Ada apa dengan 'Hati'??

bismiLlahirRahmanirRahim...
AlhamduliLlahiRabbil'Alamin...
wassolatu wassalamu 'ala rasulihil Amin wa 'ala alihi wa sohbihi ajma'in...
                              
Hati kian resah...
kerana apa?
semua kerana cinta akan dunia!!!
resah gelisah tidak menentu...
bagaikan menunggu bulan jatuh ke riba...
impian yang tinggi menggunung...
namun...
usaha sekecil zarah...
hidupmu jauh dariNya wahai hati!!!
bagaimana bisa engkau mendapatkan rahmat seluas langit dariNya...

Zalim kepada diri...
Alpa dan leka...

Hati...
kembalilah...

Hati yang tenang...
setenang air yang mengalir...
setenang awan yang berarak...
sejuk pada pandangan...
damai pada fikiran...
Hati ini yang aku rindui...
Hati ini yang aku dambakan...
Hati ini yang aku impikan...
Hati yang sentiasa ingat padaNya...
Hati yang sentiasa hampir kepadaNya...
Ya Allah...

CINTA AGUNGku...
Yang Maha Kuasa...
kembalikan hati itu kepadaku...
sungguh aku tidak mahu hidup dalam dunia yang menipu...
menipu dan tertipu...
tidak sama sekali...
Ya Allah...
Sumber inspirasiku...
Yang Maha Bijaksana...
Kurniakan aku hati yang suci bersih...
agar dengan hati ini...
aku bisa gembira untuk bertemuMu...
pulang dengan Redha dan diRedhai...
menjadi hati yang sejahtera...
penghuni syurga abadi...

Ya Allah...
Sumber bahagia...
Yang Maha Penyayang...
Hanya padaMu aku meminta dan berharap...
Tiadalah Engkau melainkan Tuhan Sekalian Alam...
Tiada aku tanpaMu Ya Allah...

"Rabbana Zolamna anfusana wa in lam taghfirlana wa tarhamna lanakunanna minalkhasirin..."

Daripada Abu Abdullah al Nu'man ibn Basyer r.a. berkata :
"Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya yang halal itu jelas, dan sesungguhnya yang haram itu jelas, dan di antara keduanya ada yang syubhat yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Barang siapa yang menjaga perkara syubhat maka sesungguhnya dia telah membersihkan agama dan maruah dirinya. dan barang siapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh ke dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya. Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkara yang diharamkanNya. Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah 'Hati'..."

Comments

Popular posts from this blog

Istikharah Cinta

doa nabi khidir

tarbiyah ruhiyyah