hati ini milik Allah...

bismiLlahirRahmanirRahim...
AlhamduliLlahi Rabbil 'alamin...
Allahumma solli wa sallim 'ala saiyidina Muhammad al fatihi lima ughliqo walkhatimi lima sabaqa nasiril haqqa bil haq wal hadi ila siratikal mustaqim wa'ala alihi wa sohbihi haqqa qadrihi wa miqdarihil 'azim...

ust muhadir pernah sebut, "amat rugilah bagi sesiapa yg apabila disebutkan perihal rasuluLlah s.a.w tetapi tidak merasakan apa-apa (wa 'iyazu biLlah)"

pada saat dan ketika ini, aku sangat-sangat bersyukur kerana masih dikurniakan perasaan itu... tatkala mendengar kisah baginda rasuluLlah s.a.w, hati ini merasa hampir pada baginda. saat diperdengarkan qasidah yg membawa maksud yg sangat menyentuh hati, mudah sahaja air mata ini mengalir... YA!!! aku bukanlah insan yg mulia yg bersih daripada dosa. aku hanya manusia biasa yg punya kekurangan, adakalanya aku juga bisa melakukan kesalahan, namun saat aku ingat, aku lantas membawa diriku ke jalan yg sebenar. tidak mahu lagi aku hidup dlm kesesatan walaupun sekejap... AlhamduliLlah, Allah masih memilihku untuk punya rasa cinta dan sayang kpd kekasihNya...

mudah-mudahan aku akan bersama dgn org yg aku cintai di akhirat kelak yakni rasuluLlah s.a.w (amin)

tarikh 23 Mac 2013 bermula segalanya... air mataku mencurah-curah saat mendengar qasidah jalaliah dendangan adik-adik dr darul hadith... ALLAH...

Seandainya rasuluLlah s.a.w ada di hadapanku... tidak bisa aku berkata walau sepatah. hanya Allah yg Maha Mengetahui perasaan ku pada waktu itu. ya Allah... izinkan aku untuk bertemu baginda (amin)

Qasidah ini bukanlah segalanya tetapi aku boleh katakan segalanya ada pada qasidah. saat kamu letih dan lemah, qasidah bisa menguatkan kamu... inilah mukjizat yg ada pada baginda... Allahu Akbar!!!

namun, kita tidak seharusnya hanya menumpukan diri dengan qasidah semata tetapi meninggalkan perjuangan. perjuangan itu juga adalah sunnah nabi yg mesti kita teruskan. mudah-mudahan segalanya berjalan seiring tanpa melebihkan mana-mana. insyaAllah...

*perjuangan yg mesti diteruskan
*cinta rasuluLlah s.a.w membawa ke syurga

waLlahu'Alam

Comments

Popular posts from this blog

Istikharah Cinta

doa nabi khidir

tarbiyah ruhiyyah