerna aku amat menyayanginya..di sini besarlah harapan ku untuk memohon sahabat yang membaca mendoakan kesihatan sahabat ana tersebut..moga dia sentiasa di bawah lindungan rahmatNya dan tabah menghadapi hidup ini serta disembuhkan penyakitnya..kerna Allah berfirman....


"wa iza maridhtu fa huwa yasyfin"

Ingatlah setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah nya..andai kita reda..maka itulah penawar dan jalan yang terbaik buat kita..carilah hikmah nya yang tersembunyi..moga kita sentiasa tabah dan sabar menempuhi dugaan yang datang silih berganti...amiin..


Thursday, May 7, 2009

RE:aku rindu padanya...

semalam aku bermimpi....mimpi jumpa faaizah......dalam mimpi tu,aku peluk die erat sampai menitis air mata...rindu sangat..........kat faaizah....dan air mata tu bukan dalam mimpi je,tapi dalam realiti sebenar...x pernah mimpi nangis n betul-betul kuar air mata....ntah la...munngkin sebab masalah yang banyak dan rindu kt faaizah...kalau dulu selalu je ade tempat mengadu....tempat luahkan perasaan...tapi......................................sekarang xde dah yang nak pinjamkan telinga dan masa...masing-masing sibuk....hmm....faaizah...kite rindu kt faaaizah....kite banyak benda nak cite ngan awak...sedihnya....faaizah,doakan kite ye....sahabat awak ni lemah...lemah sangat....hmmm.....moga ukhuwah kita berkekalan sampai ke syurga...amiin...


dia
insan yang teristimewa..
6 tahun bersamanya
bagaikan..
satu pengalaman
yang amat bermakna..
memberi 1001 erti
buat diriku..
dia
insan yang Allah
tentukan untuk
menemaniku..
tika aku sedih dan kecewa
memimpinku..
menuju redhaNya
mendorongku..
ke jalan yang lurus
menguatkanku..
tika aku lemah tak berdaya..
menasihatiku..
tika aku salah dalam perlakuan..
menyayangiku..
tika aku dibenci dan dihina..
yang paling utama..
dia setia di sisiku..
tika aku difitnah dan ditohmah..
Ya Allah..
dia amat baik..
tapi..
dia di mana..???
aku tidak lagi bersamanya
kini aku sendirian..
menempuh liku2 hidup..
onak dan ranjau silih berganti..
aku tabah dan sabar..
aku redha..
namun jauh di lubuk hatiku..
arghhh!!!!
rindunya aku padamu...
sedih mengenangkan setiap
detik kita bersama
acapkali titisan mutiara jernih
mengalir membasahi pipi..
dia sudah membawa haluan sendiri..
aku di sini...
masih tetap

meneruskan
perjuangan ni
walau tanpa dia di sisi..
kerna aku yakin dan percaya..
seandainya ukhwah yang terbina
ini..
ikhlas keranaNya..
pasti kami akan ketemu jua..
tidak di dunia yang fana'..
tapi pasti di taman syurga
yang kekal abadi...
dia sahabatku..
temanku..
kekasih hatiku..
juga
adikku...
salam sayang dariku....
biar kita berjauhan
doaku sentiasa mengiringi setiap langkahmu...

nukilan ini khas yang teramat sangat buat sahabat seperjuangan
ku yang kini berada di Kelantan...



NUR FAAIZAH BT JASNI...
kami bersama sejak dari F1-F5 di
SMAKL..dan meneruskan persahabatan
di bumi barakah DQ..
namun taqdir telah memisahkan kami...
Faaizah...i love you..
moga kau sentiasa bahagia di bawah naungan rahmatNya..