Followers

Friday, July 3, 2009

ALLAH amat sayangkan dia...(Allahyarham nabil).

assalamualaikum...

mesej yang baru saja diterima mengejutkan aku dari lamunan...tanpa ku sedari..titik-titik mutiara mengalir di pipi...

naza : nape kak?
aku : dia dah pergi......(nada sedih)
naza : siapa kak?
aku : nabil....
naza : sabar ye kak....
aku : hmmm...

sungguh aku tak sangka dia pergi begitu awal pada usia yang sangat muda...bagi seorang insan yang bergelar remaja,aku pasti dia juga punya keinginan dan impian...namun Allah lebih sayang kan diirinya...sangat menyayangi dirinya....

dia???

siapa dia???

dia diberi nama mohd nabil b marwan...
yang bermaksud yang cerdik,mulia,mahir,bijaksana,seseorang penuh kehormatan...

nama yang cukup mulia semulia pemiliknya..secara jujurnya aku tidak pernah mengenali insan ini secara mendalam...aku hanya mengenalinya kerana semasa menuntut di Darul Quran,dia memegang taklifat sebagai ketua biro tarbiyah dan kerohanian IQRAC 06/07 dan IQNIG serta pernah dianugerahkan pelajar paling baik akhlak (kalau tak salah) sempena IQAS...memiliki kelebihan yang tidak semua orang memperolehinya..suara yang lunak dan merdu..digunakan untuk berdakwah..subhanaLlah....kurniaan Allah buat hambaNya...moga setiap bait lagu yang dinyanyikan sepanjang hidupnya diberkati oleh Allah...alhamduliLlah...dia menggunakan nikmat Tuhan itu sebaiknya...

aku dapat merasakan bahawa insan ini sungguh mulia dan terpuji akhlaknya...wajah nya yang sentiasa murah dan manis dengan senyuman serta kesan hitam di dahi meyakinkan lagi bahawa dia seorang insan yang baik,hamba yang soleh dan sentiasa menginsafi diri...anak yang patuh kepada ibu bapa,sahabat yang penyayang dan ikhlas dalam persahabatan..barangkali tiada sifat yang keji..berakhlak dengan sifat mahmudah...subhanaLlah...masih ada insan sebaik ini di dalam zaman yang serba canggih ini...

bukan niat di hati untuk memuji dan membesarkan insan ini..namun ini lah ciptaan Allah...rahmat Allah buat hambaNya..Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang...hidayah dan taufiq yang dihadiahkan buat insan ini amat disyukuri dan dijaga sebaiknya...malah keimanan dan ketaqwaan yang terpancar dalam setiap tingkahnya menunjukkan betapa syukurnya dia dilahirkan sebagai seorang Islam...tidak seperti insan lain yang sentiasa lalai dan leka dengan nikmat dunia yang entah sampai bila keseronokannya....

ujian yang diberi amat hebat...hanya mereka yang benar-benar beriman sahaja yang mampu menghadapinya...derita sakit yang ditanggung agak lama tidak pernah mematahkan atau mengurangkan sedikit rasa kehambaanNya...malah ujian itu menguatkan lagi dirinya...mata yang melihat sudah merasakan betapa sakitnya dia...namun,diri yang mengahadapinya lebih-lebih lagi merasainya...namun dia tabah..sangat tabah...ya Allah...hebatnya ujianMU....ujian hebat buat orang yang hebat...

dan akhirnya Allah terlalu sayang dan rindu untuk bertemu hambaNya ini..maka ditarik nyawanya jua pada tanggal 2 julai 2009 bersamaan hari khamis malam jumaat...berkatnya pengakhiran hidupnya di dunia...pergi pada malam jumaat....subhanaLlah...aku yakin pasti ramai yang menangisi pemergiannya,namun Allah lebih menyayanginya melebihi sayang kita padanya...sama-samalah doakan yang terbaik buat dirinya...moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para solihin...amiin ya Rabb...


niat di hati tidak lain hanya ingin mengajak sahabat-sahabat untuk sentiasa menginsafi diri...

hidup kita di dunia tidak kan kekal selamanya..

mungkin esok atau lusa kita akan pergi menghadapnya...

jadi,selagi ada masa marilah sama-sama muhasabah diri dan kembalilah ke jalanNya...masih belum terlambat untuk kita semua menginsafi diri...

"semasa kamu dilahirkan,kamu menangis sedang orang lain tersenyum gembira dengan kelahiranmu,peprjuangkanlah hidup ini sehingga pada saat kamu meninggalkan dunia,kamu pula yang tersenyum sedang orang lain menangis kerana pemergianmu"

insyaAllah...

orang yang paling bijak adalah orang yang sentiasa mengingati mati......

MATI
MATI
MATI
MATI
MATI

bersedialah....................................................

maga kita tidak tergolong dalam golongan yang rugi...amiin...

waLlahua'lam.....

4 comments:

shakir said...

Setiap yang hidup akan mati. Bertemu dan berpisah kerananya. Moga kita akan bertemu dgnnya di syurga yang kekal abadi. Ameen.

عبيدالله said...

amin...betul,gunakanlah setiap saat yang ada kerana Allah...sesungguhnya mati itu hampir dan semakin hampir...

lepas ni xleh baca dah blog us,sebab kak ambik laptop malam ni...

assyidah said...

semoga beliau ditempatkan dalam kalangan orang2 yang beriman dan beramal soleh..

nurseri said...

Moga istiqamah dlm jalan untuk tegakkan Islam..tidak berundur walau badai melanda..InsyaAllah, rahmat Allah bersama kita..doakan akak jgk