tarbiyah ruhiyyah



apa itu "tarbiyah ruhiyah"????

adakah anda semua pernah mendengarnya???




ya!!!!


Tidak!!!!


jawapannnya ada pada anda...
tepuk dada tanya Iman....


tarbiyah merupakan satu proses pendidikan yang mampu mempengaruhi seseorang sehingga hatinya terasa puas dengan ilmu yang diajar...


ruhiyah pula bererti ruhani @ spiritual @ dalaman...


tarbiyah ruhiyah merupakan satu proses pendidikan yang membentuk roh dan jiwa agar sentiasa hampir dengan Pencipta Yang Satu-Allah s.w.t


PENTINGkah tarbiyah ruhiyah?????


sudah tentu.....
lebih-lebih lagi buat insan-insan terpilih yang dipilih oleh Allah untuk melaksanakan segala gerak kerja islam yang amat banyak dan tidak diketahui bila penghujungnya...


KEPENTINGAN TARBIYAH RUHIYAH


1) mencapai hati yang sejahtera dan sihat,terhindar daripada segala penyakit-penyakit yang bisa merosakkan hati.





berdasarkan hadith yg ke 6 dari hadith 40 yang bermaksud :


"dari abu abdullah al nu'man bin basyir r.a katanya :
aku mendengar rasuluLlah s.a.w bersabda :
sesungguhnya yang halal itu nyata dan yang haram itu nyata;
dan di antara keduanya ada perkara syubhah (kesamaran),
yang tidak diketahui oleh kebanyakan manusia.
maka barang siapa memelihara dirinya dari yang syubhah,
sesungguhnya dia memelihara agama dan kehormatannya,
dan barang siapa jatuh ke dalam perkara syubhah,
maka jatuhlah ia ke dalam yang haram
seperti seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan,
hampir sangat ternakannya di dalamnya.
ketahuilah!!!!
bahawa larangan Allah adalah segala yang haram...
ketahuilah!!!!
bahawa di dalam diri ada seketul daging
apabila ia baik,
maka baiklah seluruhnya.
apabila ia buruk,
maka buruk lah segalanya.
ketahuilah!!!!
itulah yang dikatakan "HATI".
(H.R Bukhari & Muslim)

2) meningkatkan kaimanan sehingga membolehkan kita mencapai tahap 'ihsan'.

3) ini adalah perjalanan kita menuju Ilahi,maka jalannya adalah taqwa...

apa pula taqwa????
bagaimana untuk mencapai tahap 'taqwa'????

ada 5 peringkat perlu dilalui.......

1) mu'ahadah - perjanjian dengan Allah...
di mana kita semua sudah berikrar bahawa hanya Allah yang disembah
dan tiada Tuhan selainNya...
maka wajib lah bagi kita untuk mengikut segala apa yang diperintahkan,
dan meniinggalkan segala larangannya

2) muhasabah - menghitung diri.
kita perlu sentiasa menghitung diri setiap masa.
kerana tanpa disedari kadang kala ada dosa yang tidak atau sengaja
dilakukan....
dengan muhasabah,kita boleh memperbetulkan salah dan silap kita..

3) mujahadah - bersungguh-sungguh.
dalam melakukan perkara kebaikan,
tidak dapat tidak untuk kita melarikan dari diuji
sehingga kadang kala terasa lemah dan ingin kembali kepada
perbuatan dosa dan maksiat.
maka amat penting untuk kita agar
sentiasa kuat di jalan yang penuh berliku ini.
[HUD:112]
"Oleh itu, hendaklah engkau (wahai Muhammad) sentiasa
tetap teguh di atas jalan yang betul sebagaimana yang diperintahkan kepadamu,
dan hendaklah orang-orang yang rujuk kembali kepada kebenaran
mengikutmu berbuat demikian;
dan janganlah kamu melampaui batas hukum-hukum Allah;
sesungguhnya Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan"

4) muradhabah- berasa malu dengan Allah
berdasarkan hadith yang ke 20 :
"dari abi mas'ud bin uqbah bin amru al ansari al badri r.a.
RasuluLlah s.a.w bersabda ;
bahawasanya setengah yang didapati manusi dari perkataan nabi yang terdahulu,
ialah apabila engkau tidak malu maka kerjakanlah
apa yang engkau kehendaki."
(H.R. Bukhari)

5) mu'aqabah- menghukum diri.
menghukum diri ini bukanlah menzalimi diri tetapi
menghukum diri dengan seauatu amalan yang boleh mendekatkan diri kita
dengan Allah setelah kita semua terlupa dan terlalai..
seperti berzikir,solat sunat dll....
cara ini sangat praktikal untuk membolehkan kita hampir kepadaNya..
InsyaAllah...
seperti firman Allah :

[AL 'ANKABUT : 69]

"Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh
kerana memenuhi kehendak ugama Kami,
sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami
(yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan);
dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah
adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya"

Maka dengan itu tercapailah kita kepada tahap taqwa...
biarpun jalannnya amat susah dan bukan senang untuk bertaqwa tetapi itu tidak mustahil..
bersama-samalah berusaha memperbaharui niat,pertingkatkan amalan dan menambahkan akaun pahala agar di sana kelak kita tidak akan menyesal.........

dan ingatlah...
biar siapa pun kita...
anak pensyarah,anak petani,anak usahawan...
biar daripada mana pun kita...
dari ceruk pedalaman dan mungkin dari bandar mewah dan besar...

kita tetap manusia biasa di sisiNya...
hanya yang membezakan kita adalah ketaqwaan...
maka marilah bertaqwa kepada Allah...
seperti dalam ayat yang bermaksud :

[ALHUJURAT : 13]
"Wahai umat manusia!
Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan,
dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak,
supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah
orang yang lebih taqwanya di antara kamu,
(bukan yang lebih keturunan atau bangsanya).
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya
(akan keadaan dan amalan kamu)"

jadilah insan yang berguna di dunia dan di akhirat...
tingkatkan amalan sunat dan teguhkan ibadat yang wajib...
jangan sesekali mensia-siakan hidup ini...
jiwa juga perlukan makanan...
bukan fizikal semata-mata...
so!!!!
wake up Muslim.......


BE THE BEST AMONG THE BEST!!!!!!!!!


Comments

Popular posts from this blog

Istikharah Cinta

doa nabi khidir