pasrah segalanya
pernah hati ini terguris...
dengan fitnah dan tohmahan menghiris....
sehingga terasa diri ini hina..
kerna tiada siapa yang sudi membela..
ku tabahkan hatiku
harungi hidup..
biarpun tiada siapa yang menemani...
keseorangan aku di laluan sepi...
ditinggalkan mereka yang ku percayai...
namun ku tahu ada hikmahnya..
setiap segala yang menimpa diri
ku serahkan segala
pada-Mu Tuhan
Yang Berkuasa jua Mencipta
kerana Engkau Maha Mengetahui..
segala apa yang terbuku di hati..
ya Allah tidak ku terdaya lagi
menahan dugaan yang mencabar ini..
terasa bagai noktah telah ku temui..
mengakhiri segala yang pernah ku mulai..
ya Allah Engkau lindungilah aku..
bekalkanlah daku dengan limpahan iman..
agar tabahku menghadapi dugaan..
agar tidak ku berhenti di pertengahan..
kini...
di sini aku berdiri..
bersama harapan yang tulus suci
agar terbitlah kembali mentari pagi
setelah malam ku berkalut benci...
Comments
jika perlukan teman untuk berkongsi, jangan lupa, ukhti tidak keseorangan..jmput ke blog ana..bleh kongsi ilmu, pngalaman dll..