qurrata a'yun...







bismiLlahirRahmanirRahim...
assalamu'alaikum warahmatuLlahi wabarakatuh...

Allahumma solli 'ala saiyidina Muhammad alfatihi lima ughliqo
wal khatimi lima sabaqa nasiril haqqa bilhaq.
wal hadi ila siratikal mustaqim.
wa 'ala alihi wa sohbihi haqqa qadrihi wa miqdarihil 'azim...

melihat anak-anak kecil yang tiada dosa, hati terasa sangat tenang... tidak kira lelaki mahupun perempuan... sungguh benarlah kata Allah, Dia menjadikan indah pada pandangan manusia di antaranya anak melalui firmanNya dalam surah ali Imran ayat 14 yang bermaksud;

"Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia:
kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu,
iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak;
harta benda yang banyak bertimbun-timbun,
dari emas dan perak;
kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih;
dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman.
Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia.
Dan (ingatlah),
pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga)."


1 hari aku berbual dengan seorang adik yang berumur 4 tahun...

me : adik..minum duduk...
adik : tak nak...(sambil buat muka comel..=) )
me : duduklah nanti Allah sayang...
adik : siapa?
me : Allah...
adik : Allah tu siapa?
me : Allah...adik tak kenal ke? Hm...Tuhan tahu tak?
adik : Tuhan yang kita sembahyang tu ke?
me : Ha! yang tu la...adik sembahyang tak?
adik : kite kecik lagi..mama dan papa sembahyang...
me : alhamduliLlah..( =) )


Allah!!! bukan mudah untul mendidik anak...tanggungjawab yang sangat berat..buat para ibu dan bapa, dan mungkin juga yang akan bergelar ibu dan bapa..bersiap sedialah dengan segala ilmu, semoga anak kita nanti akan mengenali siapa Tuhan kita yang hanya layak disembah...ajarkan mereka dengan segala sifat-sifatNya...segala nama-nama yang terpuji...elakkan mereka terdedah dengan fenomena dunia yang sangat merunsingkan...
na'uzubiLlahi min zalik...

didiklah anakmu sehingga mereka boleh menjadi seperti contoh terulung; Nabi Muhammad s.a.w, Sultan Muhammad Al Fateh, Solahuddin Al Aiyubi, dan lain-lain...contohilah para pejuang agama yang tegar dalam menyampaikan Islam ke seluruh pelusuk dunia.. akhir kalam...didiklah anakmu sehabis baik kerana kamulah yang akan bertanggungjawab terhadap apa yang mereka lakukan kelak...semoga kita tidak menyesal di kemudian hari kerana anak ini juga yang menentukan kedudukan kita di akhirat kelak, sama ada di syurga mahupun neraka...waLlahuA'lam...
didiklah anak dengan sehabis baik...kerana kelak anak ini lah yang akan mendoakan kebahagiaan kita di akhirat kelak... pernah terbaca dan menyaksikan sendiri upacara 'tahnik'; iaitu upacara membelah mulut dengan memasukkan manisan(tamar/kurma) ke dalam mulut bayi yang dilahirkan...selalunya dilakukan oleh ulama' dan alim yang thiqah... selain itu, bawalah anak-anak kecil ini ke majlis ilmu dan bawa mereka berjumpa dengan guru, para habaib dan masyaikh untuk mendapatkan keberkatan daripada mereka yang alim...mudah-mudahan anak itu nanti sentiasa di dalam redhaNya...

"Rabbana hab lana min azwajina wa zurriyyatina
qurrata a'yun waj'alna lil muttaqina imama"



Comments

Popular posts from this blog

Istikharah Cinta

doa nabi khidir

tarbiyah ruhiyyah