aku pelik......

aku pelik..
melihat manusia hebat berpidato,
lantang bersuara,
bijak menyusun bicara,
berdebat dan memprotes...
seolah-olah memperjuangkan haq dan kebenaran
TAPI...
subuh 'gajah',
mungkin juga ter'missed'...

aku mula musykil..
melihat segolongan manusia,
luarannya cukup indah,
menutup aurat dengan baik..
TAPI...
mengapa perlu berkata
sesuatu yang tidak perlu..?
menyebabkan sakit hati orang lain..
dan adakalanya membuka aib orang lain..
sedarlah bahawa,
"diam adalah lebih baik
daripada berkata-kata"

aku hairan..
mereka tahu..
mereka faham dan mengerti..
lebih daripada orang lain..
TAPI...
kenapa tak diterangkan
kepada yang tak tahu..?
sehingga membiarkan insan lain...
terus menerus melakukan maksiat...

aku khuatir..
melihat mereka yang sibuk..
katanya ingin memperjuangkan
agama Allah...
TAPI...
amalan harian hanya cukup-cukup makan,
beribadat kerana kewajipan,
mungkin juga terpaksa,
bukan kerana CINTA dan rindu
kepadaNYA..

aku bimbang..
di akhir zaman ini,
terlalu ramai yang alpa dengan dunia
yang memukau...
hanya untuk sementara...
dan...
aku lebih bimbang...
jika aku adalah 'mereka'...
wa 'iya zubiLlah...

waLlahuA'lam...

sama-sama kita muhasabah diri sejenak...
moga-moga kita selaku pejuang agama Allah sentiasa menjaga hubungan dengan Allah,
seterusnya hubungan dengan manusia...



Comments

nurjalilah said…
...
kadang2 niat tak ikhlas, menyebabkan perkara2 mcm ni terjadi.kadang2 diri sndiri pn termasuk dalam kategori2 yang disebutkan.moga Allah ampunkan kita.

"Allahummagfirlana wa tub 'alaina"
Unknown said…
salam
amat menyentuh hati
ayat biasa tp makna mendalam
tq mayd

Popular posts from this blog

Istikharah Cinta

doa nabi khidir

tarbiyah ruhiyyah