renungan buat diri



bismiLlahirRahmanirRahim...

Allahumma solli 'ala saiyidina Muhammad
alfatihi lima ughliqo wal khatimi lima sabaq
nasiril haqqa bilhaq
wal hadi ila siratikal mustaqim
wa 'ala alihi wa sohbihi haqqa qadrihi
wa miqdarihil 'azim

Selamat Membaca!!!!

Situasi 1
aminah : lamanya kamu menggosok baju...nak ke mana tu?
aisyah : oh...saya ada mesyuarat sekejap lagi...tudung kedut sangat ni... (dengan tersenyum)
aminah : gosok la kadar pun ok je...siapa nak perhatikan malam-malam begini...lagipun awak nak cantik-cantik nak tunjuk pada siapa?
aisyah : (diam)

Situasi 2
aisyah : cantiknya telekung awak...
aminah : mestilah...saya nak berjumpa Kekasih saya...mesti kena pakai pakaian yang cantik...(dalam nada perli)


kesimpulan : kita terutama bagi kaum hawa, selalu ingin kelihatan cantik di hadapan manusia, pantang tudung senget sikit, mulalah mengadu...tapi dalam tidak sedar, cuba renung sejenak kepada siapa sepatutnya kita harus menunjukkan kecantikan yang sememangnya anugerah daripadaNya??? (tepuk dada tanya Iman). tak salah ingin kelihatan cantik, tetapi berpada-padalah dalam setiap tindakan kita, mudah-mudahan kita tidak menjadi tumpuan pandangan manusia seperti orang arab di zaman jahiliyah..na'uzubiLlahi min zalik...
[Al Ahzab: 33]
"Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang Jahiliyah zaman dahulu;
dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat;
dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya.
Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan diri kamu – wahai “AhlulBait”
dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari segala perkara yang keji)"

Situasi 3
DAM!!!! (perlanggaran antara sebuah kereta yang dipandu oleh Non-Muslim dan sebuah motosikal yang ditunggang oleh seorang remaja Islam)
Ayah : Woi! Mari sini...kau nak ke mana tu?
Anak : Ayah, maaf ayah...(sambil berlari ketakutan)
Non Muslim : encik, tak mengapa..kereta saya tak rosak pun..
Ayah : habis rosak moto aku..esok aku nak pergi kerja macam mana? aku dah cakap tadi jangan keluar.DEGIL!!! menyusahkan orang...

Situasi 4
Kelihatan seorang pak cik bersusah payah bekerja mengutip sampah, bekerja di tempat yang kotor dan jijik.

kelihatan pula daripada jauh, si anak sedang tekun belajar.

kata-kata si pemerhati : "adik...belajar rajin-rajin, jadi anak yang soleh..balas jasa ayah ye..kasihan ayah bekerja susah payah untuk mencari nafkah..gembirakan hatinya dan sentiasa doakan ayah dan ibu ye.."

Kesimpulan :
ibu dan bapa kkita di dunia ini hanya seorang..selagi hayat masih di kandung badan..berbuat baiklah selalu kepada mereka..dan sentiasa mendoakan kebaikan mereka..jauhkan daripada kecilkan hati mereka..dan jadilah anak yang soleh dan solehah...=)

[Al Isra' :23]
Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ha”, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).
[Al Isra' :24]
Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.”



to be continued...

Comments

Anonymous said…
Assalamu'alaikum.. terima kasih.. sy terkesan..mudah2an ada pedomannya..amin
zunnurain said…
wa'alaikumussalam..insyaAllah..amin..terkesan jgk sy yg menulis ni..=)
Anonymous said…
Alhamdulillah.. moga hati kita diperlihara Allah.. amin

Popular posts from this blog

Istikharah Cinta

doa nabi khidir

tarbiyah ruhiyyah