Followers

Friday, July 16, 2010

aib!!!!!

sumber ini diperoleh daripada : http://abuaiman.wordpress.com

SUMBER 1

Dalam hadis Muslim, suatu kisah berkaitan seorang lelaki datang kepada Nabi saw dan berkata:


“Wahai Rasulullah. Aku mengubati seorang wanita di hujung bandar.
Aku telah melakukan kepadanya (seks), cuma aku tidak menyetubuhinya.
Inilah aku, maka hukumlah aku apa yang engkau mahu.

Lalu ‘Umar (Ibn Khattab) berkata kepadanya:


“Allah telah tutupi keaibanmu jika engkau menutupi dirimu”.

Nabi saw tidak berkata apa-apa. Lalu lelaki itu bangun dan pergi.

Nabi saw menyuruh seorang lelaki memanggilnya dan membaca kepadanya

firman Allah (maksudnya)

“Dan dirikanlah sembahyang pada dua bahagian siang (pagi dan petang),dan pada waktu-waktu yang berhampiran dengannya dari malam. Sesungguhnya kebaikan itu menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat” (Surah Hud ayat 114).

Maka ada seorang bertanya: "Wahai Nabi Allah, ini khas untuknya sahajakah?"


Jawab Nabi saw:
Bahkan untuk manusia keseluruhannya”.

SUMBER 2

Al-Qaradawi telah menyebut dalam bukunya Min Fiqh al-Daulah fi al-Islam telah menyatakan:

"Kemungkaran itu mesti nyata dan dilihat."


Adapun jika pelakunya melakukannya secara sembunyian dari pandangan manusia

dan menutup pintu rumahnya,

maka tidak seorang pun boleh mengintip atau merakamnya

secara diam-diam dengan menggunakan alat elektronik atau

kamera video atau menyerbu rumahnya untuk memastikan kemungkarannya.

Inilah yang ditunjukkan pada lafaz hadis

“barangsiapa yang melihat kemungkaran, maka hendaklah dia mengubahnya….”

Dikaitkan kewajipan mengubah itu dengan melihat atau menyaksikan kemungkaran.

Tidak dikaitkan dengan mendengar tentang kemungkaran dari orang lain.

Ini kerana Islam tidak menjatuhkan hukuman kepada orang yang mengerjakan kemungkaran secara bersembunyi dan tidak menampakkannya.

Diserahkan hanya kepada Allah untuk menghisabnya pada hari kiamat.

Hisab ini bukan menjadi wewenang seseorang di dunia.

Sehinggalah dia melakukannya secara terang-terangan dan menyingkap keaibannya.

Bahkan hukuman Ilahi itu lebih ringan bagi orang menutupi kemungkarannya dengan menggunakan tabir Allah dan tidak menampakkan kederhakaannya sebagaimana yang disebutkan dalam hadis sahih: (bermaksud):

“Setiap umatku diberikan keampunan kecuali orang-orang yang menampakkan (dosanya)” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

PENGAJARAN

  1. Aib semua manusia perlu dijaga tidak kira ia muslim atau tidak
  2. Nabi SAW tidak mendedahkan keaiban orang lain selagi keburukan itu tidak dilakukan secara terang-terang.Walaupun berzina /maksiat seks itu adalah haram, namun Islam mengharamkan untuk mendedahkan aib orang lain yang bersifat peribadi selagi ia tidak mengancam keselamatan awam dan empunya diri berusaha menutupinya.
  3. Jangan cuba mengintip atau merakam kemungkaran orang yang dibuat dalam keadaan tertutup.

marilah sama-sama kita menjaga aib dan keburukan sahabat kita...
janganlah menceritakannya kepada orang lain,
tetapi bertemulah dengan sahabat itu sendiri jika dia tersalah...
kerana itu adalah lebih baik daripada menceritakannya kepada orang lain.
waLlahuA'lam...renung-renungkan dan selamat beramal... =)

No comments: