Followers

Thursday, June 13, 2013

"Maka nikmat Tuhanmu yg manakah yg telah kamu dustakan!!!"

bismiLlahirRahmanirRahim...

AlhamduliLlahi Rabbil 'alamin...
Allahumma solli 'ala saiyidina Muhammad 
wa 'ala alihi wa sohbihi wa sallim...
Sungguh! Allah telah berfirman dalam alquran tentang ibadah solat...

Sejauhmanakah nilaian solat kita pada pandangan Allah??? (Tepuk dada tanya Iman)


Pernah terdengar ada orang mengatakan, untuk menilai akhlak seseorang (sama ada lembut atau kasar, baik atau tidak), maka perhatikanlah gerak-geri dalam solat mereka... Andai elok, maka eloklah juga akhlak mereka... Pernah, saya mempunyai seorang teman rapat yang perwatakannya agak kasar. Namun begitu, sy sangat berasa tenang melihat solat beliau... Kadang-kadang hati juga rasa tersentuh melihat gerak solat yang dikerjakan oleh beliau... Sungguh! Kita tidak boleh menilai seseorang pada luarannya sahaja... Ayuh!!!! Lihatlah seseorang pada solatnya...

"SOLAT TIANG AGAMA..." 
Hipothesis: Baik solat seseorang, maka baiklah agamanya (termasuk akhlak)...

Mudah-mudahan Allah menerima solat kita semua kerana solatlah perkara pertama yg akan dihisab kelak... Andai solat kita tidak baik, wajarkah Allah menerima amalan-amalan kita yg lain (ya Allah... Terimalah solat dan amalan kami)

Antara cara untuk mendapatkan rasa khusyuk dalam solat adalah dengan memahami maksud bacaan yg dibaca (mula dgn Doa Iftitah sehingga Tahiyat akhir)... Setiap lafaz kata yg diungkapkan haruslah difahami seterusnya dihayati agar pada ketika solat itu, hati berasa hampir sahaja dengan Allah (Sungguh!!! Tidak tergambar rasanya andai saat itu datang menjengah)

Selain itu, cara yg terbaik untuk mendapatkan khusyuk adalah dengan mengerjakan solat di rumah Allah (masjid, surau dan yg sewaktu dengannya)... Dan tempat yg paling mulia iaitu Masjidil Haram dan Masjidin Nabawi (Haramain)... Kenapa rasa tenang ya??? Sudah tentu kerana ini adalah rumah Allah... Allah Maha Melihat dan Maha Mengetahui... Allah Tahu kesungguhan hambaNya yg ingin melaksanakan kewajipan solat dengan bersungguh-sungguh dan dengan niat yg ikhlas insyaAllah... Dengan pandangan rahmat Allah pada kita, hati kita lalu bagaikan terpukul dengan 1 perasaan yg tidak dapat digambarkan, mungkin ini juga adalah 'ihsan'... Kita solat kerana kita tahu kita sedang diperhatikan oleh Allah... AllahuAkbar!! Sungguh beruntung bg mereka yg telah merasainya (Allahummaj'alna minhum)... Bagi yg belum, ayuh teman!!! Marilah kita mengerjakan solat secara berjemaah di masjid dan surau.... Sungguh!!!! Kamu pasti tidak akan rugi walau sedikitpun... Percayalah teman... Tidakkah kita mahu Allah bersama kita dalam setiap keadaan??? Allahu Akbar!!!

Dan antara cara yg terakhir ialah solat denagn berimamkan org yg soleh... Satu perkara yg sangat istimewa Allah kurniakan buat hambaNya yg terpilih ialah, Allah campakkan rasa 'zuq' dalam hati-hati pendengar bacaan alquran seseorang... Rasa tu bukan dibuat-buat dan bukan kerana suara imam yg terlalu merdu dan lunak sehingga membuai-buai hati insan yg mendengar. Namun, perasaan itu lahir dari niat ikhlas insan yg membacanya... Hasil dari rahmat Allah pada kita semua... It's truly amazing... Kadang-kadang kita tengok orang tu biasa je. Tapi bila jadi imam, masyaAllah... SubhanaLlah... Hati bagaikan tersentuh, setiap bait lafaz kalimah Allah yg dibacakan bagaikan menusuk kalbu, mampu difahami dan dihayati maksudnya sehingga adakalanya mampu menitiskan air mata insan lain yg mendengar... Hebatnya ALLAH!!!! (Allahummaj'alna minhum)... Hati pernah terfikir, mungkin hubungannya yg rapat dengan Allah dan hatinya yg bersih, menyebabkan org lain mampu untuk terasa dengan bacaannya... ALLAH.... Sungguh benarlah Engkau Maha Berkuasa.....

Akhir kalam.... Marilah menjadi hamba...
Mulakan dengan perbaiki solat kita... Mudah-mudahan Allah sentiasa bersama kita... amin...
~JOM JADI BAIK (^^,)



Saturday, June 8, 2013

aku tanpa dia

angin...
nyaman...
damai...
tenang...
di mana aku?

sepi...
sendiri...
aku di sini...
dan akan tetap di sini...

biarkan ia pergi...
jauh...
tak kembali lagi...
aku sepi disini...

sepi...
namun tenang...

aku adalah aku...
tenang aku
tanpa dia...
terimalah aku di sini...
kerana aku akan tetap di sini...

menghirup udara nyaman
menongkah badai
melawan arus yang deras

jejakku masih di sini
biar dia tiada di sisi
aku bahagia...
semakin bahagia...
tanpa dia...

kerana.....

aku ingin berjumpa DIA....
tidak pantas aku membawa dia bersama-samaku nanti....
harapanku agar dia pergi jauh saat aku bertemuMu nanti...

"Rabbana zalamna anfusana wa in lam taghfirlana wa tarhamna lanakunanna minal khasirin"

p/s: Siapa dia? @ Apakah dia...?????

dia adalah dosa yang banyak...dosa yang banyak akan dihapuskan andai kita bertaubat..yakinlah dengan rahmat dan kasih sayang Allah yang Maha Pengampun...

andai seseorang itu pernah melakukan dosa, jangan terus menghukum...kerana boleh dia lebih mulia daripada kita seandainya dia bertaubat...

ayuh sahabat!!!

lakukan TRANSFORMASI diri...('anda mampu mengubahnya!')

"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yg mengawasi dan menjaganya (dari sesuatu yg bahaya) dengan perintah Allah. 
Sesungguhnya Allah tidak mengubah sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yg ada pada diri mereka sendiri" [Ar Ra'du: 11]

waLlahuA'lam



Puak 'KIRI' :-)

assalamualaikum pembuka bicara...

siapa yang rasa dia kidal, senyum.... (^_^)


teringin sangat nak tahu personaliti orang kidal, ataupun orang yang lebih cenderung untuk menggunakan tangan kiri terutamanya semasa menulis berbanding tangan kanan...

kenapa ya boleh ada manusia kidal??? padahal ini bukan genetik...

dan, kalau perasan...selalunya dalam setiap keluarga, mesti akan ada seorang yang kidal...(and i'm the chosen one)...

itulah kuasa Allah...
firman Allah:
".....waLlahu ya'lamu wa antum la ta'lamun"...(Maha Hebatnya Allah..SubhanaLlah!!!)

di sini, nak berkongsi sikit dengan pembaca-pembaca semua...(selamat membaca)

Secara amnya manusia kidal lebih menguasai otak di sebelah kanan. Ini adalah kerana otak kita berfungsi secara menyongsang iaitu otak sebelah kiri menguasai bahagian tubuh badan yang di sebelah kanan dan otak sebelah kanan pula menguasai bahagian tubuh badan yang di sebelah kiri.


Otak kanan berfungsi dalam hal persamaan, khayalan, kreativiti, bentuk atau ruang, emosi, muzik dan warna. Daya ingatan otak kanan bersifat panjang (long term memory). Bila terjadi kerosakan otak kanan misalnya pada penyakit stroke atau tumor otak, maka fungsi otak yang terganggu adalah kemampuan visual dan emosi misalnya.

Dengan itu, individu kidal lebih kreatif dan bersifat seni berbanding individu tangan kanan.

Boleh dikatakan, orang kidal minat sangat dengan seni, sama ada muzik, lukisan atau penulisan.

Bukan mudah untuk menjadi orang kidal sebenarnya. Banyak juga ujian dan dugaan yang mesti ditempuh. Kebanyakan individu kidal mudah berasa cemas dan malu apabila melakukan kesilapan. Kaitannya dengan otak kanan manusia yang mengawal emosi.

Firstly, time makan guna sudu. Ada antara individu kidal yang terpaksa menggunakan tangan kiri, tapi ada juga yg tetap menggunakan tangan kanan, tapi dalam keadaan yang kurang proper, seolah-olah macam 'budak kecil baru belajar makan'... Adakalanya, makan guna tangan pun, kekok juga... Dan susah sikit kalau nak suap orang lain.. =(

Then, time menulis kat kelas. kebanyakan meja disediakan untuk individu tangan kanan. adakalanya, terpaksa memusingkan badan untuk mencari posture @ kedudukan badan yang sesuai dan selesa semasa menulis. Teringat waktu kat sekolah dulu, selalu juga berlaga tangan dengan kawan sebelah semasa menulis, sebab kawan menulis dengan tangan kanan. Tapi pengalaman yang menarik...

 
Banyak lagi sebenarnya, tapi cukuplah sampai di sini.. Setiap manusia itu diciptakan Allah punya kelebihan dan kekurangan tersendiri, yang penting bagi seorang hamba ialah mensyukuri setiap nikmat kurnianNya tidak kira sama ada kecil atau besar.. Dan yakin lah bahawa setiap taqdir yang Dia tetapkan punya hikmah di sebaliknya tanpa kita sedari...

waLlahuA'lam..
wassalam...

ya rasuluLlah... uhibbuka...

BismiLlahirRahmanirRahim… AlhamduliLlahi Rabbil ‘alamin… “Allahumma solli ‘ala saiyidina Muhammad wa ‘ala alihi wa sohbihi wa barik wa sallim”

Tiada kata yang dapat ku ungkapkan untuk menggambarkan bahawa aku sangat mengagumi insane yang sangat mulia ini. Hanya selawat kepadamu yang mampu aku ungkapkan di bibir

“telah ada untuk kamu pada diri rasuluLlah s.a.w itu uswah (contoh teladan yang wajib diikuti) yang baik bagi mereka yang mengharapkan Allah dan hari akhirat serta yang berzikir dengan sebanyak-banyaknya” (Al Ahzab: 21)

“Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlaq yang mulia” (H.R Bukhari)

Kenapa saya memilih rasuluLlah s.a.w sebagai tokoh;
                        Ya rasuluLlah, izinkan aku untuk menceritakan perihal keindahanmu, mudah-mudahan hati-hati kami seindah hatimu, akhlaq kami semulia akhlaqmu. rasuluLlah s.a.w dilahirkan dalam keturunan yang sangat mulia. Tika saat tiada syariat kerana tiada rasul diutuskan, namun pasangan Abdullah bin Abdul Muthalib serta Aminah binti Wahab bernikah dengan mengikut syariat Nabi Isa a.s sedangkan pada ketika itu zina seperti perkara yang lumrah buat masyarakat di situ. Dipancarkan cahaya pada wajah ayahnya sekalipun baginda tidak pernah bertemu dengannya. Ini mengajarkanku erti perlunya menjaga syariat dalam apa jua keadaan agar diriku kelak menjadi individu muslim yang bakal melahirkan zuriat yang soleh dan solehah penerus perjuangnmu.
Lalu, dikau membesar, bekerja dan berkahwin seperti manusia lain. Sehinggalah Allah menurunkan wahyu pertama untukmu dalam keadaan dikau tidak mengerti apakah yang berlaku. Kerana kemuliaanmu wahai RasuluLlah s.a.w, dikau mampu melaksanakan tanggungjawab dan amanah yang sangat berat ini bersama para sahabat yang sentiasa di sisimu dalam apa jua keadaan sehingga tertegaklah Islam di bumi Madinah serta ke seluruh pelosok dunia. Lalu aku mengerti bahawa perjuangan itu memang sesuatu yang sangat berat, perlu kepada kecekalan hati dan keazaman yang kuat. Tiadalah daya dan upayaku melainkan hanya Allah yang mengizinkannya. Aku juga tahu bahawa ukhuwah di dalam jalan ini sangat penting, sahabat yang baik akan membawaku kepadamu wahai rasuluLlah s.a.w. Perlunya untuk kami bersama-sama dalam keadaan susah mahupun senang, terkenang aku pada ketika dikau keluar berhijrah bersama saidina Abu Bakar As Siddiq. Mengalir air mata sahabat menahan bisa ular kerana terlalu  sayang kepadamu, tidak mahu dikau terjaga dari lenamu. Wahai RasuluLlah s.a.w, izinkan aku untuk merasai kemanisan berukhuwah sepertimana dikau dan para sahabat.
 Ya rasuluLlah s.a.w, perjuangan yang sukar sangat memerlukan kepada perancangan dan strategi yang baik. di saat perang Badar, saidina Abu Bakar telah memberi cadangan supaya ditukar tapak perkhemahan sekiranya itu bukan wahyu daripadaAllah. Dengan tawadhu’, dikau menerima cadangan itu walaupun hakikatnya tiada siapa yang lebih tinggi darjatnya di sisi Allah melainkan dirimu. Kerna dikau yakin bahawa cadangan itu lebih baik untuk kepentingan Islam. Dan lagi, saat dikau bersama-sama menahan lapar bersusah payah menggali parit dalam perang Ahzab mengajarkanku erti kepentingan tawadhu’ walaupun menjadi seorang ketua dan seorang ketua yang baik adalah yang bekerja bersama bukan sekadar memberi arahan sahaja. Dikau mengajarkanku bahawa aku perlu untuk menerima pendapat orang lain sekiranya itu yang terbaik untuk Islam. Dan sungguh aku mengerti perancangan Allah itu adalah yang terbaik tetapi sebagai manusia, kita juga perlu merancang yang terbaik untuk perjuangan ini.
Ya rasuluLlah s.a.w… Tidak cukup untuk menggambarkan ketinggian akhlaq dan peribadimu di sini, namun ianya akan terus mekar dalam diriku agar aku bisa mencontohi dan mengikutimu. Ya RasuluLlah s.a.w, kami sentiasa berselawat kepadamu. Kami ingin sekali meneruskan langkah perjuanganmu ini bagi menegakkan Islam. Izinkan kami ya RasuluLlah s.a.w agar kelak kami tidak segan untuk menerima syafaat darimu. Agar kelak kami dapat bersamamu kerana kami mahu menjadi orang yang telah dikau sabdakan, “Kamu bersama orang yang engkau cintai”… Bantulah kami agar dapat menyempurnakan iman kami dengan mengasihi dirimu melebihi diri kami sendiri, melebihi segala-galanya hatta ibu bapa kami sendiri. Sungguh, tiadalah daya dan upayaku melainkan keizinan dari Allah semata-mata. Namun, kami berusaha ke arah itu walaupun adakalanya kami tewas di pertengahan jalan. Ya rasuluLlah… Sungguh aku sangat mencintaimu… Semoga rasa cinta inilah yang akan menjadikan kami istiqamah dalam jalan perjuangan ini yang susah dan jauh…


“Allahumma solli ‘ala saiyidina Muhammad wa ‘ala alihi wa sohbihi wa barik wa sallim”