TARBIYAH dan DIRI




bismiLlahirRahmanirRahim...

alhamduliLlahi Rabbil 'alamin...

Allahumma solli wa sallim 'ala saiyidina Muhammad alfatihi lima ughliqo
wal khatimi lima sabaqa nasiril haqqi bilhaq
wal hadi ila siratikal mustaqim
wa 'ala alihi wa sohbihi haqqa qadrih wa miqdarihil 'azim...

assalamu'alaikum wa rahmatuLlahi wa barakatuh...

salam mujahadah buat semua...

post kali ini sekadar perkongsian bersama, kerana diri yang lemah ini masih banyak kekurangan, namun berpegang kepada hadith nabi s.a.w yang bermaksud :
"sampaikanlah kepadaku walau satu ayat"

tarbiyah merupakan elemen yang paling penting dalam kehidupan seharian kita sebagai hamba Allah yang menumpang di atas muka bumi Yang Maha Esa ini.

tanpa tarbiyah, hidup pasti tiada arah, tujuan dan matlamat...

tarbiyah merupakan asas paling penting yang mesti dan wajib ada dalam diri setiap insan... kita perlu sentiasa berusaha untuk meningkatkan ruh tarbiyah dalam diri dengan apa jua cara sekalipun. kita sering risau apabila memikirkan hakikat jasad yang dahaga dan lapar yang sering meronta-ronta minta diisi dengan makanan yang enak dan lazat...

namun pernahkah kita berfikir bagaimana pula halnya dengan jiwa dan ruhani kita yang kita sendiri tidak dapat melihat bagaimana keadaannya? adakah jiwa kita terisi dengan makanan ruhani yang lazat selazat makanan-makanan yang dijual di restoran mahupun kafe??? atau hanya diisi sekadarnya sahaja, mungkin juga langsung tak terisi...? (na'uzu biLlah...)

kita manusia yakni "insan" yang sering alpa, lalai, dan lupa... kita lupa bahawa hidup kita di dunia ini adalah sementara... andai kita sedar hakikat sebenar kehidupan ini, kita akan sentiasa berusaha menjadi serta melakukan yang terbaik dalam setiap apa jua peekerjaan yang dilakukan... dunia adalah ladang akhirat... bagi mereka yang sedar, pasti telah banyak tanaman dan ladang yang diusahakan dengan hasil tuaian yang sangat baik dan banyak jumlahnya...

di sini, saya berbesar hati untuk berkongsi sediikit amalan yang diamalkan oleh junjungan besar yang mulia nabi Muhammad s.a.w...iaitu :

1. TAHAJJUD (bangun di tengah malam dan menunaikan solat sunat padanya...) hakikatnya, sangat susah untuk bangun di kala insan lain sedang enak dibbuai mimpi indah... namun berbahagialah bagi sesiapa yang berjaya melawan nafsu tidurnya. seperti firman Allah kepada para malaikat yang bermaksuud :

"wahai malaikat...
lihatlah hamba-hamba KU yang bangun di tengah malam
ketika tidak seorang pun yang melihat mereka kecuali AKU...
saksikanlah bahawa AKU telah menyediakan bagi mereka syurga tempat kehormatanKU..."



namun, kita harus ikhlas dalam melakukan ibadah ini...

2. BACA AL QURAN



sebagai muslim yang percaya kepada Allah, wajiblah kita membaca alQuran... sekiranya tidak pandai, maka carilah orang sekeliling yang mampu mengajar kita. amat rugi bagi mereka yang tidak membaca alQuran... jangan sesekali membiarkan hari anda berlalu tanpa membaca alQuran. Baca dan fahamilah isi kandungan alQuran, insyaAllah pasti kita tidak akan rugi. Dan tekadlah dalam diri untuk beramal dengan isi kandungan alQuran...

3. SOLAT DHUHA

Solat dhuha merupakan salah satu solat sunat yg sangat dianjurkan dalam Islam yang juga sebagai kunci pintu rezeki. Sukalah saya untuk mencoretkan maksud doa dhuha;

"ya Allah sesungguhnya waktu dhuha ini dhuhaMu

kecantikannya kecantikanMu
keindahannya keindahanMu
kekuatannya kekuatanMu
kekuasaanya kekuasaanMu
perlindungannya perlindunganMu

ya Allah...

jika rezeki masih di langit, turunkanlah
jika di bumi, keluarkanlah
jika sukar, permudahkanlah
jika haram, sucikanlah
jika jauh, dekatkanlah...
berkat waktu dhuha, kecantikanMu, keindahanMu, kekuatanMu, kekuasaanMu...
limpahkan kepadaku segala yg Engkau telah limpahkan kepada hamaba-hambaMu yg soleh...."

4. SOLAT SUBUH BERJEMAAH
Solat subuh berjemaah adalah kekuatan umat Islam yang sangat ditakuti oleh musuh. Seandainya solat subuh di masjid penuh dengan para pemuda Islam, maka pasti Islam mudah untuk ditegakkan, Tapi hakikat kini, sebaliknya yg berlaku. Namun, tanamkan azam untuk istiqamah dengannya. insyaAllah Allah akan permudahkan urusan...

5. SEDEKAH

6. BERWUDHU'
Sabda rasuluLlah s.a.w;
"ummat ku akan tampil pada hari qiyamat dengan wajah bersinar, tangan dan kakinya berkilauan dari bekas-bekas wudhu'nya..."

7. ZIKIR

akhirul kalam... selamat ber'amal dengan hati yang ikhlas...

wassalam...

Comments

Popular posts from this blog

Istikharah Cinta

doa nabi khidir

tarbiyah ruhiyyah