Posts

Showing posts from November, 2009

KORBAN dan KITA....

Image
assalamualaikum.. ingin ku kongsikan tatapan ini buat teman semua... mungkin agak terlewat memandangkan sudah beberapa hari yang lepas mengerjakan solat sunat aidil adha...namun,besarlah hati andai kisah ini diambil pengajaran... selesai solat,aku mengambil kunci kereta dan menuju ke surau dengan harapan ingin menyaksikan satu aksi secara 'live'..acara menumbangkan lembu..namun apakan daya,setibanya aku di surau..2 ekor lembu telah selamat disembelih..namun,seekor daripadanya masih nyawa-nyawa ikan,menunggu masa untuk 'pergi'...melihatkan lembu itu,bagai berperang dennagn kesakitan...aduh!!! seekor lembu jua punya perasaan...bagaimana kita manusia...sakitnya mati hanya Allah yang tahu... "Ya Allah....moga mati kami nanti dalam husnul khatimah....amiin..." jiran-jiranku merangkap pak cik-pak cik (kawan abah) bertungkus lumus..inilah semangat kejiranan yang harus dititikberatkan..masing-masing berkorban perasaan,tenaga dan masa... keadaan waktu tu agak panas den...

Persinggahan

Image
assalamualaikum pembuka bicara... kalam dimulakan, madah berbicara... tersentuh hati mendengar sebuah lagu... hingga bisa menitiskan air mata yang mudah saja mengalir ke pipi... namun, diri ini amat mengerti bahawa... tiadalah airmata itu mengalir melainkan hanya keranaNya... dengan penuh keazaman, ku tahankan ia daripada mengalir... Sekian lama hidup di kegelapan, Teraba-raba tanpa tujuan, Akal dan budi seakan tak berfungsi, Ke manakah diri?? Apa diturut kehendak yang meronta, Menyeksa badan membakar jiwa, Syaitan dan nafsu meracun dalam diri, Renungkanlah ini, Kita sekadar di persinggahan, Pasti kembali pada yang menciptakan, Ombak dan badai lumrah kehidupan insani, Jangan mengeluh jangan berputus asa, Insaflah semua darinya jua, Jangan biarkan diri terkorban dengan dunia……. Pada Ilahi bantuannya menanti, Iman dan takwa yang sejati, Itulah bekalan diri….. Do’a senjata mereka yang beriman, Tuhan Pencipta Mah...

"bacalah....."

Image
"LANGIT ILAHI"... Buku yang merungkai segala-galanya... Sesuai untuk dibaca bagi semua peringkat umur... Carilah buku ini kerana anda akan dapat sesuatu yang lain daripada yang lain....Untuk kita mengenali diri dan menyedari hakikat sebenar kehidupan. Antara buku yang memberi 1001 kesedaran kepada diri ini. Bacalah..... Anda pasti tidak akan menyesal, malah mendapat 1 semangat baru untuk terus hidup dan maju ke hadapan. WaLlahuA'lam... Cover buku ni.. Hilal Asyraf nama penulis. Antara isi kandungan buku.. Cover belakang buku Tamat pasal buku yang bertajuk "Langit Ilahi"... Ni nak cerita pasal buku yang ke 2..buku ni pemberian yang amat bermakna daripada seorang teman.Walaupun saiznya kecil tetapi kandungannya amat bermakna,mengandungi amalan-amalan tambahan yang boleh mendekatkan diri kita kepada RasuluLlah s.a.w. seterusnya menghampirkan kita pada Tuhan Yang 1. Buku ni mengandungi zikir, selawat dan amalan-amalan lain yang sesuai untuk diamalkan.. (" Hadit...

mencari CINTA

bertemu CINTA terAGUNG di dalam sujudku asyik menyanjung umpama pengembara di malam gelita teduh cintanya menerangi jiwa... oooo.... sekian lama terbiar dalam belantara hidup nan liar di bukit ku tersepit di lembah terhina hidup yang perit mengajarku mencari CINTA oh ku sangka teguh kiranya masih rapuh ku sangka mudah namun amat payah ku sedar semua pasti ada akhirnya moga akhir ku berselimut CINTA... CINTA AGUNGNYA...

bila hati berbicara (2)

ya Allah... aku sering bertanya pada diri di mana letaknya hatiku ini..?? malang bagiku... tiada jawapan yang ku temui mungkin... letaknya hati dalam jasadku.. namun aku tidak bisa melihatnya.. aku hanya mampu menilai dan merasa... yang mana masih belum pasti keadaannya... ya Allah... sungguh aku tak bisa menjaga nya... sukar bagiku membelai dan menatangnya bagai minyak yang penuh ahh!!!! aku sering sahaja tewas... nafsu seringkali menandingi hati yang satu... kenapa sukar bagiku menjaga nikmatMu yang tak terhitung nilaiannya??? adakah aku terlalu ego... mungkin aku sudah tidak punya perasaan?? aku buntu... hati ku mungkin tak seperti hati-hati lain yang bersih... dari sebarang noda dan titik hitam... suci... dari debu yang menyesakkan... hinanya aku miliki hati seperti itu... ya Allah... ampunkan aku... sungguh aku lalai dan leka dengan dunia ini yang hanya medan persinggahan entah bila penghujungnya mungkin esok... lusa... aku tak tahu... hati yang Kau hadiahkan padaku telah tercemar...

Indahnya hidup bersama Al-Quran

Berkata Abdullah bin Mubarak Rahimahullahu Ta'ala : Saya berangkat menunaikan Haji ke Baitullah Al-Haram, lalu berziarah ke makam Rasulullah sallAllahu 'alayhi wasallam. Ketika saya berada disuatu sudut jalan, tiba-tiba saya melihat sesosok tubuh berpakaian hitam yang dibuat dari bulu. Ia adalah seorang ibu yang sudah tua. Saya berhenti sejenak seraya mengucapkan salam untuknya. Terjadilah dialog dengannya beberapa minit. Dalam dialog tersebut wanita tua itu , setiap kali menjawab pertanyaan Abdulah bin Mubarak, dijawab dengan menggunakan ayat-ayat Al-Qur'an. Walaupun jawapannya tidak tepat sekali, akan tetapi cukup memuaskan, kerana tidak terlepas dari konteks pertanyaan yang diajukan kepadanya. Abdullah : "Assalamu'alaikum warahmatu Allahiwabarakaatuh" Wanita tua : سَلَـٰمٌ۬ قَوۡلاً۬ مِّن رَّبٍّ۬ رَّحِيمٍ۬ Maksudnya : Ucapan salam sejahtera dari Tuhan Yang Maha Mengasihani (Yasin : 58) Abdullah : Semoga Allah merahmati anda, mengapa anda ...