"...fazkuruniii azkurkum..."




bismiLlahirRahmanirRahim...
alhamduliLlahi Rabbil 'alamin...
"Allahumma solli 'ala saiyidina Muhammad alfatihi lima ughliqo
wal khatimi lima sabaqa nasiril haqqa bil haq
wal hadi ila siratikal mustaqim
wa 'ala alihi wa sohbihi haqqa qadrih
wa miqdarihil 'azim..."

firman Allah dalam surah albaqarah ayat 203-204 yang bermaksud :

[203]
Dan sebutlah kamu akan nama Allah (dengan takbir semasa mengerjakan Haji) dalam beberapa hari yang tertentu bilangannya. Kemudian sesiapa yang segera (meninggalkan Mina) pada hari yang kedua, maka ia tidaklah berdosa dan sesiapa yang melambatkan (meninggalkan Mina) maka ia juga tidaklah berdosa; (ketiadaan dosa itu ialah) bagi orang yang bertaqwa dan hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah dan ketahuilah sesungguhnya kamu akan dihimpunkan kepadanya.
[204]
Dan di antara manusia ada orang yang tutur katanya mengenai hal kehidupan dunia, menyebabkan engkau tertarik hati (mendengarnya), dan ia (bersumpah dengan mengatakan bahawa) Allah menjadi saksi atas apa yang ada dalam hatinya, padahal ia adalah orang yang amat keras permusuhannya (kepadamu).

tulisan kali ini berkaitan dengan zikir (mengingati Allah)...

SOALAN : Dalam sehari berapa banyak kita berzikir? (tepuk dada tanya iman)...

sekadar perkongsian yang diperoleh daripada satu majlis yang sangat mulia...oleh Habib Umar..

"sesungguhnya dengan mengingati Allah, hati-hati akan menjadi tenang"

ketahuilah sahabat, bahawa dengan selalu berzikir menyebut nama Allah, Allah juga akan sentiasa menyebut nama kita. perumpamaan mereka yang berzikir dengan yang tidak berzikir seperti hidup dan mati...begitu juga perumpaan rumah yang dipenuhi dengan zikruLlah bagaikan rumah yang hidup dan begitulah sebaliknya... di manakah nilaian kita??? mahukah kita mati sebelum tiba ajal...?

dikatakan lagi oleh habib bahawa rumah yang adalah rumah yang tidak tahu menilai kemuliaan agama, rumah yang penghuninya tidak pernah membaca alquran hanya dijadikan sebagai hiasan semata dan tidak pernah sekalipun membicarakan tentang sunnah nabi Muhammad S.A.W. Rumah yang mati ini menggantikan ayat-ayat Allah dan sunnah kenabian dengan perkataan fasiq (dosa) dan lagho (sia-sia) dan menggantung di dindingnya gambar-gambar yang dibenci Allah yang tak sepatutnya ditampal.

dalam surah al ahzab ayat 34, Allah berfirman yang bermaksud :

"dan ingatlah apa yang dibacakan di rumahmu dari ayat-ayat Allah dan hikmah sunnah Nabimu. Sungguh, Allah Maha Lembut dan Maha Mengetahui"

Habib juga ada memberi contoh tentang kawasan perumahan di Tarim, Hadhramaut di mana setiap penghuni nya memperdengarkan bacaan surah yasin atau dengan zikir mengingatiNya...maka pahala juga diperoleh oleh orang yang melalui kawasan perumahan itu hanya dengan mendengar kalimah-kalimah suci itu...subhanaLlah!!! cuba kita bandingkan dengan kawasan perumahan kita...yang kebanyakannya membicarakan hal-hal yang lagho dan sia-sia. Na'uzubiLlah...

renungi firman Allah dalam surah al Qasas ayat 55 yang bermaksud :
Dan apabila mereka mendengar perkataan yang sia-sia, mereka berpaling daripadanya sambil berkata: “Bagi kami amal kami dan bagi kamu pula amal kamu; selamat tinggalah kamu; kami tidak ingin berdamping dengan orang-orang yang jahil”.

dan di antara tanda orang-orang yang berjaya ialah mereka yang menjauhi perbuatan yang sia-sia seperti firman Allah dalam surah almukminun ayat 3 yang bermaksud :

"dan orang yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia dan tidak berguna"

akhir kalam sebagai peringatan dan renungan bersama, marilah kita sebagai orang yang beriman yang percaya kepada Allah Yang Maha Agung, banyakkanlah berzikir mengingatinya dalam keadaan bagaimana sekalipun dan dalam bentuk apa sekalipun. yang penting jangan sesekali membiarkan hati kita jauh daripadaNYa...Allah berfirman dalam surah ali-Imran ayat 191:
(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): “Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka".

sentiasa berdoa, bermunajat dan memohon ampun kepadaNya...denagn penuh khusyu' dan tawadhu' serta dengan penuh pengharapan kepadaNya...Allah sangat rindu mendengar rintihan hambaNya.

sedarkah kita doa yang kita baca dalam duduk anatara 2 sujud sangat-sangat memberi makna dan kesan yang mendalam kepada jiwa andai ku=ita memahami maksudnya iaitu...

Rabbighfirli-ya Allah ampunkan aku,
warhamni-dan rahmati aku,
wajburni-dan peliharalah aku,
warfa'ni-dan tinggikan aku,
warzuqni-dan berikan aku rezaki,
wahdini-dan berilah hidayah kepadaku,
wa'afini-dan sihatkan aku,
wa'fu 'anni-dan maafkan aku...

cantik dan indah doa yang dibaca, mudah-mudahan Allah sentiasa makbulkan setiap permintaan kita.maka bersangka baiklah dengan Allah dalam apa jua keadaan sekalipun...

selain itu,kita hendaklah menjadikan rasuluLlah s.a.w sebagai qudwah hasanah, mengikut, memahami serta menghayati sunnah baginda serta mengamalkannya dalam kehidupan seharian sebagaimana Allah berfirman dalam surah al ahzab ayat 21 :
Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)

serta banyakkan lah selawat dan beramallah selagi masa masih ada agar kita tidak akan menyesal nanti.semoga kita semua sentiasa berada di bawah lindungan rahmat dan kasih sayangNya...insyaAllah...waLlahuA'lam...



Comments

Nur said…
Salam ziarah yaa ukthie : )

Popular posts from this blog

Istikharah Cinta

doa nabi khidir

tarbiyah ruhiyyah