Followers

Monday, January 31, 2011

pesona dunia

bismiLlahirRahmanirRahim...

"jika datang ajal kamu, maka tidak akan dilewatkan walau sesaat begitu juga tidak akan dicepatkan"

Indah dunia yang mempesona

Bagai dian terang menyala
Sehingga terlupa kan padam akhirnya

Dunia ini hanya pinjaman
Untuk menguji keimanan
Akhirat nanti yang menentukan
Balasan syurga ataupun neraka

Mengapakah dunia yang dikejari
Sedangkan iakan ditinggal pergi
Apalah gunanya harta di sisi
Tika jasad terkubur terkaku mati

Bayangkanlah jika di dunia ini
Bekalan terhenti mudah dicari
Bagaimana pula di sana nanti
Tanpa bekal pahala kit ayang rugi

Bersyukurlah sentiasa
Dengan apa yang ada

Adakala harta dunia
Belum tentu membantu kita
Menjadi bebanan dan menyusahkan

HIDUP DI DUNIA UNTUK HIDUP BAHAGIA DI AKHIRAT...

Sunday, January 23, 2011

majlis ilmu


Assalamu'alaikum w.b.t
.: MARHABAN BIWASIYYATI RASULILLAH S.A.W. :.

insyaAllah talaqi bersama ust muhadir kembali lagi di UIAM Gombak...
sahabat-sahabat dan semua dijemput hadir ke majlis ilmu yang penuh barakah ini.

HARI : SELASA
TARIKH : 25 Januari 2010
TEMPAT : Musolla Engineering (bangunan E0 lvl 2)

MASA : 8 pm




•Dari Anas r.a: Rasulullah s.a.w bersabda: "Tuntutlah ilmu walaupun ke negeri cina, kerana menuntut ilmu itu wajib atas setiap orang Islam. Dan sesungguhnya para malaikat itu menghamparkan sayapnya bagi penuntut ilmu kerana redha dengan apa yang mereka tuntut”. Hadis Riwayat Al Bara

sebarkan...

Saturday, January 15, 2011

MENUJU WAWASAN



Wawasan diri penuhi dada dengan ilmu
Wawasan agama bekalan masa depan dan akhirat
Kuat usaha jujur dan amanah
Sentiasa mengharapkan keredhoan Allah

umat islam harus cemerlang hari
ini mesti lebih baik dari semalam

Jangan buang masa
siapa kata kita tidak boleh
kita ada Allah maha kuasa
kita punya kuasa tenaga
doa sebagai senjata
umat islam sentiasa boleh



umat islam zaman lampau
taat perintah Rasulullah
bersama berusaha bersatu tujuan wawasan
wawasan dunia dan akhirat



aqidah ibadah harus sempurna
ibadah tanpa aqidah wawasan syaitan
ulama' warisan ambiya'
pegangan mereka harus diikuti
ajaran sesat wajib hindari

umat islam harus cemerlang hari ini
umat islam sentiasa boleh



akhirnya islam cemerlang seluruh dunia

Thursday, January 13, 2011

ENGINEERING vs IRK

petikan kata-kata orang sekeliling....

1)
hamba Allah : awak ni kos apa?
me : engineering..
hamba Allah : ingatkan kos IRK tadi...rupa macam kos IRK je...
me : (smile...)

2)
hamba Allah : awak ni orang Johor ke?
me : tak lah...selangor...
hamba Allah : mesti sekolah agama kan? kat mana?
me : SEK MEN AGAM KL
hamba Allah : o...SMAKL
me : haah...

3)
hamba Allah : awak kos apa?
me : engineering
hamba Allah : awak memang minat?
me : hm... tak jugak...saya tersepit...sebab kena ambil bidang sains...saya tak minat BIOLOGI,jadi ambil engineering.
hamba Allah : awak kena ambil bidang yang awak suka, nanti mudah je awak nak belajar...fikirlah elok-elok...
me : insyaAllah...terima kasih atas nasihat

4)
hamba Allah : nak tukar kos ke?
me : tak tahu lagi...
hamba Allah : tak payah la...engineering perlukan orang macam awak...
me : speechless...

5)
hamba Allah : apa-apa pun bidang yang kita belajar kita mesti bijak untuk kaitkannya dengan Islam...segala ilmu yang ada adalah ilmu Allah...tak kiralah bidang apa sekalipun, andai engineering, jadilah engineer yang beriman, di samping tak lupa ilmu-ilmu talaqi dan ilmu ruhiyah...
me : hmm....


still praying to know my destiny....
ALLAHUAKBAR!!!! help me...show me the right path...
and the best thing 4 deen, me, family, nation, country, and all mankind...
YOU KNOW BUT WE DON'T KNOW......

p/s:just want to share...and take a rest while studying...