zaman dah berubah.....
post ini dicopy dari harakahdaily.net khas buat tatapan semua pembaca... HAYATIlah kandungannya... PRK Manek Urai: Membangun Bersama Islam lawan 1Malaysia Haji Wan Abdul Rahman Wan Ab. Latif Mon | Jul 13, 09 | 11:17:26 am MYT Pengenalan Penganalisis politik khususnya dari luar Malaysia senantiasa merujuk bahawa hubungan antara PAS dan Umno adalah merupakan satu hubungan yang bersifat permusuhan. Maka lahirlah istilah seperti 'musuh tradisi' (traditional enemies) apabila merujuk kepada hubungan politik antara PAS dan Umno. Dari sudut pilihan raya ia amat difahami kenapa hubungan tersebut terbina. Ini adalah disebabkan kedua-dua parti milik orang Melayu ini bertarung untuk mendapatkan undi dari kelompok etnik yang sama iaitu etnik Melayu. Menguasai pengundi Melayu juga bermakna menguasai pentas utama politik Malaysia berdasarkan taburan kerusi pilihan raya (khususnya Parlimen) di mana...