Followers

Monday, December 28, 2009

pasrah segalanya


pernah hati ini terguris...
dengan fitnah dan tohmahan menghiris....
sehingga terasa diri ini hina..
kerna tiada siapa yang sudi membela..

ku tabahkan hatiku
harungi hidup..
biarpun tiada siapa yang menemani...
keseorangan aku di laluan sepi...
ditinggalkan mereka yang ku percayai...

namun ku tahu ada hikmahnya..
setiap segala yang menimpa diri
ku serahkan segala
pada-Mu Tuhan
Yang Berkuasa jua Mencipta
kerana Engkau Maha Mengetahui..
segala apa yang terbuku di hati..

ya Allah tidak ku terdaya lagi
menahan dugaan yang mencabar ini..
terasa bagai noktah telah ku temui..
mengakhiri segala yang pernah ku mulai..

ya Allah Engkau lindungilah aku..
bekalkanlah daku dengan limpahan iman..
agar tabahku menghadapi dugaan..
agar tidak ku berhenti di pertengahan..

kini...
di sini aku berdiri..
bersama harapan yang tulus suci
agar terbitlah kembali mentari pagi
setelah malam ku berkalut benci...

Thursday, December 24, 2009

Tak kenal maka Tak CINTA


Assalamualaikum..

Salam ukhuwah dan salam perjuangan…

Post kali ini adalah sambungan kepada post sebelum-sebelum ini, iaitu berkisarkan tentang nama Allah dan penghayatan yang perlu setiap daripada kita untuk menghayatinya seebagai seorang hamba kepada-Nya.

YA QUDDUS = Yang Maha Suci.

Allah itu suci, bersih dan sempurna daripada segala kesalahan, kecacatan dan kekurangan. Apa buktinya???

Lihatlah pada penciptaan langit dan bumi serta seluruh isinya. Sangat sempurna… subhanaLlah!!!

Bagaimana untuk menghayati al Quddus dalam diri???

Mudah saja caranya, apa yang penting kekuatan dan semangat dalam diri untuk melaksanakannya… kita sebagai seorang hamba perlu sentiasa menyucikan diri dan jiwa daripada sebarang sembahan yang selain dari Allah… senang bukan??? (tepuk dada, tanya Iman)…

Selain itu, amat perlu untuk kita menjaga diri daripada sebarang bentuk godaan sama ada hawa nafsu, bisikan syaitan mahupun kata-kata manusia yang bias membawa kita kepada jalan maksiat… na'uzubiLlahi min zalik…

Allah itu bersifat al Quddus… maka tidakkah kita ingin bersifat sepertinya??? Ayuh sahabat!!! Marilah kita sama-sama membersihkan jiwa, diri dan rohani daripada segala jenis penyakit hati yang amat menyakitkan…

Sucikanlah hati kita daripada sebarang noda…

Sucikan mulut daripada kata umpat, perkataan keji, bohong dll.

Sucikan telinga daripada mendengar umpatan dan perkataan-perkataan keji dll.

Hidup suburkanlah hati dan jiwa kita dengan segala kebaikan..

Banyakkanlah zikruLlah…

"bersihkanlah jiwamu sebelum kamu dibersihkan"

Masih belum terlambat untuk kita semua kembali menginsafi diri..

Selagi jasad dikandung badan, ayuh lah sama-sama meraih redha dan keampunan-Nya…

Firman Allah :

[Ali Imran:133]
Dan bersegeralah kamu kepada
(mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat)
keampunan dari Tuhan kamu,
dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi,
yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa;

Akhirul kalam…

~KERANA ALLAH TERCINTA KAMI BERJUANG

DEMI KEIZZAHAN ISLAM~

waLlahuA'lam….

Wednesday, December 16, 2009

janji Tuhan pasti berlaku

assalamualaikum... salam ukhuwah dan salam perjuangan buat semua... buat kesekian kalinya, kalbuku tersentuh mendengarkan sebuah lagu nasyid yang berkumandang di laptopku... sungguh syahdu..maksud dan lirik yang amat memberi kesan buat diriku ini... besarlah hatiku untuk menyeru dan mengajak sahabat-sahabat semua menghayati bait-bait lirik lagu ini.. seterusnya kita sama-sama mengoptimumkan usaha untuk mengembalikan semula khilafah Islam yang pada suatu ketika dulu gah di mata dunia.... AYUH sahabat!!!! bangunlah demi Islam tercinta...

ingatlah kita bukanlah pemula kepada perjuangan, bukan juga penamat kepada perjuangan, tetapi kita adalah mata-mata rantai perjuangan...



Oh alangkah indah hidup ini
Bila Islam bersinar kembali
Cahaya iman menyuluh tiap sanubari
Kebenaran mewarnai bumi



Kalam Allah memimpin manusia

Sunnah Rasul memandu langkahnya

Isi alam mendapat rahmat dan berkatnya
Kebatilan tiada tempatnya



Telah lama dinantikan
Bara Islam marak semula

Manusia kegelapan

Merindukan cahaya pembela


Pasti datang saat itu
Janji Tuhan pasti berlaku

Di dunia bahagia

Syurga Tuhan kekal selamanya

Pada Tuhan doa dan harapan

Daulah Islam seluruh dunia

Selamatkan kami umat di akhir zaman

Dengan iman yang terpelihara

Monday, December 14, 2009

kenali Allah...

Assalamualaikum… salam perjuangan buat semua.. posting kali ini adalah berkaitan tentang asma’ Allah yang amat dan sangat bermakna andai dihayati.. pernah saya terbaca, bahawa di antara adab berdoa adalah memuji Allah dan di antara cara untuk dimakbulkan doa adalah mengaitkan nama dan sifatNya dalam setiap lafaz doa kita selain memahami maksud di sebalik doa yang diungkapkan…

Sedar atau tidak, bahawa setiap 99 nama Allah mempunyai makna yang tersirat dan mampu menjadikan diri kita seorang hamba yang benar-benar berIman padaNya.. selain menanamkan rasa cinta yang amat tinggi padaNya.. adakah kita mengenali Dia???? Tepuk dada, tanyalah Iman….

Oleh itu, sukalah saya untuk mengajak sahabat-sahabat semua untuk sama-sama mengenali dan menghayati asma’ Allah serta mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian kita... agar cinta dan redhaNya dapat kita gapai…insyaAllah…kata orang, “tak kenal maka tak cinta”….Jadi, MARILAH sahabat….kita mengenali Allah… Tuhan yang Menciptakan kita semua…

Ya Allah…

Ya Rahman…

Wahai Tuhan Yang Maha Mengasihani…

Tuhan yang Maha Pemurah…

Kasihanilah kami ya Allah…

Hanya Engkau yang mampu mengasihi kami lebih dari segalanya…

Sesungguhnya terlalu banyak kurnia dan rahmat

Yang Engkau kurniakan pada kami…

Untuk kami tegar dalam meneruskan hidup ini…


Ya Allah…

Ya Rahim…

Wahai Tuhan yang Maha Penyayang…

Hanya dengan kasih dan sayangMu,

Kami tetap teguh berada di dalam redhaMu…

Bantulah kami agar kami dapat

Membimbing insan lain kepadaMu…


Ya Allah…

Ya Malik…

Wahai Tuhan Yang Maha Memiliki…

Hanya Engkaulah pemilik

Seeluruh ala mini dan segala isinya,

Engkaulah pemik diri kami, hati-hati kami,

Engkau bisa memberi dan mengambilnya semula

Daripada kami tanpa ada sesiapa pun yang mampu menghalang..

Sesungguhnya kami milik Engkau

Ya Malik…

Bantulah kami dalam melaksanakan amanah

Yang telah Engkau pikulkan ini,

Semoga kami mampu menjaga setiap anugerah

daruMu sebaik mungkin…


ya Allah..

ya Quddus…

wahai Tuhan Yang Maha Suci…

Tuhan yang Maha Bersih dan Maha Sempurna..

Sesungguhnya Engkau adalah Tuhan yang

Sangat Mulia diliputi dengan kasih dan saying

Tanpa kebencian buat hambaMu yang berIman..

Oleh itu ya Allah..

Sucikanlah hati kami..

Dari segala hasutan syaitan dan hawa nafsu,

Bersihkanlah hati kami dari tipuan dunia

Dan bisikan manusia yang akan memesongkan kami,

Serta…

Sucikan jiwa kami dari segala macam jenis penyakit hati…

Agar hidup kami tenang dan damai…


to be continued...

waLlahuA'lam...