Posts

Showing posts from June, 2013

"Maka nikmat Tuhanmu yg manakah yg telah kamu dustakan!!!"

Image
bismiLlahirRahmanirRahim... AlhamduliLlahi Rabbil 'alamin... Allahumma solli 'ala saiyidina Muhammad  wa 'ala alihi wa sohbihi wa sallim... Sungguh! Allah telah berfirman dalam alquran tentang ibadah solat... Sejauhmanakah nilaian solat kita pada pandangan Allah??? (Tepuk dada tanya Iman) Pernah terdengar ada orang mengatakan, untuk menilai akhlak seseorang (sama ada lembut atau kasar, baik atau tidak), maka perhatikanlah gerak-geri dalam solat mereka... Andai elok, maka eloklah juga akhlak mereka... Pernah, saya mempunyai seorang teman rapat yang perwatakannya agak kasar. Namun begitu, sy sangat berasa tenang melihat solat beliau... Kadang-kadang hati juga rasa tersentuh melihat gerak solat yang dikerjakan oleh beliau... Sungguh! Kita tidak boleh menilai seseorang pada luarannya sahaja... Ayuh!!!! Lihatlah seseorang pada solatnya... "SOLAT TIANG AGAMA..."  Hipothesis: Baik solat seseorang, maka baiklah agamanya (termasuk akhlak)... ...

aku tanpa dia

Image
angin... nyaman... damai... tenang... di mana aku? sepi... sendiri... aku di sini... dan akan tetap di sini... biarkan ia pergi... jauh... tak kembali lagi... aku sepi disini... sepi... namun tenang... aku adalah aku... tenang aku tanpa dia... terimalah aku di sini... kerana aku akan tetap di sini... menghirup udara nyaman menongkah badai melawan arus yang deras jejakku masih di sini biar dia tiada di sisi aku bahagia... semakin bahagia... tanpa dia... kerana..... aku ingin berjumpa DIA.... tidak pantas aku membawa dia bersama-samaku nanti.... harapanku agar dia pergi jauh saat aku bertemuMu nanti... "Rabbana zalamna anfusana wa in lam taghfirlana wa tarhamna lanakunanna minal khasirin" p/s: Siapa dia? @ Apakah dia...????? dia adalah dosa yang banyak...dosa yang banyak akan dihapuskan andai kita bertaubat..yakinlah dengan rahmat dan kasih sayang Allah yang Maha Pengampun... ...

Puak 'KIRI' :-)

Image
assalamualaikum pembuka bicara... siapa yang rasa dia kidal, senyum.... (^_^) teringin sangat nak tahu personaliti orang kidal, ataupun orang yang lebih cenderung untuk menggunakan tangan kiri terutamanya semasa menulis berbanding tangan kanan... kenapa ya boleh ada manusia kidal??? padahal ini bukan genetik... dan, kalau perasan...selalunya dalam setiap keluarga, mesti akan ada seorang yang kidal...(and i'm the chosen one)... itulah kuasa Allah... firman Allah: ".....waLlahu ya'lamu wa antum la ta'lamun"...(Maha Hebatnya Allah..SubhanaLlah!!!) di sini, nak berkongsi sikit dengan pembaca-pembaca semua...(selamat membaca) Secara amnya manusia kidal lebih menguasai otak di sebelah kanan. Ini adalah kerana otak kita berfungsi secara menyongsang iaitu otak sebelah kiri menguasai bahagian tubuh badan yang di sebelah kanan dan otak sebelah kanan pula menguasai bahagian tubuh badan yang di sebelah kiri. Otak kanan berfungsi dalam hal p...

ya rasuluLlah... uhibbuka...

BismiLlahirRahmanirRahim… AlhamduliLlahi Rabbil ‘alamin… “Allahumma solli ‘ala saiyidina Muhammad wa ‘ala alihi wa sohbihi wa barik wa sallim” Tiada kata yang dapat ku ungkapkan untuk menggambarkan bahawa aku sangat mengagumi insane yang sangat mulia ini. Hanya selawat kepadamu yang mampu aku ungkapkan di bibir “telah ada untuk kamu pada diri rasuluLlah s.a.w itu uswah (contoh teladan yang wajib diikuti) yang baik bagi mereka yang mengharapkan Allah dan hari akhirat serta yang berzikir dengan sebanyak-banyaknya” (Al Ahzab: 21) “Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlaq yang mulia” (H.R Bukhari) Kenapa saya memilih rasuluLlah s.a.w sebagai tokoh;                         Ya rasuluLlah, izinkan aku untuk menceritakan perihal keindahanmu, mudah-mudahan hati-hati kami seindah hatimu, akhlaq kami semulia akhlaqmu. rasuluLlah s.a.w dilahirkan dalam ...