Nur Selawat...


bismiLlahirRahmanirRahim...
alhamduliLlahi Rabbil'alamin...
wassolatu wassalamu 'ala asyrafil anbiyai wal mursalin wa 'ala alihi wa sohbihi ajma'in...

koleksi selawat untuk diamalkna bersama setiap saat dan ketika...mudah-mudahan mendapat keberkatan yang tidak terhingga...insyaAllah...bi izniLlah...

sukalah saya untuk mencatat beberapa kelebihan berselawat...

Kelebihan selawat mengikut para ulama

1) Memperolehi limpah rahmat dari Allah.
2) Ditulis sepuluh kebajikan.
3) Dihapuskan sepuluh kesalahan.
4) Diangkat sepuluh darjat.
5) Memperolehi kesempurnaan iman.
6) Menjauhi dari kerugian dan penyesalan.
7) Tergolong sebagai orang-orang yang soleh.
8) Mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.
9) Memperoleh syafaat Nabi s.a.w.
10) Memperolehi hubungan yang rapat dengan Nabi s.a.w.
11) Menghilangkan kesusahan dan melapangkan rezeki.
12) Melapangkan dada dan mententeramkan jiwa.
13) Menghapuskan dosa dan menutupkan aib.
14) Terselamat dari kebingungan di hari kiamat.
15) Menjadi sedekah bagi yang tidak mampu (orang miskin pun boleh dapat pahala sedekah)
16) Terhindar dari kefakiran.
17) Dipandang sebagai orang yang mencintai Nabi Muhammad s.a.w.
18) Memperolehi keberkatan dalam hidup.
19) Terhindar dari orang-orang bakhil.
20) Menjadikan sebab doa diterima oleh Allah s.w.t.
21) Memudahkan jalan bagi memasuki syurga.
22) Menjadi zakat dan pembersih diri.
23) Memperolehi selawat dari Allah dan para malaikat.
24) Memperolehi pujian seluruh makhluk di bumi dan langit.
25) Memenuhi hak Nabi sebagai suatu tugas ibadah.
26) Memperolehi petunjuk dan menghidupkan hati.
27) Tergolong dalam orang-orang yang tidak melupai Nabi Muhammad s.a.w.
28) Menghilangkan rasa dahaga dan panas matahari di Padang Mahsyar.
29) Dapat meneguhkan telapak kaki ketika meniti Titian Siratul Mustaqim di akhirat.
30) Terkabul segala hajat dan cita-cita.


1)SELAWAT MUNJIYAH




2)SELAWAT JIBRIL

3)SELAWAT FATIH
Selawat ini berasal dari Sayyid Abu Al-Mukarim Syed Muhammad Syamsuddin bin Abi Hassan Al-Bakri r.a.
Diantara kelebihannya ialah diampunkan dosa kecil, tenteram jiwa dan hati,

dimurahkan rezeki, diselamatkan keluarga dan kesusahan seterusnya memudahkan jodoh
.

4)SELAWAT TAFRIJIYAH

Selawat Nariyah disebut juga selawat “Tafrijiyyah” yang ertinya terbuka sehingga menjadi lapang.Selawat ini jika diamalkan dapat menghilangkan kesempitan dengan izin Allah SWT.
Bagi seseorang yang
menginginkan agar kehidupan sehariannya berjalan lancar, jauh dari gangguan dan persaingan sebaiknya dia mengamalkan selawat Nariyah dengan membacanya selepas solat fardhu sebanyak yang dia mampu.


5)SELAWAT DALAM TASYAHUD AKHIR


6)SELAWAT SYIFA'


Khasiat Selawat Syifa' ini, apabila dibaca tiap-tiap hari, maka :
1. Menyihatkan jasmani dan rohani.
2. Diberi keselamatan di dunia dan akhirat.
3. Hati menjadi terang benderang, dapat melihat mana yang hak dan mana yang salah.
4. Tubuh menjadi kuat, tidak mudah terkena pengaruh yang merosakkan.

WALLAHUA'LAM...

selamat beramal...

Comments

Anonymous said…
sholawat lepas tasyahhud akhir dinamakan sholawat ibrahimiyyah...
selawat faatih byk kelebihan kan.syukran2
zunnurain said…
Yup! btol 2..n semua selawat ade klbihan...sama2 amalkan selawat selalu dalam kehidupan seharian kite...

Popular posts from this blog

Istikharah Cinta

doa nabi khidir

tarbiyah ruhiyyah