ISTIMEWA BUAT SAHABAT...


assalamualaikum...

post kali ni khas buat teman-teman seperjuangan yang banyak membantu dalam jalan ini,juga agar kita sama-sama dapat mencontohi sifat-sifat mulia seorang yang bergelar Muslimah....

SAHABAT DAN TEMAN DI SEK. MEN. AGAMA K.LUMPUR.

1.NUR FAAIZAH BT. JASNI

dia sangat baik orangnya..memahami diri ini dari a-z...sentiasa membantu tika aku sangat memerlukan teman dan tempat mengadu..selama 5 tahun di sekolah,tambah pula 1 tahun setengah di DQ amat-amat mengajarku erti persahabtan..kami sering berkongsi suka duka kehidupan..menangis dan ketawa bersama..faaizah sabar melayani kerenah ku..x pernah merungut..kami ditakdirkan untuk bersama namun kini kami terpisah jua...
"faaizah,kite x kan lupakan kenangan di Pahang dulu..maaf buat faaizah menangis waktu tu.."
walaupun kadangkala persahabatan diuji,namun ukhuwah yang dibina x kan pernah putus biar pun jarak memisahkan kami..doaku sentiasa untukmu..

2.NURUL NADIAH BT NORZAN

nadiah,seorang yang tegas semasa berurusan dengan lelaki..banyak mengajar ku erti hidup..kata-kata dan nasihatnya sungguh bermakna buatku..biarpun kita x serapat mana,namun ku tetap menyayangimu kerana kita telah banyak berkongsi suka dan duka bersama...nadiah dan faaizah ialah 2 pasang teman yang sangat rapat..aku banyak belajar erti persahabatan dari mereka berdua..

3.NORASHILA BT ZULKIFLI

shila orang yang biasa..sempoi..namun aku sangat kagum melihat solatnya...ku rasakan dia bagai menjiwai solatnya..subhanaLlah...biarpun kami bukan 1 'geng'..tapi kami sangat rapat sebab menyertai 'Kelas Kemahiran al Quran'...kebetulan kami mempunyai minat dan seni yang sama..kelebihan yang sama dan rupa yang sedikit seiras..mungkin kerana itu juga kami sangat rapat..shila seorang yang pandai menyimpan rahsia..dialah satu-satunya sahabat yang menjaga rahsiaku hingga ke saat ini..terima kasih shila..

ramai lagi sahabat-sahabat kat SMAKL dulu..ramai sangat..especially DORM UNGGUL..

yana,aliya,maya,syidah,intan,yan,amy,ana,mun,jannah,jlah, dan teman-teman lain athirah,radz,haslinda, dan ramai lagi...

TEMAN DI DARUL QURAN

1.NORATASHA AIDA BT SAIDIN

tasha orang yang paling sabar..walaupun pendiam sebenarnya dia sangat tegas dan padaku dia seorang yang serius sebenarnya..tasha adalah sahabat yang terlalu suka berkorban..sangat mudah untuk memberi pertolongan dan sangat lembut jiwanya..dugaan yang datang menguji persahabatan kita..(SEM 2)..1 berita yang menggemparkan..tak dapat dibayangkan waktu itu,hanya Dia yang tahu betapa sedih nya hati ini...seminggu aku tidak dapat fokus memikirkan nasib teman yang diuji hebat oleh SANG PENCIPTA..tasha memang tabah dan kerana itu dia layak diuji...

2.AZZATUL HUSNA BT AHMAD

una orangnya biasa tapi secara jujurnya,aku sentiasa gembira ketika bersama dengannya..dunia bagaikan indah tiada duka..ikhlas diriku mengukir senyuman..memang tiada bandingannya..kami mempunyai banyak persamaan..berjalan di tasik merupakan hobi kami..rindunya aku pada saat itu..berjalan sambil memikirkan nasib diri...ujian demi ujian menguatkan kami untuk tetap teguh di jalan ini.

3.RAHMATULNISAH BT SHUHAIMI

nisah seorang yang sangat lembut dan sopan santun..kata-katanya sentiasa tersusun kemas,rapi..memang kat dq dulu,kami sering berkongsi cerita..dia amat memahami perasaan yang melanda diri ini..menyebabkan aku tidak jemu berbual dengannya..sikapnya yang pemurah menambat hatiku..dulu,aku seringkali meminjam duit daripadanya..dan katanya,

"hang pinjam la dulu,nak berapa2 pun..kalau tak dapat bayar sekarang,nanti bila dah kerja pun tak pa..."

aku teringat bahawa orang yang memberi hutang kepada yang sangat memerlukan lebih baik daripada orang yang memberi sedekah..alhamduliLlah..hutang dah dilangsaikan...nisah pun pandai simpan rahsia dan dia selalu menjadi pendengar yang setia..

4.SHARIFAH ZAINAB BT SYED MIKDAM

zainab pun lembut..baik..sangat baik...tapi sebagai manusia dia juga mempunyai perasaan..perasaan untuk menegakkan hak sendiri..namun dia sering diuji..dia difitnah..kerana dia memiliki banyak kelebihan yang tidak dimiliki oleh insan lain..zainab sangat tabah...sungguh besar ujian yang ditempuh..dialah sahabat yang paling aku sayangi..

5.SITI FATIMAH BT ABD GHAFFAR

sahabat merangkap roomate...pemegang amanah sebagai Pen. Ketua Biro Tarbiyah..ibadah nya yang sangat terjaga..qiyam setiap hari..masjid adalah bilik keduanya..setiap masa dihabiskan di masjid..subhanaLlah..mulia sungguh dirinya..pergantungan yang tinggi kepada Allah..tak pernah menangis di hadapan manusia,namun dia sering menangis dan mengadu kepada Allah...ujian hebat yang menimpanya menjadikan dia seorang yang tabah dan cekal..kehilangan ayah membuatkan dia sangat berjaga dalam hidup..aku kagum dengannya..setiap kali lepas solat,pasti tidak terlupa untuk membaca yasin khas buat insan kesayangan yang telah pergi..fatimah semulia namanya..terima kasih kerana banyak mengajar dan mendidikku..biarpun pada hakikatnya kita jarang bersama..



dan ramai lagi...mufi,syera,jannah,akmal,wani,nazihah,su,djah,shu,jal,taqwa,aji dll...

walau pun nama kalian tak tercatat..namun percayalah bahawa diri yang kerdil ini amat-amat menghargai kehadiran kalian sebagai sahabat dan teman...cuma x sempat untuk dinukilkan...

persahabatan yang terjalin atas dasar kejujuran dan keikhlasan,insyaAllah pasti akan bertemu jua semula..tidak di dunia,mungkin di akhirat kelak...

sekali lagi,terima kasih sahabat unutuk segalanya..

maafkan diri ini andai pernah melukakan dan mengecewakan dirimuu..

sesungguhnya aku amat-amat menyayangimu kerana Allah.....

salam sayang dan salam juang...





Comments

ana_muslim said…
ya ukhti habibati..
x terungkap melalui kata2..
sesungguhnya dirimu sangt1000x bermakna bg diri ini..
tak dapat daku meneruskan perjuangan yang berliku ini tanpa sahabat2 terutamanya DIRIMU disisi..aku bersyukur pada MU YA ALLAH atas kurniaan nikmat ukhwah ini.. syukran 'ala kulli hal ya ukhti..LUUUUVVVV UUUUU!!!
insyirah said…
salamullahialaik,
ya ukht,diriku tidak mengharapkan pujian dan sanjungan kerana sesungguhnya pujian dan sanjungan itu hanya milik Allah swt,diriku hanya hambanya,seinfiniti kesyukuran ku panjatkan pd Illahi krn mempertemukan aku dengan dirimu,benarlah sabda Nabi,ukhuwah itu indah apabila diikat dengan tunjang ikatan akidah islamiah,bila mana bertemu dan berpisah hanya kerana Allah,maafkan sgl salah silapku sepanjang diriku menjadi temanmu,Aku tidak punya hadiah untuk dihadiahkan buat menjadi milikmu,namun begitu Insyaallah namamu akan sentiasaku nukilkan dalam setiap panjatan doa-doa kudusku...uhibbuki fillah abadan abada..:)-insyirah-
Anonymous said…
syukran mayd..

syukur krn diri ini diingati oleh sahabat2...

ukhwah fillah fi abadan abada...
ex-A317 said…
assalamualaikum

"sahabat sejati,
bukan berada d sisimu hanya untuk ketawa,
tapi,
dia juga berada d sampingmu untuk mengingati Yang Maha Esa..."

- juz 4 u 'riangnya saat kita bersama, asyik senda dan bercerita'
<<<< HAYATI la lagu 'asyik' ni, istemewa sy tuju kt awak :)

- harap2 gelak2 n suka2 kita x melalaikan kita n tak melaghokan kita la eh...
- pape pun, thanks 4 evrythg.. nice to meet n know u
- ukhwah fillah abadan abada

Popular posts from this blog

Istikharah Cinta

doa nabi khidir

tarbiyah ruhiyyah