KORBAN dan KITA....



assalamualaikum..

ingin ku kongsikan tatapan ini buat teman semua...

mungkin agak terlewat memandangkan sudah beberapa hari yang lepas mengerjakan solat sunat aidil adha...namun,besarlah hati andai kisah ini diambil pengajaran...

selesai solat,aku mengambil kunci kereta dan menuju ke surau dengan harapan ingin menyaksikan satu aksi secara 'live'..acara menumbangkan lembu..namun apakan daya,setibanya aku di surau..2 ekor lembu telah selamat disembelih..namun,seekor daripadanya masih nyawa-nyawa ikan,menunggu masa untuk 'pergi'...melihatkan lembu itu,bagai berperang dennagn kesakitan...aduh!!! seekor lembu jua punya perasaan...bagaimana kita manusia...sakitnya mati hanya Allah yang tahu...

"Ya Allah....moga mati kami nanti dalam husnul khatimah....amiin..."

jiran-jiranku merangkap pak cik-pak cik (kawan abah) bertungkus lumus..inilah semangat kejiranan yang harus dititikberatkan..masing-masing berkorban perasaan,tenaga dan masa...
keadaan waktu tu agak panas dengan sinaran mentari yang terik,namun mereka tetap bersemangat...inilah yang dikatakan 'bersatu teguh,bercerai roboh'...


bersungguh-sungguh pak cik-pak cik ni mencabut kulit
si lembu yang baru saja disembelih
seakan bernyawa lagi lembu tu...

korban di pagi hari ini mengingatkan aku pada kisah nabi Ibrahim a.s serta anaknya Ismail a.s...kedua-duanya berkoraban kasih,cinta dan sayang...kasih ayah pada anaknya...namun,kerana yakin dengan perintah Allah Yang Maha Bijaksana..diturutkan jua...namun,kita bagaimana????
bagaimana kita meninggalkan perkara yang kita cintai untuk Allah...?????
adakah kita sanggup???
tepuk dada tanyalah Iman...




banyak darah yang mengalir

kerja melapah telah dimulakan



semangat kerjasama dan berpasukan


mata yang sudah terpejam..maka gelaplah dunia..
namun,bilakah masa kita????
pasti akan tiba jua....

ingatlah...
bila izrael datang memanggil...
jasad terbujur di perbaringan...
seluruh tubuh akan menggigil...
sekujur badan kan kedinginan...

tiada lagi gunanya harta
kawan karib
sanak saudara

jikalau ada amal di dunia
itulah hanya pembela kita..

janganlah mahu disanjung-sanjung..
engkau digelar manusia agung
sedarlah diri tahu dek untung
sebelum masa keranda diusung...


lembu yang dikorbankan...
bila pula kita ingin mengorbankan diri untuk Islam tercinta????
tepuk dada tanya Iman...

Hari demi hari berganti
Bertahun tak terasa telah berlalu
Entah sampai bila hidupmu
akan Allah berikan seperti ini

Lihat sahabat dan saudara

Atau ayah ibu anak dan isteri
Tiada yang dapat menghalang
Kembali pada Allah yang Maha Kuasa

Persiapkanlah dirimu

untuk hari muka yang abadi
Tiada guna harta dan zuriat
Di hadapan yang Maha Perkasa

Kematian adalah suratan

Semua yang bernyawa
Nescaya akan merasakannya
maut tidak akan menanti kita...
MAKA...
bersiap sedialah dari sekarang....

mungkin esok,lusa.....
mungkin sebentar lagi.....
dan mungkin jua detik ini!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


"apabila datangnya ajal,maka tidak akan lewat sesaat
dan tidak akan awal walau sesaat"

waLlahuA'lam...
sekadar perkongsian dan renungan bersama...
jangan lah kita terlalu mengejar cinta dunia...kerana hidup tak selamanya...
kejarlah hidup yang abadi di sana bersamaNYA...
nescaya bahagia selamanya....
amiin....

Comments

satuhala said…
Assalamu'alaikum.. Sesungguh saudari benar-benar mengambil pengajaran dan berkongsi dengan kami yang melihat ibadah tersebut hanya ritual amalan semata-mata.. terima kasih kerana mengingatkan kami terutamanya saya yang alpa.. teruskan berjuang dan mari kita menyeru umat Islam supaya bersatu di dalam jemaah yang bersama mentauhidkan Allah dan menolak perbezaan yang meisahkan kita.. TQ kerana berkongsi pengalaman.. wassalam...

Popular posts from this blog

Istikharah Cinta

doa nabi khidir

tarbiyah ruhiyyah