hati ini milik Allah...
bismiLlahirRahmanirRahim... AlhamduliLlahi Rabbil 'alamin... Allahumma solli wa sallim 'ala saiyidina Muhammad al fatihi lima ughliqo walkhatimi lima sabaqa nasiril haqqa bil haq wal hadi ila siratikal mustaqim wa'ala alihi wa sohbihi haqqa qadrihi wa miqdarihil 'azim... ust muhadir pernah sebut, "amat rugilah bagi sesiapa yg apabila disebutkan perihal rasuluLlah s.a.w tetapi tidak merasakan apa-apa (wa 'iyazu biLlah)" pada saat dan ketika ini, aku sangat-sangat bersyukur kerana masih dikurniakan perasaan itu... tatkala mendengar kisah baginda rasuluLlah s.a.w, hati ini merasa hampir pada baginda. saat diperdengarkan qasidah yg membawa maksud yg sangat menyentuh hati, mudah sahaja air mata ini mengalir... YA!!! aku bukanlah insan yg mulia yg bersih daripada dosa. aku hanya manusia biasa yg punya kekurangan, adakalanya aku juga bisa melakukan kesalahan, namun saat aku ingat, aku lantas membawa diriku ke jalan yg sebenar. tidak mahu lagi aku hidup dlm ...