bismiLlahirRahmanirRahim... alhamduliLlahi Rabbil 'alamin... Allahumma solli 'ala saiyidina Muhammad alfatihi lima ughliqo wal khatimi lima sabaqa nasiril haqqa bilhaq wal hadi ila siratikal mustaqim wa 'ala alihi wa sohbihi haqqa qadrih wa miqdarihil 'azim... Perkongsian maksud salah satu qasidah hasil daripada al Imam Al Haddad...insyaAllah mudah-mudahan dapat dihayati...sungguh Allah Tuhan Yang Maha Esa...Allahu Akbar!!! "Qad kafani 'ilmu Rabbi" cukuplah bagiku pengetahuan Tuhanku, daripada permintaan dan usahaku, doa serta permohonanku, sebagai bukti kefakiranku... Oleh kerana rasa itu aku berdoa, pada saat aku senang dan susah, Aku adalah hamba, menjadi kebangganku, dalam kefakiran dan keperluanku... Wahai Tuhanku Yang Memiliki aku, Kau Maha Tahu akan keadaanku, dan apa yang berada dalam hatiku, dari kesedihan dan kesibukanku... Maka tolonglah aku dengan kelembutan, dari Mu wahai Tuhan seluruh hamba, wahai Tuhan Mang Maha Pemurah tolong...