REPOST (7/7/2009): Aku Rindu Padanya...
Semalam
aku bermimpi... Mimpi bertemu Faaizah...
Dalam mimpi tu, aku peluk dia erat sampai menitis air mata...
Rindu sangat... Pada Faaizah...
Dan air mata tu bukan dalam mimpi sahaja, tapi dalam realiti sebenar... Tak pernah mimpi menangis dan betul-betul keluar air mata... Entah lah... Mungkin sebab masalah yang banyak dan rasa rindu teramat pada Faaizah...

Kalau dulu selalu sahaja ada
tempat mengadu... Tempat meluahkan
perasaan, tapi......................................
Sekarang tak ada dah yang sudi pinjamkan telinga dan masa... Masing-masing sibuk...
Sekarang tak ada dah yang sudi pinjamkan telinga dan masa... Masing-masing sibuk...
Faaizah... Kita rindu kat Faaizah... Banyak benda nak
cerita dengan awak, sedihnya... Faaizah... Doakan kita ya...
Sahabat awak ni
lemah... Lemah sangat...
Moga ukhuwah kita berkekalan sampai ke Syurga...
Amiin...
Dia...
Insan yang teristimewa...
6 tahun bersamanya,
6 tahun bersamanya,
bagaikan satu pengalaman
yang amat bermakna...
Memberi 1001 erti buat diriku...
yang amat bermakna...
Memberi 1001 erti buat diriku...
Dia...
Insan yang Allah tentukan untuk;
Insan yang Allah tentukan untuk;
menemaniku tika aku sedih dan kecewa,
memimpinku menuju redha-Nya,
mendorongku ke jalan yang lurus,
menguatkanku tika aku lemah tak berdaya,
menasihatiku tika aku salah dalam perlakuan,
menyayangiku tika aku dibenci dan dihina.
mendorongku ke jalan yang lurus,
menguatkanku tika aku lemah tak berdaya,
menasihatiku tika aku salah dalam perlakuan,
menyayangiku tika aku dibenci dan dihina.
Yang paling utama,
dia setia di sisiku tika aku difitnah dan ditohmah
Ya Allah...
Dia amat baik...
Tetapi, dia di mana...???
Aku tidak lagi bersamanya, kini aku sendirian...
Menempuh liku-liku hidup, onak dan ranjau silih berganti
Aku tabah dan sabar, aku redha...
Namun jauh di lubuk hatiku...
Arghhh!!!
Rindunya aku padamu...
Sedih mengenangkan setiap detik kita bersama,
acapkali titisan mutiara jernih mengalir membasahi pipi
acapkali titisan mutiara jernih mengalir membasahi pipi
Dia sudah membawa haluan sendiri...
Aku di sini...
Masih tetap meneruskan perjuangan ini
walau tanpa dia di sisi...
Kerna aku yakin dan percaya,
seandainya ukhuwah yang terbina ini ikhlas kerana-Nya...
Pasti kami akan ketemu jua,
tidak di dunia yang fana',
namun pasti di taman Syurga yang kekal abadi insya-Allah...
Dia sahabatku, temanku, kekasih hatiku,
juga adikku...
juga adikku...
Salam sayang dariku...
Biar kita berjauhan,
doaku sentiasa mengiringi setiap langkahmu...
Nukilan ini khas yang teramat sangat buat sahabat seperjuangan
ku yang kini berada di Kelantan...
NUR FAAIZAH BT JASNI
Kami bersama sejak dari F1-F5 di SMAKL, meneruskan persahabatan di bumi barakah Darul Quran. Namun taqdir telah memisahkan kami...
Faaizah... I Love You
Moga kau sentiasa bahagia di bawah naungan rahmat-Nya...
Comments