ya hafizal Quran
di sinilah bermula sebuah cerita
di tempat yang penuh barakah,
tersergam indah sebuah masjid dikelilingi tasik
yang airnya mengalir tenang,
setenang hati yang mengingati Allah...
penghuninya,
sentiasa sibuk dengan Al Quran,
rindunya akan suasana itu...
di mana saja berada pasti kedengaran alunan merdu
bacaan Al Quran...
pelbagai irama dan lagu..
juga pelbagai suara dan nada...
inilah DQ..
tempat yang telah melahirkan hufazul Quran...
NAMUN....
apakah sebenarnya kita mampu untuk memikul amanah ini???
"tepuk dada tanyalah Iman.."
sejauh manakah akhlak kita???
adakah selari dengan tuntutan agama???
adakah akhlak kita menggambarkan indahnya Al Quran???
atau..
kita sama seperti mereka yang tidak tahu tentang agama???
atau juga...
atau juga...
mungkin lebih teruk daripada itu???
ASTAGHFIRULLAHAL'AZIM...
sejauh mana kita beramal dengan hafalan???
tidakkah kita gerun dengan azab Allah...?
KITA sebenarnya LUPA!!!
LALAI!!!
LEKA!!!
LEKA!!!
dan telah TERTIPU!!!
dengan keseronokan dunia yang hanya sementara...
AHHHH!!!
sungguh tak layak rasanya untuk kita bergelar
"Hamlatul Quran"
kita harus BANGKIT dari LENA ini...
sedarlah wahai pemegang kalamuLlah...
masih banyak hak yang belum tertunai...
segunung tinggi tanggungjawab yang harus dipikul...
sangat berat untuk dipikul sendiri...
NAMUN...
Ingatlah...
kita punya teman sefikrah...
yang sama-sama berikrar untuk menjaga amanah ini...
AYUH SAHABAT!!!
Kuatkan SEMANGAT!!!
untuk MENGULANG!!!
MENGULANG!!!
dan terus MENGULANG!!!
hingga ke titisan darah yang terakhir...
di saat lidah mampu melafazkan syahadatain..
"IADAH SAMPAI MATI BUKAN SAMPAI MASYI..."
di samping beramal dan menghayati setiap isi kandungannya...
tidak lupa juga...
buat mereka yang dahagakan bimbingan kita...
bantulah mereka...
sayangilah mereka...
WAHAI HAMLATUL QURAN!!!!
WAHAI HAFIZ @ HAFIZAH....
WAHAI HAFIZ @ HAFIZAH....
BANGKITLAH!
SEDARLAH!
INSAFLAH!
INSAFLAH!
kembalilah ke jalan yang lurus...
usah kita leka dengan dunia ini...
jadilah kita di antara golongan yang sedikit itu...
INGATLAH!
"Hasanatul abrar saiyiatul muqarrabin..."
moga kita sentiasa di bawah lindungan rahmatNya
dan terhindar daripada kemurkaanNya...
Comments