La tahzan... InnaLlahama'ana
bismiLlahirRahmanirRahim..assalamualaikum pembuka bicara..hidup ini ibarat roda, adakalanya kita di atas..dan ada ketikanya kita di bawah..tetapi sampai satu saat, akhirnya kita tidak akan bergerak lagi..itulah realiti hidup..sangat menguji Iman..apabila berada di atas, kita sering lalai..kita lupa pada Allah..kerana terlalu asyik dengan nikmat yang Allah beri..tapi,jika tiba saat kita berada di bawah,barulah ingat nak menangis..meraung..menjerit..dan menyalahkan diri sendiri..tika ini barulah kita mencari Allah..barulah ingat nak membaca alQuran, zikir dan lain-lain..memang tak tahu malu........................itulah makhluk Allah yang hina yang bergelar "manusia"siapa manusia itu...???????'kita' adalah manusia...hmm....sekadar untuk renungan bersama...Allah berfirman dalam surah al'ankabut ayat 2 dan 3 yang bermaksud:
[2]
Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata:
“Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?
Dan demi sesungguhnya!
Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka,
maka (dengan ujian yang demikian),
nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang benar-benar beriman,
dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.
tapi, hakikat manusia..apabila diuji dengan sedikit saja ujian..mulalah berasa lemah dan tidak berdaya..padahal itu semua adalah nikmat buat kita..dan peringatan khas daripada Allah,bahawa Dia amat-amat sayang pada kita..hanya mereka yang terpilih saja yang mendapat pandangan Allah..
hakikatnya, apabila diuji kita perlu bangun semula...
walau apa jua rintangan dan halangan yang datang, ingatlah Allah bersama kita..di sini, saya ingin berkongsi kata-kata seorang sahabat yang menjadi penguat diri..
khas buat sahabatku :
"sahabat..
hidup ini merupakan 1 jihad dan perjuangan,
tak pernah lari dari mehnah , dugaan dan ujian,
seperti ombak yang menghentam pantai,
duhai sahabat..
kadang kala kita merasa gundah, resah, hiba dan kecewa
dengan ujian-ujian atau musibah yang tiba..
tapi yakinlah sahabat..
bahawa semua itu merupakan tarbiyah
yang amat-amat berharga
dari Maha Pencipta..
tanda amat-amat kasih, cinta dan sayangNya pada kita...
lihatlah bagaimana kekasih kita,
baginada Muhammad s.a.w,
ditarbiyah oleh Allah sejak kecil lagi...
bermula dari ketiadaan bapa setelah dilahirkan...
kemudian kematian ibunya...
baginda terpaksa dijaga oleh datuknya,
namun selepas itu,
datuknya juga meninggal dunia...
alangkah hebatnya dugaan baginda..?
kemudian diserahkan pula kepada bapa saudaranya...
ketika ini terlalu banyak rintangan
yang baginda hadapi...
cara hidup baginda yang sentiasa
dengan kesusahan dan kepayahan...
akan tetapi,
ingatlah wahai sahabatku,
tak pernah sekalipun baginda merungut
atau mempersoalkan ujian-ujian yang diterima...
ditelan dengan penuh kepahitan
sehingga semuanya menjadi manisan...
wahai sahabat...
tabahkanlah hatimu...
bersabarlah,
walaupun sebesar manapun badai yang melanda...
kuatkanlah semangat ruhmu...
mengadulah pada Yang Maha Mendengar kerana
DiaMaha Pengasih dan Penyayang...
sesungguhnya Allah amat-amat cinta dan kasih kepada
hambaNya yang bergantung harap kepadaNya...
maka berbahagialah bagi mereka yang
tabah dan sabar dengan ujian dan tarbiyah
dari Maha Pencipta...
moga diberi kekuatan oleh Allah,wahai sahabatku..."
ikhlas daripada hati seorang sahabat kepada hati seorang sahabat
to be continued..............
Comments