pasrah segalanya
pernah hati ini terguris... dengan fitnah dan tohmahan menghiris.... sehingga terasa diri ini hina.. kerna tiada siapa yang sudi membela.. ku tabahkan hatiku harungi hidup.. biarpun tiada siapa yang menemani... keseorangan aku di laluan sepi... ditinggalkan mereka yang ku percayai... namun ku tahu ada hikmahnya.. setiap segala yang menimpa diri ku serahkan segala pada-Mu Tuhan Yang Berkuasa jua Mencipta kerana Engkau Maha Mengetahui.. segala apa yang terbuku di hati.. ya Allah tidak ku terdaya lagi menahan dugaan yang mencabar ini.. terasa bagai noktah telah ku temui.. mengakhiri segala yang pernah ku mulai.. ya Allah Engkau lindungilah aku.. bekalkanlah daku dengan limpahan iman.. agar tabahku menghadapi dugaan.. agar tidak ku berhenti di pertengahan.. kini... di sini aku berdiri.. bersama harapan yang tulus suci agar terbitlah kembali mentari pagi setelah malam ku berkalut benci...