Followers

Thursday, June 18, 2009

part 2..azam baru!!sem baru!!tahun baru!!!

hari ini maka genaplah 17 hari aku berada dalam sem baru ini...

macam-macam dugaan,mehnah dan tribulasi yang ku tempuh...

sesekali jiwa meruntun hiba,tangis,pilu dan sedih mengenangkan nasib diri..

namun ku sedar yang bukan cuma aku yang diuji...sahabat-sahabat seperjuangan ku juga diuji..diuji olehNya dengan ujian yang berbeza berdasarkan firman Allah yang bermaksud :



[al'ankabut:2]
Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata:
“Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?


[al'ankabut:3]
Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian),
nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang
yang sebenar-benarnya beriman,
dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.






ahhh!!!

Hinanya aku andai ujian kecil tidak mampu untuk ditempuh...

mungkin ianya datang bertimpa-timpa sehinggakan aku sendiri tidak mampu menghadapinya dengan jiwa yang tabah...aku sangat lemah waktu...hanya DIA yang tahu...bahawa dalam hati ini ada tangis yang tak mampu diluahkan...

Namun,aku percaya dan yakin setiap ujian yang Allah kurniaan adalah merupakan nikmat tarbiyah istimewa buat hambaNya yang terpilih...

Aku bersyukur kerna diuji...alhamduliLlah...





mungkin ramai yang tidak sedar bahawa ianya tarbiyah dari Allah...dengan ujian yang menimpa silih berganti makin menguatkan lagi kaki ini di jalanNya...

biarpun ada ketika kaki dan langkah ini bagai terhenti hingga terduduk dan termangu sendiri...

makin bertambah sem, maka bertambah rumit juga subjek yang diambil..

hanya Allah yang tahu betapa sukarnya aku untuk memahami apa yang diajar..

almaklumlah pelajaran dalam BI..sedang aku dari sekolah menengah hanya didedahkan dengan terms dalam BM...tapi xpe...usaha perlu diteruskan...

kadang-kadang ada juga timbul rasa cemburu melihat "adik-adik" yang bijak-bijak,mudah menerima ilmu..bersih sungguh hati mereka...aku?????

mungkin hati ini sering dikotori..

astaghfiruLlahalAzim...

tiba-tiba aku teringat bait-bait kalamuLlah yang amat aku tersentuh...

[ali Imran:133] Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa;

[ali Imran:134] Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik;

[ali Imran:135] Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri,mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya).

[ali Imran:136] Orang-orang yang demikian sifatnya, balasannya ialah keampunan dari Tuhan mereka, dan Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) orang-orang yang beramal.

ku sedar daripada lamunan..akan ku cari keampunanMu ya Allah...

baru ku sedar, sungguh diri ini amatlah jauh dariMu..aku sering lalai dan leka dengan nikmat yang fana...mungkin ini lah balasan yang layak untuk kku selaku hamba yang hina...terima kasih Tuhan...tidak tergambar bahagianya aku pabila bersamaMu...terima kasih kerana menyedarkan aku...

akan ku tempuh hidup ini dalam menacari keredhaanMu Tuhan...


Ya Allah ....

hanya 1 pintaku daripadaMu...

kuatkan lah aku di jalan ini...

juga kurniakanlah aku kejayaan di dunia dan di akhirat...

biar apa jua yang aku lakukan,hanya yang terbaik daripadaMu yang ku harapkan...

amiin...


khas buat teman-teman...ujian hidup hanyalah satu nikmat kurniaan Allah buat kita semua..maka hadapilah dengan tabah,redha dan penuh keimanan...


insyaAllah pasti kenikmatan dan kebahagiaan bakal menjengah...


waLlahua'lam....


1 comment:

mizi_ said...

Assalamu alaikum

Maksud hidup kita ialah untuk mengenal ALLAH (ma'rifah) dan mengasihi ALLAH (mahabbah)

itulah 'ubudiah.

sebab itulah kita mesti belajar dan beriman kepada ayat-ayat ALLAH (untuk ma'rifah)dan merindui LIQA/bertemu dgn ALLAH (untuk mahabbah).

tanpa ini hidup tak bermakna.
kosong dan sia-sia...siksa

من أحب لقأالله أحب الله لقأه.
"Barangsiapa yang kasih nak bertemu dengan ALLAH ta'ala, Maka ALLAH akan kasih untuk bertemu dgnnya.."

...iman itu adalah kasih, dan bila sudah berkasih itu maka rindulah kepada Kekasih sepanjang hayat di dunia ini.....

fahamilah!

almizzi
http://sipsap359.blogspot.com/