Posts

Showing posts from October, 2009

bila hati berbicara...

bismiLlahirRahmanirRahim... terpana aku pada kata-kata Imam Shafie yang sering kedengaran; "sahabat yang baik adalah, yang seiring denganku, menjaga nama baikku ketika aku hidup, atau selepas mati... ku hulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan kerana ku merasa senang, semakin ramai sahabat semakin aku percaya diri.. aku selalu berharap mendapat sahabat sejati yang tidak luntur baiknya dalam suka dan duka, jika aku dapat, aku pasti akan setia padanya.." sejenak aku berfikir, siapa sahabat ku yang sejati?? adakah aku masih tidak menemuinya?? atau mungkin aku yang tidak mencari?? atau mungkin sudah taqdirku tidak punya sahabat?? aku terdiam... sesekali titik-titik mutiara jernih mengalir di pipi... sayup.. sunyi.. sepi.. mungkin ini taqdir ku.. namun jauh di sudut hati ku yang paling dalam.. aku amat rindukan seorang sahabat.. sahabat yang jujur berukhwah denganku keranaNya, sahabat yang sering mengingatkan aku padaNya.. sahabat yang sering mengajakku kepadaNya, sahabat...