kidal...????

assalamualaikum pembuka bicara...

siapa yang rasa dia kidal, senyum.... (^_^)

teringin sangat nak tahu personaliti orang kidal, ataupun orang yang lebih cenderung untuk menggunakan tangan kiri terutamanya semasa menulis berbanding tangan kanan...

kenapa ye boleh ada manusia kidal??? padahal ini bukan genetik...

dan, kalau perasan...selalunya dalam setiap keluarga, mesti akan ada seorang yang kidal...(and i'm the chosen one)...

itulah kuasa Allah...
firman Allah:
".....waLlahu ya'lamu wa antum la ta'lamun"...(Maha Hebatnya Allah..SubhanaLlah!!!)

di sini, nak berkongsi sikit dengan pembaca-pembaca semua...(selamat membaca)

Secara amnya manusia kidal lebih menguasai otak di sebelah kanan. Ini adalah kerana otak kita berfungsi secara menyongsang iaitu otak sebelah kiri menguasai bahagian tubuh badan yang di sebelah kanan dan otak sebelah kanan pula menguasai bahagian tubuh badan yang di sebelah kiri.


Otak kanan berfungsi dalam hal persamaan, khayalan, kreativiti, bentuk atau ruang, emosi, muzik dan warna. Daya ingatan otak kanan bersifat panjang (long term memory). Bila terjadi kerosakan otak kanan misalnya pada penyakit stroke atau tumor otak, maka fungsi otak yang terganggu adalah kemampuan visual dan emosi misalnya.

Dengan itu, individu kidal lebih kreatif dan bersifat seni berbanding individu tangan kanan.

Boleh dikatakan, orang kidal minat sangat dengan seni, sama ada muzik, lukisan atau penulisan.

Bukan mudah untuk menjadi orang kidal sebenarnya. Banyak juga ujian dan dugaan yang mesti ditempuh. Kebanyakan individu kidal mudah berasa cemas dan malu apabila melakukan kesilapan. Kaitannya dengan otak kanan manusia yang mengawal emosi.

Firstly, time makan guna sudu. Ada antara individu kidal yang terpaksa menggunakan tangan kiri, tapi ada juga ynag tetap menggunakan tangan kanan, tapi dalam keadaan yang kurang proper, seolah-olah macam 'budak kecil baru belajar makan'... Adakalanya, makan guna tangan pun, kekok juga... Dan susah sikit kalau nak suap orang lain.. =(

Then, time menulis kat kelas. kebanyakan meja disediakan untuk individu tangan kanan. adakalanya, terpaksa memusingkan badan untuk mencari posture @ kedudukan badan yang sesuai dan selesa semasa menulis. Teringat waktu kat sekolah dulu, selalu juga berlaga tangan dengan kawan sebelah semasa menulis, sebab kawan menulis dengan tangan kanan. Tapi pengalaman yang menarik...

Banyak lagi sebenarnya, tapi cukuplah sampai di sini.. Setiap manusia itu diciptakan Allah punya kelebihan dan kekurangan tersendiri, yang penting bagi seorang hamba ialah mensyukuri setiap nikmat kurnianNya tidak kira sama ada kecil atau besar.. Dan yakin lah bahawa setiap taqdir yang Dia tetapkan punya hikmah di sebaliknya tanpa kita sedari...

firman Allah...
"wa makaru wa makaraLlah... waLlahu khairul makirin"

waLlahuA'lam..
wassalam...

Comments

Rerama Ungu said…
Bagus tajuk ni...
Tajuk ni memang betul-betul mengingatkan saya kepada arwah abang saya yang merupakan orang yang sangat saya sayang.
Arwah juga seorang yang kidal sewaktu hidupnya. Sama seperti kebanyakan orang kidal, dia seorang yang kreatif.
Satu waktu dulu, dialah idola saya kerana saya amat menyukai perwatakannya.
Namun jejak perwatakannya gagal saya ikuti.


Tajuk ini juga mengajak saya untuk megatakan tidak semetinya orang yang kidal otak kanannya sahaja berfungsi dan orang yang guna tangan kanan(tak tahu namanya) otak kirinya sahaja berfungsi. Kedua-dua belah otaknya hidup cuma kurang hebat berbanding yang bersebelahannya.

Sepatutnya sebagai seorang muslim dan insyaAllah mukmin, kita melatih supaya otak kita segar dan terjaga supaya kedua-dua belah dapat berfungsi dengan hebat.
Sesungguhnya dengan gandingan mantap otak kiri dan kanan, banyak kemungkinan boleh terjadi insyaAllah.

(tak tahu apa yang mengarut ni...)

Saya yang lemah dan tak tahu.
Wallahu A'lam.
hazyra said…
salam..family kite tade sorg pn kidal..
owh..tak perasan pulak mardhiah kidal..rase penah disuap oleh nti..(rse cam penah mse better..)ok jew..suap mcm pro je..hehhe..
unknown said…
Menarik..^_^(excited pulak)
Masa2 kecik2 dulu rasa rendah diri sbb tgn kidal sbb org pandand pelik je
Bila dh besar baru tahu apa hikmahnya
Nak kongsi kenapa seseorg boleh kidal secara saintifik:
-Penentuan penggunaan tgn kanan/kiri bergantung pada penggunaan otak yg dominan, dan ini ditentukan sejak dari seseorg itu dlm kndungan ibu lagi, masa berlakunya proses pembentukan otak ketika pembentukan janin
-Tgn kiri adalah ciri resesif(lawan kepada dominan, maksudnya x ramai org guna tgn kiri kat dunia ni)
-Dikaitkan juga dgn kekuatan imun yg lemah, short life span

Mungkin nampak byk yg kurang (xpe,jgn sedih)
Inilah antara hikmahnya Rasulullah sarankan kita byk guna tgn kanan, supaya bukan setakat dapt berkat dan pahala sunat, malah dapat seimbangkan penggunaan otak supaya berfunsi dgn kadar optimum

Dan untuk yg sememangnya guna tgn kanan (otak kiri),boleh aktifkan penggunaan otak kanan dgn mendengar bunyi2an, iaitu bacaan al-Quran, zikir, dsb.

Nak tanya,pernah tak rasa otak kita aktif bila kita buat sstu benda yg bertentnangan dgn ke"dominan"an otak.??? cuba try ^_^
zunnurain said…
assalamualaikum...to hazyra..awk rasa biasa, tp saya rasa susah...huhu...kadang2 tu x masuk pun kt mulut org...mesti 'bocor'...hehe...n mmg btol...x semua family, akn ada yg kidal..tp nk katanya..dlm 1 family 2 plg maksimum pun seorg je yg akn kidal... =)...

to secr8_patient a.k.a hanisah...thnx share sumthing...mga kita dpt mengoptimumkan penggunaan otak kite...ttbe rasa org kidal ni smart plak..hehe...sebab unik... =)
adli said…
assalamualaikum...jarang masuk blog ni,bila dh masuk..menarik juga ye..erm..betul2,ana setuju sangt especially pasal makan guna sudu tu..naik segan gk kadang2..
ana kidal gk...tapi tgk situasi,kalau sorg2 pkai je tgn kiri...

Popular posts from this blog

Istikharah Cinta

doa nabi khidir

tarbiyah ruhiyyah