bila hati berbicara...
bismiLlahirRahmanirRahim...
terpana aku pada kata-kata Imam Shafie
yang sering kedengaran;
"sahabat yang baik adalah,
yang seiring denganku,
menjaga nama baikku
ketika aku hidup,
atau selepas mati...
ku hulurkan tangan kepada sahabatku
untuk berkenalan kerana ku merasa senang,
semakin ramai sahabat
semakin aku percaya diri..
aku selalu berharap mendapat sahabat
sejati yang tidak luntur baiknya
dalam suka dan duka,
jika aku dapat,
aku pasti akan setia padanya.."
sejenak aku berfikir,
siapa sahabat ku yang sejati??
adakah aku masih tidak menemuinya??
atau
mungkin aku yang tidak mencari??
atau
mungkin sudah taqdirku tidak punya sahabat??
aku terdiam...
sesekali titik-titik mutiara jernih
mengalir di pipi...
sayup..
sunyi..
sepi..
mungkin ini taqdir ku..
namun jauh di sudut hati ku yang paling dalam..
aku amat rindukan seorang sahabat..
sahabat yang jujur berukhwah denganku keranaNya,
sahabat yang sering mengingatkan aku padaNya..
sahabat yang sering mengajakku kepadaNya,
sahabat yang sentiasa memmbakar rasa rinduku padaNya,
juga
sahabat yang tidak pernah melupakan aku
dalam setiap doanya..
pernah aku terfikir,
terlalu tinggi harapanku ini..
dan aku juga mengerti...
hakikat yang tidak boleh disangkal lagi,
Allah sentiasa menjadi temanku di mana jua aku berada,
Dia tidak mungkin meninggalkanku keseorangan,
kesusahan,
kesunyian,
dan terumbang-ambing
tanpa arah tujuan..
walaubagaimanapun..
sebagai insan yang lemah di muka bumi ini,
aku amat perlukan insan bernama sahabat..
aku amat merindui kehadirannya dalam hidupku.
namun,
hingga kini
masih belum ku temuinya..
aku masih mencari,
dan terus mencari..
hingga pada akhirnya
aku pasti akan menjaga dan menyayanginya
sepenuh jiwaku..
dan pasti,
aku akan setia dengannya
dalam keadaan susah dan senang...
ya Allah..
ku mohon padaMu,
dengan segala kudratMu,
hadirkan aku seorang sahabat,
yang juga teman,
agar aku bisa menempuh hidup
yang penuh berliku ini,
agar cintaku padaMu..
tetap terus segar,
sesegar pohon yang menghijau..
ya Allah..
ku mohon padaMu,
dengan kerendahan hatiku,
sayangilah sahabatku,
kerana aku pasti,
kasih sayangMu padaNya,
seluas lautan..
tiada tolok bandingnya..
ya Allah..
perkenankanlah permintaan ku yang 1 ini..
namun,
jika bukan di dunia yang fana ini,
maka
Engkau pertemukanlah kami di syurga yang baqa' kelak..
amiin..
ya Rabbal 'alamin..

Comments