Tak kenal maka Tak CINTA


Assalamualaikum..

Salam ukhuwah dan salam perjuangan…

Post kali ini adalah sambungan kepada post sebelum-sebelum ini, iaitu berkisarkan tentang nama Allah dan penghayatan yang perlu setiap daripada kita untuk menghayatinya seebagai seorang hamba kepada-Nya.

YA QUDDUS = Yang Maha Suci.

Allah itu suci, bersih dan sempurna daripada segala kesalahan, kecacatan dan kekurangan. Apa buktinya???

Lihatlah pada penciptaan langit dan bumi serta seluruh isinya. Sangat sempurna… subhanaLlah!!!

Bagaimana untuk menghayati al Quddus dalam diri???

Mudah saja caranya, apa yang penting kekuatan dan semangat dalam diri untuk melaksanakannya… kita sebagai seorang hamba perlu sentiasa menyucikan diri dan jiwa daripada sebarang sembahan yang selain dari Allah… senang bukan??? (tepuk dada, tanya Iman)…

Selain itu, amat perlu untuk kita menjaga diri daripada sebarang bentuk godaan sama ada hawa nafsu, bisikan syaitan mahupun kata-kata manusia yang bias membawa kita kepada jalan maksiat… na'uzubiLlahi min zalik…

Allah itu bersifat al Quddus… maka tidakkah kita ingin bersifat sepertinya??? Ayuh sahabat!!! Marilah kita sama-sama membersihkan jiwa, diri dan rohani daripada segala jenis penyakit hati yang amat menyakitkan…

Sucikanlah hati kita daripada sebarang noda…

Sucikan mulut daripada kata umpat, perkataan keji, bohong dll.

Sucikan telinga daripada mendengar umpatan dan perkataan-perkataan keji dll.

Hidup suburkanlah hati dan jiwa kita dengan segala kebaikan..

Banyakkanlah zikruLlah…

"bersihkanlah jiwamu sebelum kamu dibersihkan"

Masih belum terlambat untuk kita semua kembali menginsafi diri..

Selagi jasad dikandung badan, ayuh lah sama-sama meraih redha dan keampunan-Nya…

Firman Allah :

[Ali Imran:133]
Dan bersegeralah kamu kepada
(mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat)
keampunan dari Tuhan kamu,
dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi,
yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa;

Akhirul kalam…

~KERANA ALLAH TERCINTA KAMI BERJUANG

DEMI KEIZZAHAN ISLAM~

waLlahuA'lam….

Comments

Popular posts from this blog

Istikharah Cinta

doa nabi khidir

tarbiyah ruhiyyah